Pelajar Tua

Petang itu Aku, isteri, EL Lukh dan Nia Ilka macam ada pergi satu tempat ini. Namun puas Aku cuba ingat, tak juga keluar-keluar memori di mana tempat yang kami pergi ini. Mungkin, diambang umur Aku 40 tahun, ingatan-ingatan Aku pada hal yang kurang signifikan – tidak melekat berbanding waktu muda dulu.

Mungkin juga, habit, tidak mengambil peduli tentang hal yang remeh temeh, menyebabkan minda Aku terbiasa dengan sifat ini. Tidak mengambil peduli tentang hal yang remeh temeh ini sebenarnya sangat penting. Sebab, kalau terbiasa ambil peduli dengan hal yang remeh temeh kelak kita terlupa pada hal yang lebih penting atau paling utama dalam hidup kita. Contoh hal remeh temeh macam …. ah… nak bagi contoh pun Aku tak boleh nak ingat! Tapi, kalau nak senang cerita, hal-hal membawang (terma netizen zaman ini) adalah salah satu contoh hal yang remeh temeh.

Tapi yang Aku ingat petang itu adalah ini. Sementara isteri Aku menunggu di dalam kereta dengan Nia Ilka, Aku dan EL Lukh keluar. Kami naik tangga ke tingkat satu masuk ke dalam sebuah sekolah muzik. Tangga naik ke tingkat atas, ditampal dengan sticker hitam putih seakan kita memijak key-key piano. Agak hiasan sekolah ini.

Pintu sekolah dibuka, lalu Aku tolak. Seorang perempuan cina menyambut kami dengan senyuman. Disebelahnya, seorang perempuan melayu bertudung yang lebih muda sedang duduk sibuk menulis resit.

Hi,Sorry, I want to ask you about the piano class...” tanya Aku pendek.
Oh…. piano class? Yes we got piano class. You want to enrol your child?” balas perempuan cina sambil tersenyum lagi namun kali ini memandang mesra ke arah EL Lukh.
No, no. I want to enrol myself.”
You want to learn piano????”  tanya perempuan cina itu terkejut. Aku sempat tengok mata dia terbeliak macam nak keluar.
Yes.. I want to learn piano. Why?”
Ooo… ok. This is exciting… nevermind… but ya…  we have a trial class first… you come and see how… then if you OK and interested, you need to choose your teacher. But teacher is not available every day ya… some teacher they come on certain day and some not. By the way trial class is free. Once you confirm then you pay.
Ok… you choose la the teacher for me.As long as tak garang I’m Ok.  I can come here every Wednesday. How about the fees ya?”
“Ammm the fees is one eighty every month…. by the way, do you have piano at your house?”
“I’m still looking on it. Piano, all expensive lah”
“Ya lah…. “

Perbualan ini sebenarnya lebih panjang dan lebih lama sebab perempuan cina itu kemudian menerangkan perihal attendance, cuti, mc dan sebagainya. Namun dipendekkan cerita, sebelum keluar, Aku sempat tanya begini.

Sorry aaa last question. The oldest student in this school, berapa umur dia ya?”
You la paling tua kalau u confirm masuk”.

Kami ketawa. Perempuan melayu bertudung yang sibuk dengan resitnya tadi juga ketawa. Lagipun kerja meresit dia macam dah habis dan mungkin juga dia gembira sebab macam office hour dah nak habis dan boleh balik.

***

Aku rasa, diambang umur Aku 40 ini, berbanding Aku yang lebih muda dulu, otak Aku macam semakin lembab. Aku juga perasan yang lately, untuk fokus pada sesuatu benda atau hal, macam ambil masa lama sikit. Berbanding dulu, otak Aku rasa macam cair dan bergeliga. Sekarang macam baru keluar peti sejuk.

Lalu agar penyakit ini tidak melarat dan semakin teruk, Aku mengambil keputusan untuk masuk kelas piano. Ini kerana pada hemah Aku, kebolehan bermain piano adalah antara skill yang sukar untuk dipelajari. Lebih-lebih lagi, untuk Aku yang umur dan 20 x 2 ini.

Tapi ini semua pun lepas Aku tiba-tiba ter-discover minat main piano 12345678910 anak Aku. Sebab rasa macam best boleh main muzik tekan-tekan, Aku rasa Aku mungkin ada kebolehan untuk upgrade main piano yang sebenar.

Kalau Aku tak main piano 12345678910 EL Lukh, mungkin hari ini Aku telah masuk kelas Add Math. Tapi kalau Aku masuk kelas Add Math, mungkin otak Aku lagi lemau dan terus reject. Sebab Add Math, zaman sekolah dulu dah puas. Lagipun, agak tak menghiburkan langsung.

Di kala umur 20 x 2, bukan setakat otak sahaja yang kena bergerak pantas. Dan untuk itu, apalah sangat menjadi pelajar yang paling tua yang ber-schoolmatekan budak-budak darjah tiga.