Travel : siribalikembali

Setahun selepas buat umrah Mekah, Aku berpeluang untuk buat umrah ke Bali. Jika di Mekah Aku melawat masjid-masjid, di Bali, Aku melawat kuil-kuil. Aku rasa banyak kuil yang Aku telah pergi dan boleh Aku rumuskan kuil-kuil ini atau Pura, mengikut kategori seperti dibawah ini :

1. Pura antara tanah dan laut,
2. Pura atas padang luas,
3. Pura dengan kebinatangan,
4. Pura dalam tasik,
5. Pura dalam hutan,
6. Pura atas gunung,
7. Pura dalam tanah,
8. Pura persembahan.

Salah satu Pura di dalam hutan entah mana.

Aku ingatkan di Mekah sahaja Aku diuji, tetapi melangkah masuk ke kuil juga diuji yang lebih kurang sama rupanya.  Aku diberitahu, begini rupanya. Jalan lurus itu banyak, tapi hujungnya cuma Satu.


Satu-satunya Pura yang Aku lawat, penuh kabus, Pura paling tinggi di Bali


Menulis di Pura itu, Pura Puncak Penulisan (Pura Tegeh Kahuripan)

***

Kami juga sempat melawat Ubud Green School. Sekolah pengajaran alternatif tentang sustainability. Sekolah ini dibina 100% daripada buluh, namun senibina buluh disini bukan level reban ayam. Kalau Aku dipukul dan pengsan, dibawa tanpa sedar ke sekolah ini pasti Aku merasakan yang Aku dibawa ke Kampung Bunian Buluh Betung.

***

Ini pula adalah sebahagian daripada tempat yang kami lawati, dan kami alami.

  

***

Ketika dalam jalan perjalanan pulang selepas menonton persembahan Rama dan Sita di Uluwatu, Pak Agong, supir yang membawa kami bertanya kepada Aku, apakah kesimpulan persembahan kisah Rama dan Sita tadi?

Jawab Aku berseloroh : “Jangan berkawan dengan monyet?”

Pak Agung ketawa menggeleng kepala. Lalu, Pak Agung berkata ini :

“Perliharalah harta kita.”

Aku lalu memandang isteri Aku dan nyata, dalam hidup ini, ada kekecewaan yang paling besar telah Aku lakukan kepadanya. Mujur Aku, telah berterus terang dan isteri Aku menerima, seadanya.


Kisah Cinta antara Rama dan Sita


Info Travel
Tarikh : 27 Jan 2013 hingga 2 Februari 2013
Lokasi : Bali, Indonesia

Bacaan Lanjut
 #siribalikembali