ditanahdiantara

ditanahdiantara_01

Satu hari dalam bulan May 2013, ketika Aku sedang buntu, seorang kawan sekolah Aku telefon. Dia ajak Aku ke Australia sebab dia nak beli kedai makan melayu di sana. Aku kata, Aku tengah sengkek, tak ada sen. Dia kata jangan risau, makan, tidur, kereta semua dia tanggung. Aku cuma perlu beli tiket flight. Sebab dia kata, kalau dia tanggung jugak tiket flight Aku, nanti orang tuduh kami Gay. Dia tambah ayat power lagi, kalau Aku ada, Aku boleh advice dia on rebranding kedai itu nanti.

Aku pecah tabung nak kumpul 3 ribu lebih. Tahun itu memang tahun dukacita. Bisnes macam nak melingkup. Kepala memang dah sewel. Dan Aku perlukan masa menyendiri. 2004 dulu dah kena ujian sekali. 2013 rupanya ada lagi. Aku tau bukan Aku kesana untuk kerja rebranding pun. Aku lebih melihat untuk retuning, Aku sendiri.

IMG_6144
Antara teks yang Aku tulis 

30 June Aku fly ke Adelaide dan tinggal di sana beberapa hari. Kemudian kami travel melalui darat ke Melbourne dan tinggal beberapa hari lagi. Ini adalah pertama kali Aku keluar negara jauh dari biasa. Walaupun jasad Aku di sana namun hati Aku entah kemana.

#ditanahdiantara adalah di antara dua dari segala.

Antara Adelaide dan Melbourne,
Antara siang dan malam,
Antara nikmat dan bala,
Antara pergi dan pulang,
Antara satu dan dua,
Antara mana?


#ditanahdiantara adalah period dalam hidup Aku dimana dualiti dalam diri berlawanan sama ada untuk terus atau tidak dalam sesuatu rahasia yang tersembunyi. Ada sisi yang berjuang dan ada pula sisi yang menentang. Yang menjadi peneman Aku waktu itu adalah sekeping buku yang penuh dengan puisi-puisi RUMI, In the arms of beloved.

Di akhir perjalanan Aku menemui jawapan. Aku bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan isteri yang sangat penyabar dan sangat menyayangi Aku. Compassion-nya tinggi. Emphaty-nya berbeda. Melalui dia, baru Aku faham, erti sebenar unconditional love. Di tangan mana yang lebih mencintai…

Kerana itu, di lapangan terbang Tulamarine sebelum pulang, Aku memegang tanah melalui tapak tangan lalu Aku bertekad dan Aku berjanji, bahawa yang satu hari nanti, Aku akan bawa isteri Aku datang melawat kembali tanah Australia ini. Melawat sambil mengenang dalam tenang, sesuatu yang pernah hilang.


Info Travel
Tarikh : 30 Jun – 8 Julai 2013
Lokasi : Adelaide, Melbourne Australia

Bacaan Lanjut
makefg.php #ditanahdiantara