Guru

Saya berpendapat, ada 4 jenis kategori guru yang mungkin telah kita temui atau mungkin akan jumpa di dalam pengembaraan hidup ini. Itu pun bergantung kepada kekuatan hati kita untuk menimba ilmu, kerana jika tidak, alam tidak akan membuka rahsianya kecuali kita mengambil keputusan untuk terus belajar dan belajar lagi.

Kategori yang pertama adalah : Yang mengajar untuk mula hidup.

Ini adalah ibu bapa dan guru-guru di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan mungkin pensyarah di kolej atau universiti kita. Mereka berkorban masa dan tenaga agar kita dididik menjadi manusia yang berguna. Daripada tidak pandai mengira dan membaca, kita akhirnya boleh mendapatkan maksud di sebalik nombor dan abjad.  Malah pula, dari nombor dan abjad ini, kita boleh memanfaatkan untuk kegunaan kita. Tempoh kita dengan guru-guru ini paling minimum adalah selama 18 tahun, atau paling panjang mungkin makan 22 tahun. Ada juga yang lagi lebih dan salute untuk mereka ini. Setelah itu, kita mungkin tidak lagi jumpa guru-guru ini kecuali ibu bapa kita. Dan ibu bapa kita pun, setelah kita melepasi umur 18 tahun, agak kurang kita belajar secara direct dari mereka sebenarnya. Pada umur sebegini, kita lebih banyak belajar di luar rumah, berbanding di dalam rumah. 

Kategori yang kedua adalah : Yang mengajar untuk memperbaik hidup.

Ini adalah kawan-kawan rapat kita. Atau kawan-kawan di pejabat. Atau kawan serumah, atau kawan instagram. Mungkin juga yang lebih superior dari kita seperti boss kita. Atau boleh jadi juga yang lebih bawah dari kita seperti makcik jual kuih tepi jalan. Mungkin juga salesman yang mahu jual kereta atau rumah kepada kita. Boleh jadi juga idola di alam internet atau movie. Boleh jadi juga tokoh-tokoh atau selebriti. Sama ada mengajar secara terus atau secara simbolik, banyak yang kita belajar dari guru-guru ini. Misalnya ada dari kita yang menjadi fasih ilmu kewangan setelah berguru secara online dengan Robert T. Kiyosaki. Ada pula yang mencapai tahap zen ultra setelah membaca buku Robin Sharma. Ada yang nak menjadi ustadz setelah terpengaruh dengan kisah percintaan Dai’ Farhan. Ada yang belajar cara nak mengorat awek dari kawan serumah. Ini juga guru yang mengajar pickup line agar memperbaik hidup kita dari hidup bujang melarat tak reti basuh kain dan tak pernah tengok apa yang ada dalam kain.

Guru-guru ini hadir untuk membentuk pribadi dan karekter kita. Jika sebelum ini kita masih mentah dan muda, setelah menemui guru-guru ini kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan. Tetapi awas bukan semua yang hadir itu guru. Kena hati-hati dan jangan salah pilih. Ini kerana tidak semua yang nampak hebat dan petah berbicara atau level social influencer itu benar-benar ada isinya. Agar tidak tersilap dalam perguruan, sebaiknya berguru sebanyak mungkin.

Kategori yang ketiga adalah : Yang mengajar erti hidup

Guru sebegini bukan datang dalam bentuk jasad. Sebaliknya ia datang dalam bentuk azab dan bala. Boleh jadi juga datang dalam bentuk yang gembira tapi jarang, namun pokok pangkalnya, yang mengajar kita tentang erti hidup ini adalah pengalaman kita melalui ujian demi ujian. Kata seorang mat salleh di instagram, ada 3 guru terbesar dalam kategori ini adalah yang pertama, poket yang kosong. Ia menyebabkan kita rasa terhina lalu mengambil keputusan untuk berusaha memenuhkan poket demi untuk naik level sama dengan orang lain atau setidak-tidaknya, sebagai balasan pahala kepada guru-guru yang mengajar kita mula hidup dulu. Namun akhir sekali adalah bukan sama ada kita mempunyai seringgit atau seratus Bitcoin, tetapi poket yang kosong mengajar kita merendah diri. 

