Menanti Sebuah Jawaban

Ada satu lagu ini dulu masa saya muda-muda. Ia dimainkan dalam sebuah filem. Filem ini saya tak ingat sangat kisah detail dia apa tapi basically kisah percintaan antara photographer dengan seorang kaiza. Yang saya paling ingat adalah dinding rumah dalam filem ini. Walaupun buruk, tidak sekata seperti lumut yang ditampal-tampal, tapi entah kenapa warna dinding dalam filem ini nampak macam kita nak buat dinding rumah kita sama begitu. Macam terasa, ah, bosan betul dinding rumah aku. Flat takde texture. Anyway, filem ini tajuknya “Ungu Violet”. Ini trailernya.

Manakala, lagu yang dimainkan dalam filem ini adalah lagu kumpulan Padi. “Menanti sebuah jawaban”.

Kita semua sebagai manusia pastinya mempunyai pelbagai soalan yang tidak kunjung tiba jawapannya. Persoalan demi persoalan yang muncul, kadang menyebabkan kita lupa pada persoalan asal yang terbit, kerana terhimpit dengan pelbagai lagi persoalan baru. Itu biasa. Terlalu banyak persoalan tanpa jawapan, lost dalam persoalan, tak sempat another level : lost dalam jawapan! Naluri manusia sememangnya tercipta untuk “bertanya”. Pada siapa kita bertanya? Mungkin pada teman hidup kita. Mungkin pada kawan-kawan kita. Atau mungkin melalui alam internet, kita bertanya di Quora.

Manakala tentang jawapan pula, ia kadang datang setelah lama kita menunggu. Ia kadang, tidak datang terus. Menjadi kebiasaan bagi yang menganut agama Muhammad, menjadikan aktiviti umrah sebagai satu method untuk mendapatkan jawapan. Ini bermaksud, untuk mendapatkan jawapan, penganut melakukan ritual umrah. Di depan Kaabah, penganut bertanya memohon pencerahan, dengan harapan, segala persoalan terjawab.

Saya tidak terkecuali dari menjadi manusia biasa yang mempunyai pelbagai soalan. Semakin kita melalui alam kehidupan, semakin kita belajar dan memahami bahawa, kehidupan adalah sesuatu yang misteri. Barangkali kerana yang Maha Menulis itu juga, adalah satu misteri. Lalu kerana ia misteri, maka pelbagai persoalan timbul.

Satu ketika dahulu saya mempunyai banyak persoalan. Ada yang dijawab, ada yang tidak. Akibat dari persoalan-persoalan saya, lalu saya ditemukan dengan seorang teacher, yang membuka segala kekusutan yang lama tersimpul di dalam diri ini. Saya malah mengabdikan diri selama 13 tahun lamanya dengan teacher ini, bagi membantu saya untuk memahami, meng-navigate alam kehidupan yang terrainnya penuh misteri ini. Semakin banyak yang saya bertanya, semakin banyak pula yang saya tidak ketahuan. Ibarat kata, semakin banyak bertanya, semakin banyak lagi yang perlu saya belajar dan faham.  Semakin bodoh kita rupanya. Barangkali, inilah yang dinamakan, University of God. Kerana yang Maha Bijak, Maha Pandai, Maha Segala Jawapan, adalah Yang Satu.

Namun antara banyak-banyak persoalan ini, tidak semua persoalan saya dijawab oleh teacher ini. Ada soalan yang sengaja tidak dijawab kerana untuk memahaminya, saya perlu melaluinya dengan sendiri. Seorang teacher hadir bukan untuk memuaskan nafsu persoalan kita. Seorang teacher datang memberikan bimbingan, meningkatkan kesedaran, menunjukkan arah yang betul agar kita  dapat mengembara tanpa sangkak atau terhalang. Tulis seorang writer di dalam sebuah buku,

“Guru yang baik adalah bukan yang memberi air menghilangkan dahaga, sebaliknya membuatkan pelajarnya semakin haus mencari minuman”

Lantaran itu, ada beberapa soalan saya yang sangat dalam yang terpaksa dilalui oleh saya dengan kejam bagi mendapat jawapannya. Sangat terkesan kepada hidup saya hingga ia membina pribadi saya seadanya seperti hari ini. Satu yang saya perasan tentang persoalan adalah, jika kita benar-benar ingin mengetahuinya, Maha Misteri akan memberi jawapan.

