What If?

Saya ke Johor awal minggu ini. Ada kerja yang saya perlu siapkan. Alang-alang ke sana, saya jumpa kawan lama.

***

Kadang-kala di dalam hidup ini kita terperangkap dalam permainan “possibility”. Bahasa melayu kata, “maha kemungkinan”. Dalam fikiran kita, ada satu frasa ayat yang kadangkala muncul membuatkan kita sama ada lebih gembira, namun biasanya, lebih berduka cita.

Frasa ini pendek sahaja. Ada 2 perkataan dalam frasa ini. Namun kesan frasa ini, sangat makan dalam. Frasa ini adalah, “What If”.

***

Apabila di dalam jalan hidup kita ini, tidak seperti yang kita rancang, “What If” akan muncul menjadi tetamu utama fikiran kita. “What If” mula menampakkan wajahnya, membuatkan kita mula bereksplorasi ke jalan yang tidak bermanfaat. “What If”, adalah sesuatu yang sia-sia, bagi saya, sekiranya diletakkan pada waktu yang tidak tepat.

***

Umum mengetahui kerajaan dunia ini dipunyai oleh tuhan yang Satu. Dan tuhan itu, yang segala Maha, mempunyai unlimited sifatnya, yang tak terfikir oleh manusia. Tidak perlu pergi kepada sifat-sifat yang aneh dan pelik. Cukup sekadar sifat yang paling selalu disebut sang manusia.

Maha Adil. Maha Mengetahui. Dan, Maha Bijaksana.

***

Segala yang telah berlaku, berlaku kerana Maha Adil. Ini bermaksud, tidak ada satu hal di dunia ini, berlaku, tanpa keadilan Maha Adil tersebut. Sebaliknya, mata sang manusia itu, tidak berupaya melihat, apakah keadilan Maha Adil tersebut. Kita mungkin melihat Palestin dirogol bertubi-tubi oleh Zionis, namun terjadinya hal begitu, adalah kerana Maha Adil. Dimanakah keadilannya?

Ini membawa kepada sifat yang kedua yang selalu disebut. Maha Mengetahui.

***

Maha Mengetahui, mengetahui segalanya. Maha ini, mengetahui apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, malah mengetahui juga, apakah yang bakali berlaku. Barangkali masa yang bermula, dari awal hingga akhir, di hadrat Maha Mengetahui, bagaikan telah tamat, atau mungkinkah berulang-ulang? Saya tidak tahu.

Kerana, Maha Mengetahui, mengetahui segalanya dalam threshold yang luas : The Past, The Present, and The Future, maka ini pula membawa kepada sifat yang seterusnya, Maha Bijaksana.

***

Manusia yang diberikan sedikit kebijaksanaan, boleh mengaitkan sesuatu hal yang terpisah, menjadi tersambung. Walaupun berbeza kategori, atau mungkin tema, dengan kebijaksanaan, manusia boleh membuat kesimpulan. Seperti iklan di TV tentang anak kecil yang minum susu, lalu sel-sel otaknya bersambung, berjaya menyelesaikan masalah melalui kaitan antara satu subjek dengan satu subjek yang lain. Ini yang saya katakan sesuatu yang terpisah, dilihat sambungannya, dengan kebijaksanaan.

***

“What If” menentang segala sifat Maha Adil, Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana. “What If” adalah bagi saya, permainan unsur kecelakaan. Sekiranya ia dibiarkan bersarang di dalam minda secara salah, ia boleh membawa keluar seorang penghuni syurga, lalu menjerumus seseorang ke lembah kenerakaan.

Sebagai contohnya begini. Seseorang telah pun makan buah rambutan, dan lantaran itu dia sudah pun kenyang, malah merasai pula nikmat manisnya buah rambutan itu. Ketika dia melihat, kawannya makan pula, buah anggur, dia lalu berkata, “Kalaulah aku makan buah anggur dulu, mesti lagi manis dan sedap. Anggur ni import. Rambutan, local”.

Walhal, dia tidak tahu, ada kemungkinan, apabila dia makan buah anggur, dia akan mengalami cirit birit. CIBI lalu membuatkan dia tidak boleh kerja seminggu! Instead of berfikir tentang kemungkinan mendapat makan buah anggur sedangkan sudah makan buah rambutan, seseorang sepatutnya bersyukur kerana paling tidak ia dapat makan buah, berbanding orang lain yang langsung tidak dapat makan apa-apa buah pun.

***

Itu adalah hal “What If” yang negatif. Jumud melihat “What If” hanya negatif, bagaikan melihat hanya satu jalan sahaja menuju ke tuhan. “What If” boleh dan hanya menjadi positif, bukan dalam konteks untuk membandingkan apa yang telah terjadi pada masa lampau. “What If” menjadi positif, apabila digunakan pada waktu semasa, agar masa depan dapat diramalkan, dalam pelbagai pilihan.

Metaforanya sebegini. Ketika seseorang makan buah rambutan dan kenyang lalu bersyukur, ia kemudian terfikir. “What If” aku usaha lebih sikit agar aku dapat makan buah anggur pada hari esok?

“What If” sepatutnya digunakan bukan apabila hidup kita tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya digunakan untuk, merancang hidup kita.

Tidak perlu menyesal dengan apa yang telah berlaku di waktu silam. Sebaliknya, berfikirlah apa yang terbaik, untuk masa depan.

Kita mungkin tidak tahu apakah masa depan kita, namun dengan sedikit kebijaksanaan, kita menjadi adil untuk diri kita sendiri.

***