All posts filed under “tanpa siri

Guest Delivery

Residence Aku ini ada guard house. Tugas guard yang duduk di guard house ini adalah untuk memastikan security di residence ini terkawal dan selamat. Satu hal yang buat kawan-kawan menyampah bila nak singgah rumah Aku adalah kerana level security guard house yang sangat ketat. Walaupun mempunyai mesin canggih yang berupaya membuat scan IC atau lesen kereta tetamu yang datang dengan kadar sekelip mata, guard tetap komited melakukan hal yang sama, walaupun tetamu kadangkala datang tiap-tiap hari.

Proses detailnya begini. Apabila tetamu datang rumah, guard akan meminta IC atau lesen kereta sebagai dokumen izin masuk. Guard kemudian akan membuat panggilan telefon kepada tuan rumah, memberitahu tentang kedatangan tetamu sekaligus meminta kebenaran sama ada boleh membenarkan tetamu ini masuk atau tidak.

Kebiasaannya guard ini bukan berbangsa melayu. Kebanyakkannya adalah dari Nepal. Oleh kerana telah lama duduk dan bekerja disini, kebanyakan guard Nepal ini fasih berbahasa melayu. Walaupun begitu, bahasa pengantara atau bahasa kebangsaan residence disini bukan bahasa melayu mengikut bahasa kebangsaan negara Malaysia, sebaliknya, mereka lebih menggunakan bahasa penjajah atau bahasa inggeris. Ini mungkin juga majoriti penduduk di residence ini adalah bukan melayu.

Apabila mendapat panggilan dari guard house, biasanya guard akan berkata begini.

Hello good evening sir, guest name Ikhwan Fadzli is coming. May I proceed?”

Seingat Aku, dalam masa seminggu, Aku akan menerima panggilan telefon daripada guard lebih dari 5 kali secara average.

Petang tadi guard telah membuat panggilan telefon lagi kepada Aku. Namun kali ini, kenyataan atau permintaan izin guard adalah agak luar biasa. Katanya begini,

Hello good evening sir, guest delivery from … bla bla bla…”

Aku seakan terpaku. Walaupun tidak berapa nak dengar ayat hujung itu akibat gangguan bising renovation rumah sebelah, seperti ada improvement customer service level premium oleh kumpulan guard house. Instead of memberi izin, kali ini guard siap nak hantar tetamu datang kerumah.

Barangkali SOP baru adalah membuat escort tetamu dari pintu masuk ke rumah owner. Barangkali SOP baru ini lebih memastikan lagi keselamatan residence yang ada. Barangkali, guard tidak mahu tetamu yang datang, tidak jumpa rumah.

Mungkin, kerana itu, guard yang dari Nepal ini, Aku agak, barangkali, menggunakan bahasa inggeris yang kurang tepat untuk menyatakan hasratnya.

Aku menunggu di luar rumah untuk menyaksikan kehebatan level service guard yang baru ini. Tidak berapa lama kemudian, seorang penunggang motosikal india kelihatan menuju ke rumah Aku.

Aku cuba memerhati dengan detail namun tidak pula kelihatan guard datang sekali sebagai escort. Apabila penunggang india ini sampai dan berhenti di depan rumah Aku, Aku tersenyum dan terketawa di didalam hati apabila melihat dibelakangnya ada sebiji tong gas.

A, B atau C?

Ada waktu dalam hujung tahun lepas. Dimana, Aku diberi pilihan sama ada A, B atau C. Lalu Aku menemui setiap dari mereka ini untuk menilai dan membuat keputusan, yang dahulu kala, dinamakan Kuda.

Kuda pertama yang Aku tunggang adalah kuda C. Aku merasakan kuda ini terlalu berat bagiku. Untuk menunggang kuda ini, ia adalah ibarat menunggang kuda gemuk sebesar gajah yang kerajaan Melaka beli, dari kerajaan Sumatera dahulukala. Melihat pakaian kuda C ini, hati Aku berkata, ia terlalu mewah bagiku. Ini, persis kuda istana. Menunggang kuda ini, seolah memberitahu : Aku adalah raja. Di tapak kaki kuda ini, tertulis nombor : 350e.

Kuda kedua yang Aku tunggang adalah kuda B. Kuda ini ganas. Aku pernah katakan kepada kawan Aku, “If you want to become beast, then this is for you“. Kuda B ini terlalu liar untuk dijinakkan. Ini, adalah kuda perang. Sejurus Aku menunggang, Aku dapat merasakan adrenalin jantung Aku berdegup kencang. Sekelip mata, Aku telah dibawa jauh beratus kaki dari tempat Aku mula. Hati Aku berkata, “Ini, terlalu fizikal”. Namun pakaian kuda B ini tidak semewah kuda C. Kelebihannya adalah, bila Aku membesit untuk pergi, Aku hampir hilang kawalan dalam hujan renyai yang membasahi bumi. 2 kali Aku pusing jalan belakang Glenmarie sambil ketawa kerana merasai darah muda, bukan selalu. Aku, bagaikan hidup semula! Apabila Aku membelek nombor siri yang tertulis pada ladam yang melekat pada kaki kuda ini, tertulis nombor : 330e.

