Nama : EL LUKH

Aku bernikah, dan kahwin, pada tahun 2004, 25 Disember. Esoknya, peristiwa Tsunami berlaku dan memang di Kedah waktu itu, ada sedikit gegar-gegar kalau berdiri.

11 tahun lamanya Aku kahwin, dan tidak pernah dikurniakan anak. Ini, adalah ujian rumahtangga kami. Hakikatnya risiko ini Aku tahu sebelum Aku masuk meminang isteri Aku masa dia anak dara lagi (dan Aku teruna). Isteri Aku ini SLE. Singkatan bagi Special Limited Edition. Miracle kalau dia boleh mengandung.

Namun kerja Allah, pada tahun 2014, isteri Aku tiba-tiba mengandung. Tapi usia kandungan tak panjang. Gugur pada harijadi dia yang ke 33. Dia sangat kecewa dan sedih, hiba. Aku katakan kepada dia, biasa kalau harijadi orang dapat hadiah. Tak semua orang masa harijadi Allah ambil balik hadiah itu. Mungkin, Allah buat begini, sebab Allah nak bagi hadiah yang lebih istimewa tahun depan.

Nyata tahun depan lebih bermakna. Isteri Aku sekali lagi disahkan mengandung! Pada hari pertama kami di klinik untuk doktor scan detail dan  double confirm kandungan ini, mengalir air mata Aku bila mendengar bunyi degupan jantung baby buat kali yang pertama. Seakan tidak percaya. Namun, Aku tahan kegembiraan ini, kerana Aku takut dikecewakan lagi.

Lalu Aku suruh isteri Aku berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja untuk berehat. Jaga kandungan betul-betul. Tak payah buat apa kerja pun. Aku malah siap pergi 2 hospital berbeza setiap kali appointment dengan doktor.

Alhamdulillah, pada 30 Julai, jam 1:34 tengah hari, lahir seorang bayi lelaki sihat yang Aku namakan EL LUKH.

***

Apakah, yang dimaksudkan dengan, EL LUKH? Ini adalah soalan biasa yang Aku dapat bila sahaja Aku memperkenalkan anak Aku kepada sesiapa.

Buat EL LUKH, besok bila Abah sudah tidak ada dan bila orang bertanya apa maksud nama kau, basically ada 3 maksud sebenarnya.

Pertama, jika nanti ada awek tanya apa maksud nama kau dan kau pulak tak ada pickup line yang power, tapi kau dah rasa awek ini soul mate kau, kau boleh jawab :

EL = Sempena nama keturunan Superman. Jor-EL (bapak Superman) dan Kal-EL (nama Superman)
LUKH = Sempena nama seorang Jedi, Luke Skywalker, May the Force be with you.

Semoga awek itu terketawa dan kau boleh proceed pada step seterusnya dan pandai-pandai kau lah.

Tapi, Kedua, bila esok kau dah jumpa mak bapak awek yang kau dah berkenan sangat nak menikah ini nanti dan depa tanya pulak apa maksud nama kau, kau jawab dengan penuh rasa hormat :

EL = Bermaksud Kekuatan, Nama Hebrew untuk tuhan yang juga membawa maksud, The God of Strength, Mighty and Power, dalam bahasa Arab,  Al-Jalil (الجليل), dan bagitau mak pak depa, abah kau cakap itu tuhan hebrew dan tuhan arab, adalah tuhan yang sama.
LUKH = Manakala Lukh adalah tentang Wisdom, kebijaksanaan, sempena nama salah seorang dari 3 lelaki misteri dalam Quran, Lukman.

Dan akhir yang ketiga, yang sebenar-benar kebenaran maksud yang Aku bagi dan hanya bila kau bersedia untuk mengetahui hakikat sebenar alam ini, Aku namakan kau EL LUKH kerana :

EL = Satu
LUKH = Banyak, tak terbilang , dari bahasa Sanskrit Lakh, infinite number.

Konsep nama kau ini adalah dari apa yang Guru Aku ajar, “Pandang SATU dalam BANYAK, dan pandang BANYAK, dalam SATU.”

Huraian dia nanti bila kau dah besar, Aku cerita sampai habis.

Bapak 2 hari takde hari ni Lukh nak tidur atas bapak

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

El tgk muka El, first time tgk muka sendiri

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

EL LUKH dah cukup 6 bulan. Ini first reaction EL LUKH makan solid food. Muka lega…….

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Pujuk punya pujuk finally el lukh berjaya dipelampungkan. El lukh sedang menafsir apakah yg sedang berlaku

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Eloklah tu. Nak tidur berzikir.

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Seminggu tak cukur bulu kening tu dia punya tebai tumboh

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Biar apa pun halangan El lukh tetap komited untuk bantu father update blog #lariansebuahkitab

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

El lukh posing untuk gambar passport, agak sukar nak dapatkan kerjasama model ni rupanya

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

First time tengok @ pijak rumput

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

El lukh dah siap mandi so time utk gerak. Kat sini El lukh mandi 2 hari sekali. Kasi can sebab sejuk #kitabkeviktor

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

3. Model nampaknya gembira diphotoshoot, agak natural juga dan memberi kerja sama baik kepada photographer

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Father bangga dgn pencapaian terbaru El Lukh. Awek dah start usha tapi buat tak tau.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Sudah jatuh ditimpa scooter …

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Tak lama lagi saya nak join father saya marathon #lariansebuahkitab

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Father cuba nak ajar El Lukh terbang so esok kalau nak pergi mana2 boleh tumpang

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on