Menyambut Quran turun

Memori paling awal tentang Quran bagi saya adalah semasa sekolah rendah. Mungkin darjah 4 rasanya atau darjah 3. Nanti saya tanya mak saya. Tapi memori tentang “Nuzul Quran”, memang saya ingat sampai hari ini. Masa itu saya darjah 6, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Budu yang waktu itu darjah 6 ada 15 orang sahaja.

Masa itu perhimpunan pagi. Ustazah berdiri di hadapan dan beri ucapan tentang Nuzul Quran. Waktu itu baru saya tahu ada perkataan “Nuzul”.

Seawal usia 12 tahun (darjah 6), apabila mendengar tentang Nuzul Quran atau turunnya Quran, saya membayangkan Quran yang saya dipaksa baca dirumah turun dari langit. Dan kerana banyaknya Quran, ada yang kulit biru, ada yang kertasnya macam dah reput (ini mungkin edisi Aki saya), maka saya mengelamun sejenak (masa umur 12 tahun tu la) – Banyak betul Quran turun dari langit barangkali macam hujan. Tapi siapa yang sambut itu mesti banyak pahala sebab tak sempat jatuh ke lantai. Ini semua sebelum saya mengetahui bahawa Quran juga dicetak seperti buku-buku lain rupanya.

Manakala setelah bersekolah menengah, barulah saya faham bahawa Quran bukan turun dalam bentuk satu naskah. Quran turun selama 22 tahun 22 bulan 22 hari.  Jangan salah faham pula Quran bukan turun sehelai-sehelai. Quran adalah gantinama bagi sebuah buku yang mengandungi wahyu atau firman atau ayat dari Tuhan kepada Prophet Muhammad.

Ayat-ayat ini kemudian disampaikan kepada kawan-kawan karib Prophet, ada yang dihafal, ada yang ditulis (atas kertas, kain, tulang, kulit etc). Berapa jumlah ayat dalam Quran? 6236. Bukan 6666. Ini bukan saya google, tapi saya sendiri dulu pernah kira pakai spreadsheet. Saya kira tiap-tiap ayat dalam Quran (tengok ending setiap surah nombor berapa), kemudian saya campur semua. 6236. 

Ada berapa surah atau chapter dalam Quran? 114. Ada berapa perkataan dalam Quran? Yang ini saya tak kira. Tapi kalau google, ada 77K ++ dengan 320K ++ huruf. 

OK. Berbalik pada naskah Quran. Basically, sepanjang hidup Prophet Muhammad, beliau sendiri pun tidak pernah memegang naskah Quran. Ini kerana, yang compile Quran adalah kawan karib Prophet Muhammad setelah beliau meninggal dunia. Satu lagi fikir logik, apa benda Prophet nak pegang senaskah Quran. Prophet tu sendiri Quran berjalan.

Apa catalyst kepada compilation ini? Pada masa pemerintahan khalifah Abu Bakar, ramai yang hafaz Quran tewas di medan perang. Maka, Umar propose pada Abu Bakar agar semua wahyu ini dibukukan. Lalu terbentuklah satu committee 12 orang yang diketuai oleh Zaid untuk kumpul, semak dan ditulis oleh yang paling cantik tulisannya waktu itu : Saeed ibn al-Aas. Lalu akhirnya terhasil edisi pertama Quran.

Namun begitu, ada sedikit isu tentang edisi pertama ini. Ini kerana ada masalah bahasa atau lost in translation. Perkara ini dikesan oleh Uthman bila dengar bacaan Quran antara dua orang yang datang dari dua tempat berbeza (seorang Iraq seorang Damascus). 

