Sang Al Kumis

Pak Paulo katanya itu benar. Namun yang Pak Paulo tidak kata dalam Sang Alkemis adalah ini :

Bila kita tidak cinta, kita biarkan diri kita binasa. Bila kita biarkan diri kita binasa, sekeliling kita turut binasa.

Dan jangan lupa ini.

Apabila kamu mahukan sesuatu, seluruh alam akan membantu. Dan apabila kamu menolak sesuatu, seluruh alam juga, turut membantu.

***

Ini adalah kategori baru dalam blog ini. 

Derita 1000 cinta. Kompilasi kisah cinta yang terdalam sama ada pernah atau tidak pernah dilafazkan, menurut seorang Hishamuddin Rais kepada saya dan seorang sahabat saya semasa saya bersekolah rendah agama bandar uda dulu :

“Percintaan yang paling agung, adalah percintaan yang paling gagal”.

Dulu ketika rapuh dalam percintaan barangkali saya bersetuju. Menjelang tua bangka ini, tulisan di dalam kategori ini akan membuktikan sebaliknya. Ini misi Derita 1000 cinta. Jangan tenggelam dengan kapal Van Der Wijck. Seorang yang pernah di-zainuddini harus bangkit. Kerana gagal dengan cinta agung itu, sahabat saya yang juga seorang Dato’ telah selamat menjadi Abang Jamil. Motto hidupnya sekarang, “Why stop at one if you can go for two?“.

Yang sebenarnya agungnya cinta bukan kerana ia gagal. Ia gagal kerana tidak mengenali yang sebenar Maha Agung ( bukan agung kat kertas dalam beg duit atau yang top up Touch n Go apps tu ).

Tapi buku Pak Paulo ini memang power. Siapa yang baca buku ini dan hadam sehadamnya berpotensi menemui lailatul qadar di bulan puasa ini.