Travel : 6daystoKaaba

umrah_IMG_6634

Seperti semua pengalaman-pengalaman yang dilakukan kali pertama, perjalanan Aku ke kota Mekah buat pertama kali penuh dengan misteri dan perasaan aneh yang mengasyikkan. Ia seperti sebuah lukisan surreal, pencampuran antara fakta dan fantasi, dipersembahkan kepada Aku dengan penuh epitome. Ini semua adalah kerana kegatalan hati Aku untuk memastikan sesuatu apabila Aku menjejakkan kaki ke sana kelak:

Apakah benar Jalan Lurus yang telah Engkau tunjukkan itu?

umrah_IMG_6646
Salah satu terowong

Lalu episod Aku ke Mekah, dipenuhi dengan ujian-ujian yang menggoncang hati, sehingga Aku akhirnya menemui jawapan yang Aku cari. Ironinya, jawapan diberi bukan ketika Aku masih berada di sana, sebaliknya seminggu selepas Aku pulang dari sana. Ini lalu memberikan kefahaman pada Aku bahawa jawapan, tidak semestinya hanya di sana, kerana tuhan, ada di mana-mana.

SONY DSC
Batu, diantara perjalanan ke Gua Tsur

Ya benar. Tuhan, ada dimana-mana. Begitu juga dengan Berhala, ada di mana-mana. Sangat nipis, atau sangat tipis, gap, yang membezakan tuhan, dengan berhala dari perspektif pandangan manusia. Sekiranya, tersalah arah, seseorang akan menghabiskan seluruh hidupnya menyembah sesuatu, instead of, membuat persembahan yang terbaik. Semoga kita semua bukan sahaja ditunjukkan kepada Jalan yang lurus, tetapi duduk dan kekal, di dalamNya.

Screen Shot 2017-04-17 at 1.52.40 PM
Sebahagian daripada catatan perjalanan

***

Aku sangat bersyukur kerana di dalam hidup ini, Aku diberi peluang untuk menunaikan Umrah yang pertama dengan seluruh ahli keluargaku : abah, mak, mama, isteri, adik beradik dan ipar.  Pengalaman yang sangat berharga ini tidak akan Aku lupakan sampai bila-bila.

SONY DSC
SONY DSC


Info Travel
Tarikh : 6 Mac – 17 Mac 2012
Lokasi : Mekah dulu, Madinah kemudian

Bacaan Lanjut
makefg.php #6daystokaaba