Bagi mengelak akan hal ketidaksamaan ini, Uthman decide untuk standardise semula Quran. Masa itu Uthman dah jadi khalifah (Abu Bakar > Umar > Uthman > Ali) Hasilnya :

a. Semua ayat ditulis dalam dialect Quraisy sebab Prophet asal dari situ
b. Ayat disusun dalam bentuk surah, sebelum ini tidak ada surah
c. Susunan surah mengikut dari panjang kepada pendek, bukan ikut sequence turun melalui malaikat
d. Semua previous copy dimusnahkan  (antara sebab buat geng shiah marah dan tuduh Uthman tukar Quran)
e. Esidi standardise ini kemudian disalin dan diagihkan kepada beberapa tempat, dan disertakan dengan pembaca (qari)
f. Ada 7 original copy kesemuanya

Persoalan seterusnya, 7 yang original ini ada lagi atau tidak? Ada yang dah hilang, ada yang masih ada. Mengikut carian saya di google, boleh pergi tengok nanti di :

a. Museum of Turkish-Islamic Arts, Istanbul
b. Topkapı Palace, Istanbul
c. Al-Hussein Mosque, Cairo
d. Bibliotheque Nationale, Paris
e. British Library, London
f. Hast Imam Library, Tashkent, Uzbekistan

Now. Rasa macam terlalu banyak tulis tentang fizikal Quran. Kita move another level.

Quran turun kepada Prophet Muhammad ketika beliau berumur 40 tahun. Manakala kita, atau specifically Quran datang pada kita secara visual senaskah buku seawal umur budak sekolah rendah. Sebagai seorang budak sekolah rendah, pemikirannya memang macam cerita dongeng, ambil contoh saya sendiri, ada ke ingat Quran turun macam hujan. Banyak pulak tu. Maka, ada something yang kena buat come back balik dengan Quran ini agar tidak terus hidup dalam kedongengan.

Masa saya kecil atau sekolah rendah, saya rasa (seingat saya), saya cuma khatam sekali sahaja. Definisi khatam bagi seorang budak kecil adalah membaca semua 6236 ayat ini dalam satu tempoh yang agak bosan tanpa memahami maksud apa pun dan kemudian gembira dan lega sebab dah tak payah baca Quran dah. Tetapi menjelang umur saya meningkat 40 tahun tahun lepas, saya rasa secara personal saya kena mula baca Quran balik. In fact, sebenarnya saya dah mula pun baca dan kali ini bukan baca bahasa arab tetapi baca terjemahan Quran tersebut. Sejak tahun lepas sampai hari ini, tak banyak yang saya baca. Hanya dua surah iaitu surah Yassin, dan terkini baru surah Al Fatihah.

Namun begitu, ada banyak yang saya baru discover dan baru tahu tentang dua surah ini. Nanti bila-bila saya akan cuba tulis. Tapi nak intro sikit. Surah Al Fatihah misalnya, atau bahasa melayu : Pembuka, memang betul2 membuka minda dan hati level gila tak ingat punya. Ia bukan sekadar satu bacaan pembuka untuk start meeting atau event ritual sebelum nak makan di rumah. Ini adalah ayat-ayat pembukaan dalam mengenal Yang Satu. Insanely intense!. Boleh saya simpulkan bahawa, Surah Pembuka, adalah kunci kepada Maha Misteri. Lepas baca surah ini, perspektif saya tentang Maha Misteri, masuk kedalam satu layer lagi.

The point is, bagi saya mungkin sudah tiba masanya untuk saya kembali kepada Quran secara serius, sebab selama ini saya rasa hidup saya tak berapa nak connect dengan Quran. Ada la sikit-sikit tapi lebih kepada surface sahaja atau hanya pada ayat-ayat tertentu. Orang kata banyak main la. So sementara ada masa boleh bernafas lagi ada baiknya saya mula sikit-sikit mana yang perlu. Kata orang, pelan2 kayuh. Nanti saya kongsi macam mana strategi saya nak mengembara dalam alam huruf Arab Quraisy ini.

Tapi sebelum ending tulisan ini, ada sedikit ayat penutup untuk diri saya ini.

Quran telah turun beribu tahun lamanya… dan menjelang 40 tahun umur ini, telah tiba masanya untuk saya “turun” ke bawah, mula membaca semula. 


Depan Gua Hira’, 2014