Teacher Muda 1

Teacher Aku yang pertama, namanya Miss Ci. Melalui raut wajahnya, boleh Aku katakan yang Miss Ci ini jauh lebih muda dari Aku. Aku rasa dia mengajar piano part time sahaja. Dan Aku rasa, dia adalah student kolej.

Miss Ci mengajar Aku tak lama. Sebab lepas beberapa minggu kelas Miss Ci berhenti mengajar. Melalui mesej whatsapp sekolah muzik, Miss Ci dikatakan terpaksa melalui banyak kelas tambahan di kolejnya (waktu baca mesej itu Aku senyum sebab Aku teka betul). Seperti Aku, Miss Ci juga rupanya struggle dalam pengajian kolejnya manakala Aku struggle dalam pengajian piano Aku.

Oleh kerana Miss Ci seorang yang masih muda, Miss Ci kalau mengajar Aku nampak agak kurang sabar. Banyak kali dia tarik nafas panjang bila Aku terkial-kial nak baca note lagi menekan key. Malah juga, Miss Ci setiap kali habis kelas langsung tidak pernah lupa suruh Aku practise main piano di rumah. Macam-macam alasan Aku bagi tapi tetap juga Miss Ci tidak lupa berpesan-pesan.

Ada satu kali dimana Miss Ci naik hangin dengan Aku. Dia kata, “Why didn’t u practise?” Aku yang lebih tua memang pasti petah menjawab, “Who say i never practise? Today is my practise day”….  I practise once a week but it is so happened that my practise day is the same day with the class day”. Untung Miss Ci jumpa Aku sebab boleh berlatih nanti macam mana nak handle laki bila dah kahwin esok.

Namun begitu, walaupun Miss Ci agak tegas, Miss Ci tidak pernah putus asa dalam mengajar Aku. Cumanya Aku tengok Miss Ci ini memang ikut buku. Maksud ikut buku, Miss Ci ajar Aku macam Aku satu hari esok nak ambil exam piano. Setiap muka surat dia akan sentuh dan tak pernah miss satu pun.

Hari itu masa hari raya Aku minta Miss Ci ajar Aku mainkan lagu raya M.Nasir.  Sebab Miss Ci seorang yang berbangsa cina, Aku terpaksa tunjuk video youtube pada Miss Ci agar dia boleh tuliskan note untuk Aku. Bila dia dengar lagu M.Nasir itu, dia kata dia suka. Aku dapat additional consultation on piano notes hari itu. Tapi bila balik rumah bila Aku cuba ikut notes yang Miss Ci tulis, Aku rasa ini macam bukan lagu M.Nasir. Ini lagu M.Nasib.

Miss Ci, selain tegas dan tidak putus asa, Miss Ci turut menuliskan Aku notes latihan ciptaan beliau. Katanya, notes ini akan bantu keupayaan tangan Aku mengenal key dengan lebih cepat. Malangnya Aku jarang berlatih notes beliau.

Aku mulanya tidak tahu kenapa bila sessi kelas dengan Miss Ci Aku rasa agak stress. Hingga satu hari Aku minta gerak, lalu diberi jawapannya begini : Jika seorang guru stress mengajar anak muridnya, maka anak muridnya juga akan menjadi stress. Jika seorang guru tenang mengajar anak muridnya, maka anak muridnya akan menjadi tenang. Guru bukan sahaja memberi ilmu malah guru juga sebenarnya memberi energy.

Tetapi Aku tidak menyalahkan Miss Ci dalam hal ini. Miss Ci, baru hidup 22 tahun sedangkan Aku, hampir seganda umur dia.

Sepatutnya Aku yang boleh mengawal dan mengubah stress level yang berkuap dalam bilik itu kerana Aku lebih tua. Malangnya Aku cuma tua pada umur, tidak pada ilmu piano yang Aku baru mula.