Mencari Muluk

Sebelum Aku berkeputusan untuk mengambil Triumph Street Scrambler sebagai Muluk Aku, agak lama Aku mencari dan cuba mengamati dengan pasti : Yang mana satu, Muluk yang sebenar. Maksud Aku, banyak kali Aku ke kedai motor yang pelbagai brand untuk mencari dan mengenal si Muluk ini.

Tetapi, sebelum itu, Aku datangkan dulu dalil nama, kenapa Muluk. Kenapa motor Aku, namanya Muluk. Bagi Aku, nama adalah  antara yang paling penting bagi sesuatu makhluk. Nama, jika tidak serasi, ia tidak boleh memainkan peranannya dengan benar. Bukan sekejap untuk Aku fikir nama motor Aku. Boleh dikatakan, setiap kali Aku ke kelas menunggang, fikiran Aku melayang-layang.

Al Kitab

Di dalam Al Quran, terdapat satu surah yang dinamakan Al Mulk. Surah ke 67 ini ( 6 + 7 = 13, 1 + 3 = 4), mempunyai 30 ayat. Surah ini sekali imbas mengisahkan tentang penolakan manusia kepada kebenaran seorang pembimbing dari tuhan yang membawa khabar gembira, menuju, jalan lurus. Diceritakan juga kesan kepada manusia yang menolak pembimbing ini. Dan diceritakan juga, bahawa, pembimbing ini, diberi panduan secara terus oleh tuhan yang mengatur segalanya. Bahawa, alam ini adalah misteri, begitu juga dengan diri manusia. Hanya, melalui pengetahuan yang ditingkatkan oleh tuhan yang maha meningkatkan, dapatlah seorang manusia itu akalnya bergerak cergas, untuk menembusi rahsia diri. Dalam erti kata lain, kebergantungan manusia untuk memahami, adalah terus dari tuhan yang menciptakannya.

Sisi lain bagi surah ini pula, secara tersirat, memberi tahu bahawa bukan atas kuasa seorang manusia, yang menentukan sama ada seseorang itu boleh “menerima jalan lurus”, melainkan cuma memberikan perkongsian dan tunjuk ajar, yang sebaik mungkin.

Surah ini ditutup dengan ayat yang pada Aku sangat power. “Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap, maka siapakah  yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

“Say, “Have you considered? If your water drains away, who will bring you pure running water?””

Ia bukan tentang seseorang hilang air untuk diminum, sebaliknya, ia adalah tentang seseorang yang telah kehilangan sumber pengetahuan  tentang ilmu kebenaran : Baca, ilmu hakikat.

Baca sini untuk tafsiran surah ini, mengikut pemahaman Aku, yang tak seberapa ini.

Maksud Perkataan 

Mulk, ( yang berasal dari Malik) di dalam bahasa melayu, bermaksud “Raja”, atau “The King”.  Manakala di dalam bahasa Hindi, Mulk membawa maksud ke-territory-an, iaitu tanah, atau negara. Sesetengah translation quran bagi nama surah ini dinamakan “kerajaan” atau “kingdom”.

Mungkin apabila kedatangan islam ke tanah melayu, perkataan “Mulk” telah menjadi “Muluk” dan membawa maksud “tinggi”.

Melayu dan Muluk

Alam melayu penuh dengan misteri. Kemistikan alam melayu menghasilkan pelbagai amalan, ini termasuklah dalam bidang perubatan. Terdapat sebuah kitab melayu yang dinamakan, Tajul Muluk, kitab terhebat orang melayu tentang firasat, ilmu matematik  dan huruf, selain tema utamanya adalah perubatan. Seingat Aku, salah satu ilmu dari kitab ini adalah tentang keserasian pasangan hidup. Daripada nama pasangan suami isteri, boleh ditakwilkan rencana kehidupannya berdasarkan kiraan tarikh lahir pasangan. Atuk Aku ada kitab asal ini dan sekarang telah dicuri oleh adik Aku yang nombor dua. Anehnya, adik beradik Aku semua dah kahwin kecuali yang mencuri kitab ini. Mungkin dia masih tidak menemui pasangan yang tarikh lahirnya paling harmoni dengan dirinya!

