Sarana

Screen Shot 2017-04-20 at 5.01.30 PM
Semua orang berlari ke satu arah, tapi ada seribu macam gaya dan seribu macam cara. Ini di Tokyo.

Aku pertama kali melangkah untuk lari, adalah pada tahun 2013. Seingat Aku, itu adalah larian pertama Aku selepas alam sekolah. Tidak pula Aku ketahui, yang akibat daripada itu, Aku mendedikasikan sebahagian daripada hidup Aku, untuk terus berlari.

12347859_795490790561806_5590991645424572626_n
Awal dulu

Ada kawan yang tanya kepada Aku, kenapa Aku lari? Kenapa tidak main basikal misalnya atau angkat besi. Jawab Aku pendek, “Lari, hanya memerlukan dua kaki, dan sekeping hati, ia menjelaskan lagi Aku, tentang erti hidup”.

Mungkin orang lain melihat larian sekadar satu aktiviti  mengeluarkan peluh dan toksin dalam badan. Aku, sebaliknya melihat larian, membersihkan hati dari kesangsian.

Screen Shot 2017-04-12 at 1.55.08 PM
Tokyo Marathon 2017

Agar aku tidak pernah lupa tentang itu, lalu Aku teruskan berlari selagi diizinkan. Ini, adalah sebahagian dari race yang telah Aku sertakan diri Aku, terutamanya yang memberikan catatan waktu yang upayanya paling pantas Aku cuba, juga jumlah jarak yang masih sikit terkumpul yang Aku pernah pergi.

Di mana ada kemahuan, di situ ada JALAN LURUS.

Screen Shot 2017-04-12 at 1.51.19 PM
Kawan larian Aku kebanyakkannya lagi gila. Bukan setakat catatan masa mereka lagi pantas malah jumah jarak mereka dah lari beberapa tahun ini dah tak tekejar. Ada yang lari setahun 3000KM. Motivasi larian mereka level atlit negara. #respect

Hakikatnya larian bukan adalah untuk membandingkan pencapaian kita dengan orang lain. Pada Aku larian adalah untuk menewaskan ego dalam diri sendiri, selain daripada untuk improve diri kearah yang lebih baik. Ada beza pelari dengan atlit. Pelari atau runner melawan diri sendiri manakala atlit melawan atlit negara lain untuk negara.

Screen Shot 2017-04-12 at 5.10.37 PM
All time distance diterjemah kepada peta secara conceptual

Lebih detail boleh lihat di resume larian Aku disini, mana tahu satu hari nanti Strava panggil kerja. Aku juga dedikasikan sebuah blog yang temanya hanya tentang “Larian”, satu perjalanan panjang yang tidak Aku tahu bila tamatnya, sekurang-kurangnya, salah satu cabang untuk pulang.

screen-shot-2016-11-10-at-7-37-56-pm
Credit Pic Seven Chiam Hooi, SCKLM 2016


Bacaan Lanjut
makefg-1.php 
lariansebuahkitab.com
makefg.php #lariansebuahkitab
makefg.php
 lariansebuahkitab