Memecah Batas Kalimah

 

Minda atau pemikiran kita telah dibaja dengan subur, dari kecil lagi, oleh satu perspektif, yang satu hari kelak di masa hadapan, agak sukar dipecahkan temboknya. Misalnya, Aku sendiri, sewaktu kecil dahulu, telah “di-brainwash” bahawa jika main hujan, akan demam.

Sama ada betul atau tidak, main hujan akan demam, tidak diketahui misterinya. Yang sebetulnya jika waktu Aku kecil dulu, main hujan dilarang adalah kerana dikhuatiri ada petir dan kilat yang membahayakan. Juga, menyusahkan mak abah sebab baju bukan setakat basah, tapi bila main hujan, tanah akan berlumpur. Dan lumpur ini kalau kena pada seluar dan baju sudah pasti akan menaikkan amarah mak abah sebab nak basuh dia susah.

Lalu apabila sudah dewasa ini, Aku akan mengelak dari terkena hujan, walau setitis pun. Sebab minda Aku telah diset, terkena air hujan, boleh demam. Demam adalah antara hal – hal yang Aku malas nak manage. Walhal, seingat Aku, pernah ada yang Aku berlari dalam hujan untuk race 7K di Bukit Jalil dulu dan Aku rasa Aku OK tak demam pun.

Itu cuma perspektif tentang hujan dan demam. Bagaimana dengan yang lain yang lebih taboo? Bagaimana pula dengan hal yang ada kaitan dengan agama. Misalnya (contoh sahaja) datang seseorang kepada kita lalu berkata begini : Tidak ada malaikat ataupun syaitan di dalam dunia. Yang ada adalah Kau yang jahat, atau Kau yang akur. Kalau Kau jahat, Kaulah syaitan sebaliknya kalau Kau baik dan menurut perintah, Kaulah malaikatnya.

Untuk rekod, mempercayai malaikat adalah sebahagian daripada rukun iman.

***
loading

Memecah Batas Kalimah dizahirkan ke kanvas sewaktu pemikiran aku dikonstruk semula, delete yang lama, install yang baru. Ibarat air yang penuh gelas, dibuang air yang sedia ada, kemudian dipenuhkan dengan air yang baru.

Namun untuk semua ini berlaku, ada satu garis sempadan dimana Aku membuat keputusan, untuk menerima sepenuhnya yang baru, dan meninggalkan sepenuhnya yang lama. Kerana itu garis ini tebal dan merah dan ganas dan padat dan pekat. Dan selepas garis ini, bahagian atas kanvas, adalah kosong langsung tidak bewarna sedangkan bahagian bawahnya penuh teksture, garis-garis, dan warna yang tidak berarah.

Kalimah tidak berkuasa. Yang empunya kalimah itu yang berkuasa : Yang Asal, adalah Yang Maha Kuasa.


Info Artwork
Saiz : –
Medium : Acrylic pada kanvas
Tahun : 2005