Dropbox

Siapa yang ada laptop, kalau tidak pernah kena satu daripada hal dibawah, datang jumpa Aku. Akan Aku beri satu hadiah misteri.

1. Laptop rosak
2. Laptop kena curi
3. Laptop tak rosak, tapi kena virus lalu hardisk jahanam

Pokoknya, semua hal di atas menyebabkan damage paling besar : Hilang Data.

Daripada 3 hal diatas, Aku cuma pernah kena yang pertama.  Dua lagi belum. Macbook Air yang Aku beli pada hari Dato Steve Job menjadi arwah (selepas mendapat berita pemergian Steve, Aku heret isteri Aku ke Apple Sunway dan tangkap satu Macbook sebagai tribute) akhirnya mengikut jejak langkah penciptanya. Masalahnya di dalam itu, ada beribu data, yang nilainya lebih dari beribu-beribu.

Lama Aku simpan Macbook Air itu walaupun setelah beralih kepada Macbook Pro baru. Bukan kerana Aku tidak mahu betulkan,  tetapi kos untuk repair sama dengan harga beli sebiji lagi yang baru. Hingga sampai minggu lepas, Aku diilhamkan untuk keluarkan hardisknya dan sambung dalam external usb. Kenapa ilham ini lambat eh? Makan bulan juga tunggu. Tapi tidak mengapa. Biarkan kisah itu begitu. Kerana hikmah dari semua hal yang terjadi, mengajar Aku sesuatu yang sangat beerti :

header_logo@2x-vflt21Kis
Dropbox.

Internet Connection
Aku sekarang sedang mengatur semua files dan data, pindah masuk ke dalam Dropbox. OK. Memang betul. Perlu internet connection yang kuat kalau mahu migrate ke Dropbox sepenuh masa. Office Aku, baru Aku upgrade unifi 100MB manakala rumah, masih maintain unifi 20MB. Maksudnya, internet kena power sebab kalau internet slow, susah nak buat kerja sambil ambil files dari server. Kalau masih pakai Dial Up lupakan hasrat Dropbox kamu tu.

Kos
Manakala untuk kos Dropbox setahun, adalah USD99.00 = RM438.62. Ini kalau bayar terus satu tahun one shot. Kalau bayar bulan-bulan, USD9.99 = RM44.26 ( dimana, untuk setahun jadi RM531.12). Lebih baik untuk bayar one shot dari bayar bulan-bulan.

Screen Shot 2017-04-12 at 2.15.42 PM
RM438.62 setahun untuk data storage, mahal ke murah? 10 tahun RM4386.20, baru sama dengan harga satu laptop lebih kurang, tapi nilai data yang disimpan, of course 10 tahun punya data berbeza.

Size Storage
Dropbox bagi 1 TB atau 1000 GB. Besar mana? 500 jam waktu layan movie. Untuk comparison, boleh rujuk jadual disini.

Screen Shot 2017-04-12 at 2.16.19 PM

Aksess
Aksess ke Dropbox masa buat kerja macam aksess ke folder biasa. Bukannya nak kena login ke web untuk drag and drop ke desktop. Bila install Dropbox pada laptop kita, kita akan ada folder khas ke Dropbox.

Screen Shot 2017-04-12 at 4.20.44 PM

Kalau pindahkan files dari laptop ke Dropbox, boleh tengok status perpindahan dari menu laptop atas tu.

Screen Shot 2017-04-12 at 4.21.00 PM

Untuk detail cara install, boleh rujuk video dibawah ini.

Boleh juga aksess files dari iPhone. Install apps dia dan boleh stalk file sendiri kalau dah habis kerja nak buat. Install apps dari sini.

screen696x696

Security
Ini penting. Pertama standard dia adalah nak keluar masuk ada login. Ini biasa. Kedua, yang paling penting, ada access level untuk bagi share folder / file dengan orang lain. Maksudnya, kita bukan share the whole Dropbox kita dengan orang lain, tapi select folder mana yang berkaitan. Boleh add expiring date pada folder / file kalau tanak share sampai kiamat. Ketiga adalah versioning. File yang disimpan ada version up to 30 hari bagi account plus. Maksudnya boleh time machine balik untuk file yang sebelum tu in case ter-overwrite.

Untuk security level paranoid pula, pertama ada 2FA. Maksudnya nak login ke Dropbox kena masuk 6  pin number macam TAC Maybank tu. Yang ni pakai Authy. Kedua, security key, dimana nak login Dropbox kena masukkan USB, baru boleh tengok. Kira macam ada kunci lain pulak.

securitykey2

Dan ketiga, boleh remote device wipe. Katakan kita dah ada folder Dropbox dalam Macbook kita, sekali malang tak wangi, Macbook kena rembat. So pinjam laptop kawan, remote device wipe dari jauh. Pencuri tak dapat aksess Dropbox kita.

Lain-lain banyak lagi kalau Aku tulis, baik Aku kerja dengan Dropbox.

Gaya Kerja
Zaman Aku designer dulu Aku kerja dengan boss Aku dan rakan sepejabat sahaja. Kami share files melalui server yang ada di ofis. Zaman sudah berubah sebab itu 10 tahun yang lalu. Sekarang Aku kerja dengan lebih ramai orang. Bukan setakat client tetapi juga dengan partner yang berbeza syarikat, berbeza pula tempat. So file sharing lebih mudah sebab Aku buka aksess file ke Dropbox Aku melalui folder tertentu.

Aku pula tak payah pening kepala nak ingat file kat mana atau kat office mana. So semua dari satu tempat sahaja.

Matlamat Akhir / End Game
Semua file dari Macbook (laptop), iMac (desktop), iPhone (telefon), iPad (mobile) simpan kat satu tempat sahaja. So dalam laptop, desktop, telefon semua kosong, cuma ada OS. Kalau orang nak rembat atau rosak, tidak menjadi masalah mental sampai tak tidur malam.

Kalau pergi travel malas bawak laptop, boleh cari CC atau pinjam desktop kat rumah AirBnB untuk aksess file. Begitu juga dengan masa balik kampung, tak payah usung laptop kehulu kehilir.

***

Kalau terpengaruh dengan artikel yang Aku tulis ini, dan decide untuk cuba Dropbox, boleh klik sini untuk maklumat lanjut.  Tak semestinya sign up Dropbox terus kena bayar sebab boleh guna yang free dulu cuma size storage limited. Setiap sign up dari kamu semua membesarkan lagi storage Dropbox Aku sebanyak 500 MB. Terima Kasih.

Untuk files dan data yang telah pergi hilang entah kemana, lupakan kenangan silam itu. Hari ini dan akan datang lebih beerti kerana disaat Dropbox wujud dalam hati, tidak akan ada lagi files atau data yang akan mati.