Coin

Pada 22 Nov 2013, Aku telah terpesona dengan satu teknologi baru yang memainkan perasaan minimalist. Teknologi ini, menyebabkan dompet kita menjadi semakin nipis kerana dua : mengurangkan bilah kad kredit dan sekaligus mengurangkan duit kerana asyik berhutang. Paling tidak, hal yang kedua itu adalah benar bagi yang tidak ada kesedaran financial yang deep.

Memperkenalkan Coin dengan tagline, “Plastic Reinvented”.

Aku perkenalkan gambarnya dahulu untuk tatapan sejagat, sebelum kita lanjut ke video perihal tentang kad kredit minimalist ini.

maxresdefault

Idea kad kredit minimalist ini adalah menggabungkan semua kad kredit yang kita ada, kepada satu.  Katakan kita ada 3 kad kredit. Citibank, Maybank dan mungkin Alliance. Kita simpan semua data kad kredit ini dalam Coin, dan apabila nak guna, kita cuma swipe untuk pilih yang mana kita nak pakai, sebelum kita benar-benar swipe, untuk berbelanja.

Lalu kepada sesiapa yang terpaksa mengusung kad kredit dan menjadikan dompetnya tebal, ini adalah satu opportunity untuk mengurangkan kalori dompet anda.

Kenapa Aku sangat tertarik dengan kad ini adalah kerana element tauhid yang ia pakai. Jelas sangat konsep yang ia guna adalah Satu dalam banyak, banyak dalam Satu. Selain rupa fizikalnya yang Aku rasa sangat mantap ( ibarat kad kredit lain pakai baju nak pergi main air laut tapi yang ini suit up ala Barney Stinson ), hal yang ketiga adalah kerana Aku tidak sabar untuk menjadi orang Malaysia yang pertama yang ada kad minimalist ini.

Lalu Aku sign up, dan beli.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.35.46 PM

Keterujaan Aku menanti kad minimalist ini sampai ke tangan, pudar semakin hari semakin tahun. Daripada 2013 hingga tahun 2017 Aku tunggu, daripada Aku lari 5K dan sekarang Aku dah pun lari 2 kali marathon. Sebetulnya, sampai satu saat, Aku sebenarnya memang sudah lupa akan hal yang menakjubkan ini.

Hingga pada satu hari akhirnya Coin, muncul dalam email Aku dengan aura yang berbeza. Feeling dia agak mendukacitakan apabila Aku diberitahu : Coin, ditutup, selepas dibeli oleh Fitbit. HEH! Patutlah 4 tahun menyepi, rupanya company dah kena beli.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.40.04 PM

Aku kemudian disuruh untuk mengisi satu Google Form untuk membuat claim agar duit sebanyak USD55 yang telah Aku bayar, dipulangkan kembali.

***

Di dalam hidup ini kadang-kadang kita merancang untuk mencapai satu level atau satu tahap yang kita rasa baik untuk kita dan juga keluarga kita. Kita boleh dan dibenarkan untuk berusaha ke tahap itu. Walau bagaimanapun, tidak semua benda itu kita ada kuasa, untuk menentukan sama ada ia menjadi kenyataan atau hanya tinggal angan-angan.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.52.41 PM

Apabila sesuatu yang berlaku tidak seperti yang kita impikan, kita cuma boleh menoleh kebelakang dan berfikir sejenak. Sekurang-kurangnya, Aku telah cuba. Rileklah, ia bukan berpunca dari Aku pun.

Siang tadi Aku beritahu John Zulazri pasal Coin ini. John Zulazri sebenarnya sama-sama menunggu kehadiran Coin dalam hidup ala Silicon Valley kami. Malangnya kami terpaksa potong list satu kerana Fitbit lebih berkuasa.

Kata John sebelum keluar office, “Dude, I think actually you have been conned, by the coin”

Aku hanya mampu tersenyum. Dunia ini penuh tipu daya.