Siapa AKU?

Seingat Aku, tahun 2004 merupakan tahun yang paling getir dan “mencuba” Aku hingga ke hujung tebing. Semua hal yang berkaitan dengan ayah, ibu, kawan baik, tempat kerja dan bakal isteri – telah menguji Aku sebagai seorang manusia yang diperhambakan tuhan sesuka hatiNya.

IMG_7690 IMG_7689
Sketches awal

Kenapa Aku diuji sebegini teruk? Tidak cukupkah Aku sembah Kau 5 kali sehari sampai Kau bagi Aku rasa, betapa pahitnya hidup ini. Betapa, pedihnya hati. Betapa, kecewanya Aku Kau beri.

***

Akhirnya pada saat getir kehidupan waktu itu membuahkan persoalan yang paling terdalam, sepanjang Aku pernah hidup. Persoalan yang akhirnya memberikan Aku sebuah jawapan yang paling ultimate dan membebaskan Aku, dari segala belenggu :

Siapa AKU?

siapa_aku


Info Artwork
Saiz : 2ft x 5 ft
Medium : Acrylic pada kanvas
Tahun : 2004