sekalije

Angah atau nama betulnya Zulkarnain Hassan, dulu kami satu ofis sebelum masing-masing merantau membawa diri. Angah waktu itu, selain daripada expert 3D, hobinya mengambil gambar. Zaman itu tidak ada Wedding Photographer sangat dan boleh dikira dengan jari. In fact, Angah adalah wedding photographer Aku.

img_4920-2
Tangkap gambar cermin melengkung masa projek apa ntah

Sebagai contra, Aku buatkan brand untuk namecard Angah, “sekalije”, termasuk website.

Maksud “sekalije” ini adalah kalau akad nikah, mesti sekali baru power. Nasib baik Aku akad sekalije juga kalau tak mau kena kutuk.

Lama Angah buat wedding photographer sampai satu hari bila Aku jumpa dia dan tanya macam mana business, dia kata tak boleh pergi. Aku tanya sebab apa? Dia kata pertama setahun ada 365 hari sahaja dan ini membawa kepada 52 minggu. So maksimum boleh amik gambar wedding setahun cuma 52 kali. Kalau satu wedding charge 5K, setahun dah tahu pendapatan maksimum 260K. Tak boleh expand.

Kedua pulak semua orang boleh beli digital camera. Dan semua orang boleh tiba-tiba jadi Wedding Photographer.

sekalije2-1 sekalije


Client : Angah, sekalije
Medium : Graphic Typography for Namecard
Year : 2004