Aku dan Muluk dulu

Semasa Aku bersekolah menengah di Pekan, ada seorang senior Aku yang kami panggil Muluk. Ntah kenapa dipanggil sedemikian, nama sebenar Muluk ini adalah Felimal Solana, anak kacukan melayu dan Philippines. Seingat Aku lagi, Muluk ini terkenal dengan “bontot garing”. Aku tidak faham kenapa waktu itu tapi bila dah besar-besar ( form five ), Aku faham sikit-sikit.

Muluk ini bukan abang dorm Aku tetapi abang dorm KP. Aku tidak tahu hari ini dimana Muluk berada mungkin kalau Aku ceritakan hal ini kepada KP, KP akan ajak ride mencari Muluk si bontot garing.

Bang Muluk dan Engku

Di dalam filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”, ada satu watak yang bagi Aku, paling penting dalam penentu masa depan dan nasib hero filem ini. Watak ini, Muluk, adalah catalyst bagi watak hero Zainuddin untuk bangkit dari tenggelam kerana cinta. Antara kata-kata paling power si Muluk ini kepada Zainuddin adalah, “…cinta bukan melemahkan semangat tapi membangkitkan semangat, tunjukkan kepada perempuan itu yang engkau tidak mati dibunuhnya.”

Kerana, Muluk menyedarkan Zainuddin daripada terus mabuk kekecewaan cinta, Zainuddin akhirnya bangkit, menjadi seorang penulis yang berjaya. Karya Hamka ini power. Jangan sampai tak pernah tengok (atau baca novelnya) dan dalami karya yang telah difilemkan  ini ( filem paling mahal indonesia setakat ini). Aku tak mahu tulis panjang pasal karya ini sebab Aku rasa akan spoil bagi yang belum pernah mengetahui tentangnya.

Menemui Sang Muluk

Pertama-tama-tama-tama sekali, sebelum Aku mengambil keputusan untuk masuk kelas belajar menunggang, Aku telah ke Fast Bikes Petaling Jaya. Di situ, Aku jatuh cinta pandang pertama. Seingat Aku, Aku kesana dengan adik lelaki Aku Oppajeli. Dan kami bagaikan mengalami kejutan mental, melihat motor zaman dulu, lahir semula ke zaman GST ini.

 

View this post on Instagram

 

1. Roy ikut adik Roy tengok motor. Roy baru sedar Roy haram takda lesen motor. Dulu cita2 Roy masa umur 5 tahun nak jadi posmen sebab dgn menjadi posmen Roy fikir (masa tu) boleh mengembara jauh dari rumah Roy. 2. Semalam, adik Roy dah nak letak downpayment. Roy kata rilek dulu, sekarang Bitcoin tgh jatuh maka baik beli Bitcoin dan tunggu 3 bulan nanti dtg balik muka ada sinyum. 3. Adik Roy ada lesen motor. Tapi Adik Roy tak berapa nak suka pergi mengembara. Adik Roy lebih suka main playstation. Dulu, cita2 adik Roy masa umur 5 tahun dulu nak jadi Kesatria Baja Hitam. Kesimpulan : Roy nak balik rumah pasang model kit menan Ducati 3 tahun lepas. Lepas tu Roy nak puja bagi makan asap supaya Ducati tu besar dan dewasa. #thruxtonr #ducatimonster #panigale959 #ducatiscrambler #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Antara yang paling menarik perhatian adalah Triumph Thruxton selain Street Scrambler. Antara dua ini, berbanding yang lain, seakan memanggil-manggil Aku meminta bawa pulang. Thruxton adalah superbike zaman dahulu manakala Scrambler, motor legend yang iconic dengan Steve Mcqueen.

Sebelum datang ke Fast Bikes ini, sumpah mati, Aku tidak tahu langsung adanya motor sebegini. Aku cuma tahu sipi-sipi, itupun melihat Instagram KJ menunggang Triumph membonceng anaknya.

