TMNET

Masa Aku kerja di iDesign sebagai Interactive Designer, kami dilatih ala komando. Satu designer, satu projek. So web ni Aku pulun seorang. Buat kerja seorang diri dengan support Project Manager.

Masa ni present depan Dato Baharom, CEO TMNET. Aku ingat masa ni memang suffer sebab nak convincekan Dato Baharom memang challenging. Aku khatam makam SABAR dan makam anger management masa buat web ni. Projek ni juga Aku belajar coordinate dengan model dan photographer sebab ada photoshoot di pelbagai lokasi.

j320x240-00828 j320x240-00829

Amoi yang meniarap atas katil cadar merah tu sebenarnya atas katil Aku rumah bujang. Sebelum shoot model betul test shoot ofismate dulu. Storyboard. 

j320x240-00836 j320x240-00838

First design kena reject buta-buta, Dato Baharom kata, “Design yang you buat ni putih sangat, I rasa macam website hospital”. Hakikatnya, corporate website memanglah kena warna putih tapi Aku gagal untuk explain dan yakinkan dia. Umur Aku waktu itu mungkin baru 24 tahun. Sangat emosi, ego dan sangat rebel. Dan waktu itu juga seolah-olah Akulah yang paling pandai dan semua orang bodoh sebab tak dengar cakap Aku.

Last sekali sebab nak warna sangat, Aku propose warna Orange sebagai prime color web TMNET. Puas hati.

j320x240-00839

Projek ini antara projek yang mental sepanjang kerjaya Aku sebagai Designer. Tapi Alhamdulillah, bila final dan siap semua, Dato Baharom puji, “Good Job Done“.

Terima kasih kepada Sity Nurul yang merupakan team client dari TMNET. Sity bukan setakat client tapi juga sebenarnya ex classmate Aku di MMU. Seingat Aku masa tu ada time yang Aku bergaduh dengan dia sebab tak puas hati apa ntah. Bangang. Ini screenshot web yang masih disimpan. Size kecik sebab zaman tu resolution PC berapa bang.

tmnet03-01
tmnet03-02
tmnet03-03
tmnet03-04


Client : TMNET by iDesign Sdn Bhd
Medium : Website
Year : 2001