Cinta

Siapa yang nak kahwin mesti tahu betapa perit nak simpan duit untuk kahwin. Lagi-lagi kalau tak pernah nak menyimpan sebelum itu dan tiba-tiba decide nak kahwin dalam tahun yang sama. Itu memang kerja gila.

Tetapi Aku percaya yang jodoh Allah telah tentukan. Begitu juga dengan rezeki. Maka, kalau sudah ditentukan jodoh untuk kita itu sampai, rezeki juga pasti sampai.

logo bsvn

Satu hari kawan Aku Ak Don ajak masuk Bakat Muda Sezaman. Ia adalah anjuran Balai Seni Lukis Negara. Pertandingan ini mencungkil young artist atau artist baru. Aku macam terbuka mata dan motivasi Aku adalah bukan untuk menjadi artis pun. Motivasi Aku adalah lebih kepada ingin menang sebab hadiah utama adalah wang tunai.

P550x400-02970
Dengan wang tunai ini, Aku boleh kahwin. Itu yang buat Aku super-semangat. Lalu, Aku fikir, apakah hasil seni yang Aku perlu buat untuk menang? Fikir punya fikir, akhir sekali, Aku buat satu digital interactive artwork dimana temanya adalah CINTA.  Kebetulan juga, kerana Aku akan berkahwin, maka, mempunyai satu artwork yang ditayang dalam Balai Seni Lukis tentang CINTA sedikit sebanyak juga adalah hadiah untuk bakal isteri Aku. Mesti cair habis.

***

Artwork CINTA ini adalah narratif interaktif visual dimana gabungan kaligrafi jawi dan animasi flash. Temanya kasih & sayang. Isi utama atau hakikat yang Aku cuba sampaikan adalah jodoh itu takdir yang tuhan telah susun secara tersirat hingga menjadi tersurat agar manusia nampak dan sedar, itu pun kalau manusia mahu menerima dan sanggup untuk menghadapi segalanya.

Dari sini, Aku kupas hingga tercipta bait tulis :

“Takdir cinta kerana kuasa yang maha esa, dengan kuasa cinta kita menempuh segalanya”

cinta_P5333x2889-02018

Kemuncak narratif interaktif visual ini adalah 4 siri animasi yang berkisar tentang kisah Aku dan bakal isteri. Paling akhir, Aku selitkan ruang untuk audience menafsir CINTA mereka dalam bentuk garis.

***

Pada hari pengumuman keputusan untuk pemenang di Balai Seni, Aku menerima kekalahan. Tidak ada hadiah wang tunai yang Aku bawa pulang dan bagaimana untuk Aku mengumpul wang hantaran masih menjadi misteri. Sebaliknya, rupa-rupanya hadiah yang lebih bermakna pada Aku hari itu adalah bagaimana untuk meletakkan FAITH pada ALLAH, bahawa dengan tidak cukup duit  pun Aku boleh kahwin. Itu ujian DIA sebenarnya.

Dan entah macam mana, pada hujung tahun itu, Aku ada RM 25 K untuk melangsungkan perkahwinan hasil dari kerja freelance bagai. Itu takdirNya.

Ini adalah sebahagian dari screenshot.

amp01amp02 amp03 amp04 amp05 amp06 amp07 amp08 amp09
draw1

Tapi hari ini Aku belajar satu lagi hal. Hari ini Aku telah tahu kenapa Aku kalah. Aku kalah kerana Aku bukan seorang artist.


Info Artwork
Untuk : The Young Contemporary Award / Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara
Medium : Interactive Digital Narrative
Tahun : 2004

Bacaan Lanjut

screen-shot-2016-12-03-at-11-24-06-pm
FEMINISME : PENDEKATAN FOTOGRAFI DAN SENI ELEKTRONIK oleh Siti Fatimah Ramli,Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus, 2007 Baca