Prolog – Awang Belanga

Awang Belanga :  Pengembaraan mencari wajah asli

Zaman : Dia macam fusion la kartun dia. Macam zaman dulu. Tapi ada iPhone dan swiss army knife.

Prolog: Starting movie ni ada awek kat dapur. Tengah masak gulai tempoyak ikan patin.  Awek ni masa tu muda lagi, sambil masak sambil tengok resipi ikut iPad. Dalam iPad tu ada video Chef Wan yang tengah coaching cara memasak yang benar. Tiba-tiba dekat belanga tu (atas dapur kayu) dia tengok belanga tu ada mata dan senyum, say Hi!

Awek ni terkejut, rupanya mimpi lalu terbangun dari tidur.  Awek ni pusing tepi tengok suami dia tengah tidur isap jari. Jari suami dia ni basah gila. Dia pandang jam kat dinding tiba-tiba jarum saat gerak dari perlahan pergi laju, pusing-pusing speed gila. 9 bulan lepas tu awek ni beranak dan anak dia ini dinamakan  Awang Belanga.

Awang yang membesar dalam suasana tanda tanya, kenapa muka dia lain dari muka orang lain. Satu hari masa dia teenager, dia decide untuk start mengembara untuk cari jawapan kenapa muka dia lain. Setiap yang dia jumpa dalam journey dia akan buka rahsia sikit-sikit sampai movie ini scene akhir dia tamat.