Aku selepas mencuba-cuba duduk atas Triumph Scrambler di Fast Bikes, terus maju kemudian ke Ducati Petaling Jaya. Jaraknya tidak jauh sangat, kalau hisap rokok, barangkali tak sempat habis. Di situ, Aku mencuba Ducati Scrambler. Kerana tidak ada lesen, Aku “mencuba” bagi Aku cumalah duduk-duduk sahaja untuk tengok sama ada ketinggiannya, boleh atau tidak, sama ada kaki Aku, cecah tanah atau tidak. Menjadi seorang yang tak berapa nak tinggi, bukan semua motor kita boleh naik sesuka hati.

Ada juga Aku ke Big Wing Honda untuk merasai nikmat Jepun. Namun, setakat yang Aku cuba, feel itu tidak sampai lagi. Mungkin bukan hari ini. Bukan semua dari Jepun seperti Kan Yamate atau Maria Ozawa boleh membuatkan kita turn on. Mungkin sesetengah sahaja yang Made in Japan, boleh kita idamkan. Namun masa depan, tidak kita ketahui.

Aku juga pernah ke Gasket Alley untuk melihat Harley Davidson dan Moto Guzzi. Harley memang tak masuk langsung dalam list Aku tetapi Moto Guzzi macam memanggil juga. Dua kali Aku kesana untuk pastikan yang Muluk bukan berbangsa Moto Guzzi.

 

View this post on Instagram

 

Selama ni ingatkan Gasket Ali…. ghupenya Gasket Alley. #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Saingan lain yang berkemungkinan Muluk juga, adalah BMW Rninet. Yang ini agak garang dan gedabak. Terkenal dengan enjin boxer, namun saiznya yang terlalu besar bagi Aku membuatkan Aku rasa ragu-ragu untuk menjinakkannya.

 

View this post on Instagram

 

Ada satu minggu bila ntah ikut Andy Lau tgk #rninet kat Puchong. Gedabak bak hang. #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Basically, agak 5-6 kali juga Aku ke Fast Bikes sepanjang pencarian Muluk. Dengan Oppa, dengan orang rumah, dengan kawan PER paling banyak kali, mungkin salesman Triumph dah lali dengan mamat yang datang tapi tak beli-beli ini.

Selain ke kedai siang hari, malam Aku dipenuhi dengan ceramah-ceramah dari Masjid Youtube. Banyak ustadz yang Aku dengar, banyak juga Ulama motor yang memberikan fatwa dan pendapat tentang motor-motor. Hinggakan satu hari, isteri Aku bising. “Asyik tengok youtube saja, balik-balik motor, balik-balik motor”. Mengetahui yang Aku telah mengambil masanya banyak, Aku decide untuk layan ceramah motor selepas dia tidur.

Seseorang sebenarnya telah tahu jodohnya, cuma, ia mahukan kepastian yang lebih lagi. Sekiranya mencari jodoh manusia, paling rajin, kita akan buat sembahyang istikharah memohon petunjuk. Paling bangang, kita tanya kawan-kawan kita, agak-agak sesuai tak kalau ini jodoh aku (walhal kawan dia macamlah kenal sangat jodoh yang kita nak tu).

Jodoh dengan motor ada sedikit berbeza. Kalau Aku buat sembahyang istikarah sebab nak pilih motor, barangkali isteri Aku bukan akan hangin, sebaliknya mungkin dia pula yang akan sembahyang, mohon Aku kembali ke jalan yang lurus.

Kita akan tahu bahawa sesuatu itu memang tercipta untuk kita. Cuma, kita sebagai manusia, akan bersangsi, mungkin kerana, tidak cukup bersaksi. Kita rasa yang kita memilih sesuatu, tetapi sebenarnya, sesuatu itu, memilih kita.

6 Ogos hari bersejarah dalam hidup Aku. Selepas menunggu hampir 4 bulan lamanya, akhirnya Muluk, muncul juga dalam bab kehidupan Aku. Kenapa 4 bulan? Itu akan Aku tulis pada posting lain. Cukup Aku katakan, bukan mudah rupanya nak membeli Triumph. Beli Audi lagi senang.

Pada hari pertama mengambil Muluk di Fast Bikes, Aku katakan begini :
“Assalamualaikum Muluk. Terima kasih kerana datang ke dalam hidupku. Jagalah keselamatan kita bersama dan bawalah Aku mengembara dunia”