Kedua, kegagalan atau failures. Ini memang betul banyak mengajar kita malah boleh mengubah kita menjadi lebih kuat dan cekal. Mungkin dalam perniagaan kita. Atau mungkin dalam usaha kita untuk mendapatkan sesuatu atau meninggalkan sesuatu. Kegagalan memang sial tapi mengertilah, sial itu menjadikan kita seorang yang berjaya. Thomas Alva Edision jika putus asa kerana gagal, hidup dengan pelita kita hari ini. Kata seorang penulis, jika kita tidak pernah mencuba, kita tidak akan tahu apa akhirnya. Dan jika kita kurang mencuba, kita belum benar-benar hidup sebenarnya. Bagi yang suka mencuba dan sering gagal mahupun berjaya, mereka ini pasti faham yang threshold sesuatu itu bukan diukur dari result atau keputusan akhir sesuatu usaha tersebut. Apa yang dapat dipelajari dari satu kegagalan lebih beerti dari seribu satu kebanggaan sebuah kejayaan. Berpeganglah pada hashtag ini jika mahu banyak pengalaman : #whenisthelasttimeyoudidsomethingforthefirsttime.

Dan terakhir, adalah hati yang kecewa. Mat salleh kata heartbroken. Ini kalau tak pernah lalui, memang kita sampai bila-bila tidak akan mengenal erti cinta yang sejati. Pahit, dan boleh menjadi racun, namun jika kita lepas ujian ini, ia adalah penawar segala kesakitan dunia. Panduan ringkas bagi melalui hal ini, bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Atau guru saya pernah berkata walaupun kasar, cipap bukan satu. Hati yang kecewa jika dilayan maka tenggelamlah kita seperti karya Hamka : Tenggelammnya Kapal Vanderwick. Dan hati yang kecewa, jika bangkit darinya, juga seperti karya Hamka : Watak Zainuddin di dalam Tenggelammnya Kapal Vanderwick.

Kesimpulannya, yang mengajar kita erti hidup adalah pengalaman kita sendiri. Hanya melaluinya dan setelah benar-benar melalui ia, kita menjadi lebih baik dari fasa yang sebelum, itu pun jika kita mengambil keputusan untuk berubah dan mengambil iktibar. Pepatah mat salleh ada mengatakan, Once bitten twice shy. Ingat, ini kata keramat.

Kebiasaannya semakin banyak umur kita, semakin banyak pengalaman kita. Itu juga bermaksud, semakin banyak yang kita belajar dari pengalaman kita (sepatutnya). Namun begitu, awas sedikit. Segala guru pengalaman ini membentuk mental kita. Kadang – kala, kalau tersalah tafsir tentang pengalaman, ia boleh menyesatkan kita. Seharusnya semakin tua kita, semakin rendah ego dan marah kita. Bukan semakin tua sebab banyak pengalaman, maka semakin tinggi ego dan marah kita.

Kebanyakkan dari kita juga akan kekal duduk dalam perguruan sebegini sampai bila-bila. Sikit yang menemui guru yang seterusnya.

Kategori yang terakhir adalah : Yang mengajar cara “benar-benar hidup”

Ini adalah yang paling sikit akan menemui. Guru, yang mengajar cara untuk “benar-benar hidup”. Kebanyakkan dari kita sebenarnya nampak macam hidup tetapi kita sebenarnya sudah lama mati. Apakah tanda-tandanya kita dari golongan yang mati? Apabila kita merasakan kosong. Ada sesuatu yang tidak kena. Ada yang missing in my life tapi apa ya? Kenapa apa yang saya buat semua tak berhasil? Kenapa buah yang saya makan ini tawar? Mana manisnya?

Kita juga tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Jangan hadkan skop pada harta atau wang ringgit sahaja. Ada juga yang tidak puas melakukan ritual ibadat seperti membaca quran setiap saat atau sembahyang tak berhenti, ini juga sebenarnya kalau dilihat dari satu segi masih lagi tak puas hati dan ini my friend, hati-hati. Jangan ingat tamak pahala itu bagus sebab biasanya yang tamak ini selalu rugi. Nama pun tamak. Seperti kisah anjing dan bayang-bayang, nampak macam simple tapi sebenarnya deep. Islam yang disampaikan Prophet Muhammad mengajar manusia agar mencapai hidup yang balance atau melayu kata seimbang. Prophet tak suruh duduk atas tikar sembahyang 24 jam. Quran ada mengesahkan hal ini.

