Travel : Sekeping Trip

Satu hari Aku secara spontan, mengajak isteri Aku untuk turun ke Ipoh melalui keretapi. Perjalanan pendek selama 3 hari ini membawa Aku ke Sekeping Kong Heng. Percaturan menyusun batu-bata, batu-batu, kayu lama dan simen oleh arkitek yang mengubah kedai lama ini kepada rumah tumpangan yang dilitupi pokok hijau disebalik jaring besi nyata memberikan atmosfera unik, yang hanya akan dikecapi kalau ke sana sahaja.

Mujur trip ini, Aku bawa kamera.

Selain daripada menikmati seni arkitek Seksan, kami membuat perjalanan warisan di sekitar Ipoh atau yang lebih dikenali sebagai “Ipoh Heritage Trail”. Kami melawat bangunan-bangunan lama sambil mencuba untuk mencari “connection” antara historis dan diri.

Seingat Aku, motivasi perjalanan ini adalah juga kerana kami baru beli Fitbit, yang kemudiannya Aku gelarkan Tangkal Fitbillah.

Mungkin sekali-sekala atau kadangkala, bila sudah terlalu lama, kita kena keluar dan bawa diri untuk melawat kembali diri kita yang kadangkala hilang dalam kesibukan masa. Lebih tepat lagi, kita “reconnect” dengan diri kita yang dulu agar diri kita yang sekarang ingat semula, saranan dan peranan yang harus kita akur untuk terus kehadapan.

Kita sesungguhnya telah menyusun segala asa tetapi masa menyebabkan kita lupa dan lalai. Sebagai arkitek diri, wajar kita ambil masa sekejap untuk berhenti, dan membuat satu perjalanan agar selepas kita sambung semula, perjalanan itu menjadi lebih bermakna.

Dan ya, ia memerlukan lebih dari sekeping hati.



Info Artwork
Medium : Photography
Tahun : 2013

Info Travel
Tarikh : 2013
Lokasi : Ipoh