Travel : Bali


Cubaan bertapa di Pura

Apabila kita sampai ke satu tempat yang baru, apa yang pertama kali connect dengan kita?

Visual?
Suara?
Rasa?
Atau Bau?

Bali ada semua connection ini. Dan kalau tidak betul-betul, boleh sampai jatuh cinta.

***
Ini adalah pertama kali Aku ke luar negara, seumur hidup. Aku ke Bali, dengan isteri, dan dengan kawan-kawan. Tak silap Aku, rombongan ini meliputi 11 orang semuanya termasuk 2 baby. Aku tidak ingat plan asal bagaimana tetapi perjalanan satu minggu ini sangat memberi makna baru dalam hidup Aku.

sawah3.0
Gambar gila pecah

Terima kasih kepada Fishie kerana menjadi travel planner yang ohsem. Banyak juga tempat yang kami pergi. Dari pantai, padi, kuil, pasar dan gunung. Puas berjalan. Paling puas, perasaan. Ada semacam satu suis terpetik hasil dari pengembaraan ini. Ini adalah antara moment yang sempat Aku rakam.

Mungkin ada satu zaman dahulu yang tak tahu bila, Aku dan isteri pernah hidup di Bali ini. Boleh Aku simpulkan bahawa mungkin kadang-kadang kita bukan jatuh cinta. Tapi kita teringat semula, cinta kita.


Info Travel
Tarikh : 01 Ogos – 04 Ogos 2006
Lokasi : Bali, Indonesia