Atau kita sentiasa dalam persoalan demi persoalan. Kita selalu complaint dalam semua hal. Semua adalah tidak betul dan kita seorang sahaja yang betul. Kita adalah netizen yang pantang nampak orang buat salah, kita terus mengecam. Tangan kita paling laju dalam menekan keyboard dan pantang ada bola tanggung, kita akan smash dengan hati yang bangga. Hakikatnya, ini adalah kondisi seseorang yang mati, walaupun nampak macam hidup. Sedih, tapi benar. Ketahuilah bahawa orang yang berilmu biasanya diam. Kerana itu ada pepatah melayu, diam-diam ubi berisi. Orang yang berilmu tak buat bising kat tempat orang. Dia bising dalam rumahnya sendiri.

Guru yang mengajar cara “benar-benar hidup ini” tidak ramai. Dan nasib kalau menjumpai. Guru sebegini kata-katanya sangat tajam dan menusuk hati. Mungkin pedih, tapi itulah hakikatnya. Apabila bertemu dengan guru ini (seorang manusia) kita akan dibogelkan serta merta. Bukan naked macam dalam cita blue, tetapi bogel secara spiritual. Fikiran kita atau anggapan kita terhadap dunia akan rewired. Atau restart. Mulanya kita ingat macam ini tetapi hakikatnya yang sebaliknya. Guru ini mengajar kita untuk pandang yang disebalik. Menemui guru ini, hati kita akan “hidup”. Dan kerana hati kita “hidup”, lalu barulah kita faham tentang rahsia alam ini. Dan kerana hati kita “hidup”, lalu barulah kita “benar-benar hidup”. Batin telah tersedar dari tidur.

Misteri yang selama ini tersimpul terbuka luas seluasnya. Semua persoalan kita terjawab. Malah jangan terkejut, jika berdepan dengan guru sebegini, persoalan kita yang didalam hati yang tak pernah kita lafaz dijawab olehnya begitu sahaja. Ibarat guru ini duduk didalam hati kita. Hakikatnya guru ini mengenal batin kita. Kita yang selama ini buta dan tidak mengenal batin kita.

Seorang sahabat saya pernah bertanya kepada saya. Bagaimana untuk dia menemui guru ini? Saya katakan kepada beliau, minta kepada tuhan. Jika sehari kita minta 10 kali, genap setahun kita telah meminta pada tuhan sebanyak 3650 kali. Adakah pada fikiran kita tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ini tidak akan memperkenankan doa kita?

Namun berguru dengan guru sebegini bukan mudah dan banyak cabarannya. Ia bukan seperti 3 jenis guru yang sebelum ini. Berguru dengan guru sebegini ibarat menaiki sebuah kapal bersamanya menuju sebuah pulau di lautan yang luas dan dalam. Ramai yang kecundang dan tidak tahan mabuk laut lalu mengambil keputusan untuk terjun dari kapal. Ujian yang hadir adalah bukan lagi Another Level tetapi Beyond. Sanggupkah kita meredah ombak dan badai?

Sesuatu rahsia yang sangat mahal harganya bukan mudah untuk dicapai dan bukan senang juga untuk difahami. Hanya mereka yang layak dan terpilih akan sampai ke destinasi. Namun begitu, bukanlah destinasi yang menjadi hal yang utama. Kata pepatah inggeris lagi, “It is not the destination, it is the journey that matters”

Akhir-akhir segala semua, YANG SATU itulah guru sebenar guru. Siapa yang lagi Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana? Bukan Musa, bukan Khidir. Bukan juga Muhammad.

2:31 And He taught Adam the names, all of them; then he presented them to the angels, and said, “Tell Me the names of these, if you are sincere.”

Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi hati yang gelap. Itu kata2 yang biasa kita dengar pada hari guru. Namun guru yang kategori akhir ini menghidupkan kita lebih sedikit lagi. Tanya beliau, “Siapa yang menghadirkan cahaya?”

***

Sama ada kita sekecil-kecil guru atau sebesar-besar student (of life), jangan pernah berhenti belajar dan mengajar. Selamat menyambut hari guru. Dan selamat menyambut, seorang guru, jika menemuinya nanti.

YANG SATU sentiasa merahmati kita semua, sama ada kita sedar atau tidak, “hidup atau mati” mengetahuinya.