For the Ride

Zaman dulu kalau dah beli barang, nanti tiap-tiap bulan dia akan kirim magazine iklan. Penuh dengan gambar dan katalog barang baru. Masa kecik selalu dapat kat rumah tapi tak ingat brand apa.

Zaman dah berubah, sekarang nak jual magazine bukan setakat tak laku, tapi reach magazine ni tak jauh. Takkan la nak hantar dari UK ke rumah? Stem je dah berapa. Maka zaman sekarang content magazine dibubuh pada website. Segala propaganda dan hasutan agar loyal kepada brand dan belilah barangan buatan kami ditala bertubi-tubi dalam web ini.

Untuk Ducati, masa Aku amik Serius Black dulu, Tim salesman itu ada bagi majalah Ducati. Tak tau tahun bila punya majalah tapi memang banyak gambar motor dan gambar awek memperagakan apparel Ducati.

Manakala Triumph pula ada website khas yang dinamakan fortheride.com.

Ada macam-macam cerita dalam magazine online ini. Misalnya ada satu artikel itu, “Are you bike fit?”. Banyak juga pengetahuan yang boleh dapat dari membaca rupanya.

***

Semasa ride ke 13 : Ride Muhammad, masa balik Aku ada singgah Nilai dan jumpa kawan lama Al Harouns. Dia ini dulu masa di MMU bawak Apprilia. Kira, Al Harouns memang level lagenda permotoran kalau dak-dak wechat zaman sekarang layan moto GP Hafiz Syahrin, Al Harouns adalah Hafiz Syahrin kami waktu naif dulu.

Al Harouns, sebab lama tak jumpa, Aku agak, ada 20 tahun, first sekali soalan dia tanya pada Aku begini.

“Apa cerita tiba-tiba main motor, dulu bukan setakat lesen pun tak ada, nak bawak motor pun tak reti? Buang tebiat ke apa”

Aku tersenyum lalu mengeluarkan beg duit dan mengeluarkan lesen. Aku tunjuk pada Al Harouns, sambil berkata,

“Ron…. ko tengok ni. Lesen Aku tak ada nombor tau. Ko bawak Apprilia dulu Lesen ko still ada nombor 2”

Al Harouns kemudian berkata, “Ye la motor aku sticker je Apprilia, badan RG”

Kami ketawa berdekah-dekah. Dalam hati Aku, teringat akan magazine triumph ini. Barangkali, kita selalu terfikir. Untuk apa kita lakukan sesuatu?

Steve McQueen berkata begini. “Aku belajar bahawa hidup ini adalah panjang dan jalannya sukar, tetapi kamu harus terus mara, atau kamu jatuh di tepi jalan“.