Bagaimana yang dikatakan, benar-benar ingin mengetahuinya? PERsoalan ini sangat deep dengan kita. Tidak semestinya soalan itu deep atau tidak, tapi attachment soalan ini sangat terpahat dalam hati kita yang terdalam. Ini menyebabkan kita selalu memikirkannya. Siang dan malam, pagi dan petang. Ibarat hidup tanya nyawa, jika kita memandang sesuatu, kita bukan memandang sesuatu itu, sebaliknya kita memandang kita lemas dalam persoalan. Kesan daripada itu, emosi kita tidak stabil. Lalu rutin hidup kita terganggu.  Tidak ada lain yang menjadi sembahan kita di dalam hati dan pemikiran, kecuali “menanti sebuah jawaban”.

Level ini, kita bukan sekadar bertanya begitu sahaja. Bukan seperti kita bertanya kepada teman hidup atau kawan atau Quora. Kita bertanya dengan perasaan. Dan bagi saya ketika itu, saya bertanya dengan amarah. Barangkali, bila kita attach perasaan kepada persoalan, ia menjadi lebih deep. Lebih connected. Lebih terikat. Ada energy disebalik soalan itu. Dan kerana itu barangkali, Maha Misteri memberi jawapan. 

Betapa ketinggian level yang boleh saya katakan beyond, Maha Misteri memberi jawapan dalam keadaan kita tidak menduga. Contohnya mungkin expectation kita adalah jawapan datang dari teman hidup, kawan atau Quora. Sebaliknya jawapan datang secara tiba-tiba, dari sumber yang kita tidak pernah terfikir, dan jawapan yang datang itu tepat, ringkas, menjawab bukan sekadar persoalan pokok, malah segala persoalan yang berkait dengannya. Maksud saya, persoalan yang paling besar dalam hidup kita, biasanya terbina dari persoalan-persoalan kecil yang terkumpul. Ia seperti layer by layer yang saling bersilang akhirnya membentuk satu layer kukuh yang bersawang, berselirat di pemikiran kita. Menerima jawapan dari Maha Misteri ketika itu, membuatkan saya terduduk dan sesak nafas. Dunia ini seolah terhenti. Jam tidak lagi berdetik. Dalam satu episod hidup saya yang lain dengan kadar persoalan yang sama, menerima jawapan dari Maha Misteri, membuatkan saya menangis tersedu-sedan. Remuk dan hancur hati ini dibuatnya. Kalau pernah lihat kaca berderai, begitulah hati saya bersepai.

Hakikatnya ada 4 fasa dalam hal “menanti sebuah jawaban”. Pertama, terbitnya persoalan itu. Kedua, kesan dari terbitnya persoalan itu. Fasa ketiga adalah menerima jawapan dari Maha Misteri atau persoalan terjawab. Dan keempat, adalah fasa yang lebih panjang dari semua. Fasa bagaimana kita melalui hidup ini bagi menerima jawapan itu.

Ini kerana tidak semua orang berupaya untuk menerima jawapan tersebut dengan mudah. Ini pun biasa. Sama ada kerana kita dibesarkan dengan suasana pradigma harus buat sesuatu sampai berjaya dan jangan kalah, atau kita sebenarnya mempunyai krisis spirualiti. Krisis spiritualiti adalah lebih bahaya dari krisis beragama. Krisis beragama mungkin adalah penolakan kepada ritual agama tersebut seperti malas sembahyang atau ponteng puasa, sebaliknya krisis spiritualiti adalah penolakan kepada Yang Satu.

Di dalam episod hidup saya, mempunyai persoalan terdalam, dan mendapat jawapan, saya perasan bahawa ketika saya lebih muda dulu tempoh untuk menerima jawapan itu lebih singkat. Maksudnya, jika itu jawapannya, OK, saya akur. Berbanding ketika saya yang lebih tua, nampaknya tempoh untuk adapt dengan jawapan itu lebih panjang sedikit. Saya misalnya benar-benar bebas dan benar-benar faham tentang jawapan dari Maha Misteri ketika saya mengerjakan umrah buat kali yang kedua pada tahun 2014 (kali kedua mak mertua belanja maka kena ikut jadi supir). Saya masih ingat lagi ketika itu di Masjid Haram, saya berada di mataf (ketika itu Masjid Haram dalam construction maka dibina platform tinggi untuk ritual tawaf : mataf ). Ya ketika itu saya telah menerima jawapan tersebut setahun lebih yang lalu, namun untuk “menerima” jawapan yang diterima itu ada sedikit cabaran. Dan pada pagi di kota Mekah yang penuh dengan berhala suatu masa dulu itu, bagaikan satu beban batu besar diangkat dari bahu hati saya ini lalu saya merasa lapang selapangnya. Bagaikan tiba-tiba saya boleh bernafas dengan lancar dan menarik nafas lega. Saya malah ketika itu mendapat ayat ini. 

