saggita

Di sekolah dahulu kita semua pernah belajar kelas muzik. Dan alat muzik yang kita kena usung dalam beg sekolah untuk satu period dalam satu minggu adalah recorder. Aku entah macam mana memang boleh main recorder. Tahap keboleh-mainan recorder Aku, adalah boleh buat lagu yang Aku dengar. Namun, membaca note  dalam skor, agak sengal.

Di rumah Aku sekarang ada satu recorder Yamaha. Kalau boring Aku akan main recorder ini. Sehingga satu hari Aku termain piano 12345678910 anak Aku, Aku menemui sesuatu yang baru dalam diri ini. Selain meniup, menekan juga rupanya macam ada boleh pergi jauh.

Lalu, terciptalah hashtag IG, #siriahlimusik

 

View this post on Instagram

 

Agak 15 lagu dah men ni rasa dah lepas tadika 4 tahun. Ni nak masuk tadika 5 tahun lak. #siriahlilmusik #gameofthrones #draftpertama

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Apabila merasakan yang main piano anak agak tidak puas hati, Aku lalu mengambil keputusan untuk masuk kelas piano. Matlamat Aku cuma satu.  Belajar sehingga boleh main lagu apa sahaja yang Aku dengar.  Masuk kelas kali yang ketiga, rupanya, untuk pandai main piano, pergi kelas sahaja memang langsung tak cukup. Kena ada piano di rumah. Ini kerana adat semua perkara. Jika mahu pandai, mesti berlatih. Seperti lari Marathon, kalau hendak berlari, mestilah ada kasut larian. Dan untuk berlatih piano, mestilah ada piano. Dengan itu, Aku ke Cyberjaya lalu membeli sebuah piano.

Ini adalah catatan-catatan pendek tentang perjalanan Aku mengembara ke alam huruf taugeh-taugeh. Agar, suatu hari kelak, terbit melodi indah dari sanubari hati ini.

1. Pelajar Tua
2. Teacher Muda 1
3. Tingkat mana?
4. Teacher Muda 2
5. Piano 12345678910, Piano 5 key dan Piano Yamaha
6. Kanan dan kiri, dari kanan ke kiri
7. Berapa jam?
8. Buku Nota
9. Lori dan Skuter
10. Lagu apa you ada minat mau main?