Tentang

khairulazizi_writer

Founder kepada sebuah agensi design yang namanya Secretlab.Media dan Online Payment Gateway senangPay. Sekarang, mempersiapkan diri untuk menjadi penulis sepenuh masa. Juga seorang pelari, dipetang hari.

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang tapi membesar di Johor Bahru. Bersekolah paling lama di Shahpekan, Pahang dan kemudian ke MMU untuk sekeping degree Digital Media. Pernah ada cubaan untuk upgrade Master Knowledge Management tapi menarik diri selepas satu semester bila tersedar yang ilmu di dunia terlalu banyak. Bukan kerja manusia untuk menyusun dan mentadbirnya.

Sekarang tinggal di Bandar Kinrara, Malaysia bersama seorang isteri yang cantik, seorang anak lelaki bernama EL LUKH, seekor kucing putih yang terlebih gemuk serta seekor iguana hijau yang bermuka ganas.

iconmonstr-email-10 iconmonstr-linkedin-4 iconmonstr-instagram-9