Tulila

55841_107306239340632_3000328_o
Asal Hypnotic Spiral

Ini semua asalnya adalah kerana Aku mahu terbitkan sebuah buku yang Aku tulis dan karang, menjelang umur Aku 30 tahun. Kira by 30, Aku dah ada sebuah buku yang dunia baca. Paling tidak itu yang Aku impikan. Maka, peluang seumur hidup itu hanya ada sekali, sebelum umur Aku mencecah 30 tahun, pada 29 November 2010.

Tetapi untuk Aku menulis buku dalam masa yang singkat semata-mata untuk dateline 29 November 2010 adalah tidak logik, tidak masuk akal dan tidak akan menjadi kenyataan sama sekali. Kerana, ilham untuk menerbitkan buku by 30 datang pada Aku pun beberapa bulan sebelum 29 November 2010. Gila. Mana nak cari idea. Nak cari publisher. Nak print. Gila dan gila.

55751_107305416007381_7836883_o

Lalu Aku mencari jalan. Buku yang macam mana harus Aku terbitkan? Satu malam Aku dapat ilham bahawa, menerbitkan buku, tidak semestinya penuh dengan text atau tulisan. Menerbitkan buku, boleh juga sekadar graphic dan icon.

Mempersembahkan Tulila. “You are the PLANNER. Not the planner”

133133_111247095613213_5314091_o

Sebuah visual log untuk memaksimumkan efficiency dan meningkatkan produktiviti time management di dalam merancang jadual harian, bulanan dan tahunan.

155521_105477076190215_2252316_n

Inspirasi Tulila ini adalah dari design culture yang Aku adaptasi dalam company design Aku sendiri, dimana paksi utamanya adalah “timeline”. Somehow minat Aku pada “timeline” ini agak obsess dan entah kenapa kalau nak merancang apa-apa, mesti Aku buat garis dahulu.

170373_111148348956421_6800220_o55357_105485526189370_6836174_o 133970_111139232290666_4906535_o

***

Tentang Tulila.

Nama
Tulis lah… tulis lah…. tulila.

69759_111566735581249_1541357_n-1

Kandungan
The Planner :
3 Boxes – muka depan, 3 sisi seseorang
Hypnotic Spiral – untuk masukkan niat

The Plan :
Weekly 1 Year – untuk rancang apa yang nak achieve dalam tahun itu
Box of the Day – untuk rancang apa nak buat dalam satu bulan
Day & Night –  untuk rancang apa nak buat dalam satu hari
6 Phases – untuk rancang pre, process, post process

The Result :
Box of Success – untuk tulis apa yang berjaya dan apa yang gagal.

Kertas
Aku memang particular tentang kertas isi dalam. Agak minggu Aku cari dan akhirnya decide untuk kertas yang sesuai. Kertas ini, kalau tulis pakai fountain pen misalnya Lamy, tak tembus belah belakang. Nipis, tapi tebal. Licin, tapi kesat. Kadang Aku fikir macam ada lapisan plastik atas kertas ini tapi Aku tak dapat siat pun.

Size
Kecik sikit dari A4 supaya muat dalam bag.

55423_108675999203656_153276_o

Kulit Luar
Untuk first production cuma ada 2 warna. Orange dan Hitam. Orange sebab Aku suka manakala Hitam adalah kerana universal. Material dia tebal macam kain sikit.

55432_104510086286914_8154182_o

Cover Jacket, Kulit Luar
Macam idea iPhone yang standard, tapi banyak casing, macam itulah juga Tulila. So jacket untuk Tulila adalah selection artwork dari kawan-kawan Aku buat masa itu. Untuk masa depan, Aku rancang, nak ada collaboration dengan mana-mana artist untuk buat jacket cover ini. Dari segi marketing, boleh juga capture fans artist ini since Tulila ini produk baru lahir. Mana ada followers sangat pun.

54301_108675122537077_5529970_o-1
133044_109498222454767_6775888_o
Antara artwork kawan-kawan

170276_111247142279875_8077044_o
Kalau dah bosan dengan cover yang sama sepanjang tahun boleh juga beli cover lain dan tukar.

Copyright
Sempat di daftarkan, dan lulus.

165034_111566635581259_1956906_n

Jumlah Print
500 pieces untuk first production……

Soft Launch Tulila
Aku jemput semua kawan MMU dan semua kawan Shahpekan untuk datang ke Paper & Toast. Aku sewa satu bilik, dan Aku present, idea Tulila. Ramai juga yang datang dan majoritinya kawan MMU. Ramai yang memberi support dan sokongan pada buku yang kosong tidak ada teks atau tulisan ini. Terima kasih kepada yang sudi.

66789_108189485918974_3432053_n
156598_108189612585628_3120203_n
156649_108189582585631_3104150_n

Pelancaran Kinokuniya
Isteri Aku sudah pun menghubungi Kinokuniya dan dapat slot untuk masuk, jual. Namun saat akhir Aku batalkan sebab mutu printing Tulila sangat mengecewakan. Ada masalah pada Binding menyebabkan 380 mukasurat kertas Tulila mudah tercabut dan berterabur.

Kesimpulan
Projek ini gagal. Tapi melancarkan sebuah buku by 30, berjaya seadanya.

Akan Datang
Siapa tahu masa depan?

Yang paling penting dalam siri Tulila ini, apa yang Aku belajar adalah Aku memilih tagline yang salah. Mungkin satu hari Aku kena maksudkan dengan betul, apa yang Aku mahu maksudkan.

“You are the PLANNER. Not the planner”


Info Artwork
Saiz : 21 W cm x 15.3 cm H
Tahun : 2010

Bacaan Lanjut
makefg.php Tulila Page