Van

Jon Zulazri sekarang sudah lagi berlagak dengan Aku. Mungkin dendam beliau yang dulu terhadap kejayaan Aku mempunyai kad keahlian kedai kopi dan botol isian kopi, dia cuba menjadi lebih elitis. Terbaru, Jon dengan sengaja membeli sebuah van walaupun nyata Jon bukan seorang penjual roti hantaran.

Van yang Jon beli ini diimport dari Jepun. Menurut Jon, betapa luasnya Van yang Jon beli ini sampai kalau anak Aku tumpang masuk, mereka boleh baring malah berdiri dan melompat di dalam van hebatnya ini. Bukan itu sahaja, untuk menggambarkan betapa luas gila van yang Jon beli, Jon beritahu Aku yang masa salesman van hantar van kerumah untuk test drive, Jon telah memanggil seluruh ahli keluarganya untuk masuk di dalam van. Ini termasuk bonda Jon, isteri dan anak, serta maid Jon. Aku kata pada Jon ketika itu, “Patut kau ajak jiran kau sekali masuk.”

Oleh kerana Jon begitu “vancited” dengan van barunya, maka tidaklah Aku mengambil peluang untuk mengutuk vannya walaupun Jon seringkali mengutuk kereta Aku. Sehingga tadi, satu peristiwa telah berlaku tentang van Jon ini.

“Kan aku bagitau kau pasal radio van aku hari tu…. yang touch screen, HD tu….”
“Aha…”
“Dia sebab dari Jepun so frequency dia tak sampai ratus-ratus. So salesman tu semalam bagi aku radio baru yang frequency beratus, boleh cucuk pulak pada radio tu”
“So van kau ada 2 radio-lah?”
“Itu ok lagi tak apa. Yang Aku menyirapnya…. radio baru ni puas aku tekan-tekan rupanya bukan touch screen”
“Pastu?”
“Lepas tu kau tau radio baru ni dia bagi remote?”
“Remote? Untuk tukar channel? Bagus lah tu”
“Bagus ke jadahnya aku nak tukar radio aku kena guna remote…. bukannya aku nak tukar radio dari dalam rumah aku ke apa, ini aku ada kat sebelah radio tu kalau aku angkat jari aku tak payah gerak sangat pun aku boleh tekan. WTF. Aku rasa macam eiiiii bodohnya….. duduk depan radio nak tukar channel pakai remote…. hangin Aku”

Aku hanya mampu ketawa.

Teknologi dicipta untuk memudahkan hidup kita. Namun, jangan sampai satu hari teknologi dicipta untuk membodohkan kita. Aku kira dalam hal ini, Aku bersetuju dengan Jon. Cuma, Jon dah dapat van rasanya nak masuk 2 minggu. Tapi…. tak pernah pulak dia bawak van dia ni datang ofis tunjuk kat Aku. Aku rasa kalau dia nak bawak van datang ofis, mesti waktu malam.