“Hanya melalui Kau Ya Allah, Aku bebas, sebebasnya!”

Balik dari umrah, saya melepaskan segalanya. 

Now. Ada satu hal yang saya rasa sangat penting dan juga adalah satu adab dalam mencari jawapan jika mempunyai persoalan. Melalui apa yang saya telah lalui dalam kehidupan ini, pastikan kita bertanya pada Maha Misteri dulu sebelum kita bertanya dengan yang lain. Maksud saya, tidak kiralah sama ada nak bertanya lepas sembahyang atau tiba-tiba terlintas semasa jogging bagai, kita seharusnya tanya pada yang Hak. Sekecil-kecil soalan hingga sebesar-besar soalan. Dan yang Hak akan memberi jawapan kepada kita, melalui alam ini, sama ada melalui teman hidup, kawan, Quora atau apa yang kita pandang, dengar dan rasa. Barangkali, yang tidak mendapat jawapan atau dibiarkan kusut dalam persoalan adalah kerana bertanya pada yang batil. Batil pastinya akan menyesatkan lagi kita dalam keadaan Yang Hak membiarkan kita begitu sahaja. Dah kita yang memilih untuk jauh dariNya?  Walhal sebenar-benarnya Maha Misteri itu sangat dekat dengan kita. Dekatnya dengan kita ini menyebabkan kita memang terlupa atau tidak nampak. Tidak aware the presence of Maha Misteri ini kerana dekatnya itu teramat sangat. 

Ini ada bukti di dalam Quran. Surah Lembu, ayat 186.

And when My servants ask you about Me, I Am near; I answer the call of the caller when he calls on Me. So let them answer Me, and have faith in Me, that they may be rightly guided.

Dan ini satu lagi bukti yang lebih kukuh, tentang betapa dekatnya Maha Misteri dengan kita. Surah Qaf ayat 16 :

We created the human being, and We know what his soul whispers to him. We are nearer to him than his jugular vein.

Bagaimana dekatnya Tuhan dengan kita? Teacher saya memberitahu saya ini. Dekatnya Tuhan itu dengan kita, dekat tidak bercantum jarak tidak berantara. Ini satu bab lain yang makan tahun untuk faham, tapi untuk manifestasi posting ini, cukuplah sekadar begitu.

OK.

Pengajaran saya dalam bab soalan dan jawapan ini sebenarnya ada lagi. Tapi sebab hari dah petang, sikit lagi nak berbuka, dan sekarang saya nak naik atas nak jogging atas treadmill yang saya baru beli atas nasihat seorang kawan, maka saya tutup tulisan ini dengan satu kesimpulan.

Sepeti dinding buruk yang macam berlumut ditampal-tampal akibat texture campur aduk simen dan cat dalam filem Ungu Violet tadi, buruk macam mana pun jawapan yang kita dapat dalam hidup ini, sebenarnya adalah untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi hidup kita. Ini adalah benar melalui pengalaman saya. Walaupun kejam dan sangat tajam, rupanya setelah  kita “menerima” jawapan itu, sebenarnya ada satu level lagi iaitu fasa mendapat hadiah yang tidak tersangka.

Betapa hebat Maha Misteri. Sudahlah memberi jawapan, malah memberi hadiah lagi! Itupun kalau kita menerima seadanya. Atau dalam ayat lain yang nampak looser tapi sebenarnya tidak : mengaku tewas.

Kehidupan ini adalah satu episod panjang dan luas. Setiap detik amat berharga kerana setiap detik dalam hidup kita ini, menghampiri kepada expiry time hidup kita. Akhir-akhir sekali, semua orang mahu mencapai happiness. Dan happiness itu tidak akan tercapai, melainkan kita accept segala takdir Allah. Menerima takdir Allah adalah mengaku kalah pada ego diri kita. Siapa pemilik segala kebahagiaan? Bukan kita.

Selamat Berbuka.

* kaiza : Awek