Wajhia

Kawan Aku, John Zulazri atau nama melayunya Syed Zulazri Fakhzan telah membuat keputusan untuk memperisterikan seorang amoi. Kami semua terkejut dengan keputusan ini lalu kami semua, ahli-ahli bekas sekolah sains tentera agama shahpekan lalu berbaris, membuat tabik dan tunduk hormat, #respect.

john_Z

Orang lain isterinya melayu, tapi kawan Aku ini menembus halangan adat, bangsa malah agama. Dia seperti tok nenek moyangnya yang terdahulu datang ke tanah nusantara bukan setakat untuk berdagang, tapi menyebarkan agama. Untuk rekod, nama sebenar John Zulazri adalah Syed Zulazri. Nama pangkal Syed, adalah keturunan alim ulama dari Tanah Arab.

Screen Shot 2017-04-25 at 9.25.27 PM

Sebagai tanda persahabatan ulung dan demi semangat braderhud, Aku tuliskan sebuah puisi yang khas untuk hal yang jarang berlaku pada umat melayu hari ini. Lalu puisi ini, Aku abadikan dalam kad kahwin untuk para jemputan. Yang atas adalah puisi asal yang Aku rasa kalau Aku bubuh dalam kad kahwin dia mau kena sumpah dengan mak mertua cina dia. So, Aku tulis balik yang lebih deep.

Ini versi yang benar. Selamat pengantin baru wahai sahabat, semoga kekal ke anak cucu.

***

Wajhia

1

Yang Satu itu
Adalah empunya
Segala semesta bangsa

2

Dan dua
Adalah kita
Nyata berbeda

3

Wajahku, Wajahmu,
Wajhia

Tanpa rupa
Dengan rasa

Itulah Cinta

***Final_syed_breakapart
***IMG_7691IMG_7694


Info Artwork
Pertama, Puisi
Kedua, Kad Kahwin
Saiz : –
Material : –
Finishing : Hot Stamping (Red), Matt Lamination pada kaligrafi
Tahun : 2010