Kuda ketiga, sebaliknya, memberikan Aku tanda-tanya. Pertama kali naik keatas kuda A ini, perasaannya seperti agak misteri.  Hati Aku dibiarkan bisu tanpa persoalan. Sebaliknya, Aku biarkan perasaan Aku ini, berkenalan dengan kuda A ini. Aku letakkan tangan ini dan merasai setiap rupa dan bentuk kuda ini. Ah…. ia bukanlah seperti kuda istana, dan bukan pula seperti kuda perang. Dalam erti kata lain, ia bukan untuk kerabat diraja atau jeneral tentera.

Matanya bersinar dan memberikan cahaya yang telah Aku kenal. Hati Aku terpaut, bukan kerana rupa tetapi sebaliknya, falsafah cahaya yang kuda ini bawa. Ia bukan setakat menerangi jalan malam Aku yang kelam, malah menerangi jalan Aku yang suram.

Garis lurus dari belakang pinggul kuda ini hingga ke matanya, mengingatkan Aku jalan pulang.

***

Ada 3 jenis manusia di muka bumi ini. Pertama yang terpaut hatinya kepada kemewahan dunia. Kedua pula adalah yang terpaut hatinya kepada tenaga dan darah muda. Tidak ada salahnya memilih yang mana-mana, kerana hakikatnya yang memilih itu bukan kita.

Aku lebih terpaut hati kepada kebijaksanaan. Kerana, bagi Aku kebijaksanaan boleh menampakkan manusia betapa, cahaya itu berlapis-lapis membentuk Satu yang menampakkan kita jalan yang lebih lurus. Kebijaksanaan, boleh membawa manusia kemana sahaja dia mahu.

Dan kerana itu, Aku telah memilih kuda A sebagai kenderaan rasmi Aku untuk terbang, lebih dalam lagi. Itu pun kalau diizinkan oleh Nya.

Bookmark

Satu benda yang paling basic Aku tak pernah buat seumur hidup adalah Bookmark. Antara sebab Aku tak pakai Bookmark untuk web adalah kerana interface Bookmark sedia ada bagi Safari macam tak berapa nak mari. Satu lagi sebab Aku rasa Aku taip lagi laju daripada Aku nak move cursor ke menu atas dan pilih web dari Bookmark Safari.

Namun Aku telah menjadi lebih tua. Bukan kepantasan menaip itu menjadi perlahan tetapi upaya memori Aku itu semakin lembab. Lalu Aku bertindak mencari penyelesaian Bookmark bagi semua web yang Aku hari-hari masuk.

Satu lagi faktor adalah peningkatan jumlah web yang Aku kena tengok akhir-akhir ini meningkat mendadak dangdut.

Aku menemui ini. Malangnya ia di Chrome, bukan di Safari.

Screen Shot 2017-05-25 at 2.17.38 PMScreen Shot 2017-05-25 at 2.17.58 PM

Sekelip mata, capaian untuk ke Bookmark, melebihi kepantasan menaip Aku, dan lagi, ia ada folder dimana boleh manage secara teratur mengikut konteks. Keseluruhan rupa juga, minimal dan Aku suka.

Lalu Aku ceritakan kisah penemuan ini kepada kawan Aku, John Syed Zulazri.

Aku : Dude, gua dah decide untuk guna Chrome instead of Safari.
John : Apsal?
Aku : Sebab sekarang Aku nak manage Bookmark Aku. Cuba ko search Side bookmark Chrome. Bukan Syed Bookmark, tapi Side Bookmark.

John menaip ini :

Screen Shot 2017-05-25 at 2.21.46 PM
***
Menjadi tua, bukan sekadar hal memori. Tetapi boleh jadi juga, hal audio pendengaran.

Coin

Pada 22 Nov 2013, Aku telah terpesona dengan satu teknologi baru yang memainkan perasaan minimalist. Teknologi ini, menyebabkan dompet kita menjadi semakin nipis kerana dua : mengurangkan bilah kad kredit dan sekaligus mengurangkan duit kerana asyik berhutang. Paling tidak, hal yang kedua itu adalah benar bagi yang tidak ada kesedaran financial yang deep.

Memperkenalkan Coin dengan tagline, “Plastic Reinvented”.

Aku perkenalkan gambarnya dahulu untuk tatapan sejagat, sebelum kita lanjut ke video perihal tentang kad kredit minimalist ini.

maxresdefault

Idea kad kredit minimalist ini adalah menggabungkan semua kad kredit yang kita ada, kepada satu.  Katakan kita ada 3 kad kredit. Citibank, Maybank dan mungkin Alliance. Kita simpan semua data kad kredit ini dalam Coin, dan apabila nak guna, kita cuma swipe untuk pilih yang mana kita nak pakai, sebelum kita benar-benar swipe, untuk berbelanja.

Lalu kepada sesiapa yang terpaksa mengusung kad kredit dan menjadikan dompetnya tebal, ini adalah satu opportunity untuk mengurangkan kalori dompet anda.

Kenapa Aku sangat tertarik dengan kad ini adalah kerana element tauhid yang ia pakai. Jelas sangat konsep yang ia guna adalah Satu dalam banyak, banyak dalam Satu. Selain rupa fizikalnya yang Aku rasa sangat mantap ( ibarat kad kredit lain pakai baju nak pergi main air laut tapi yang ini suit up ala Barney Stinson ), hal yang ketiga adalah kerana Aku tidak sabar untuk menjadi orang Malaysia yang pertama yang ada kad minimalist ini.

Lalu Aku sign up, dan beli.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.35.46 PM

Keterujaan Aku menanti kad minimalist ini sampai ke tangan, pudar semakin hari semakin tahun. Daripada 2013 hingga tahun 2017 Aku tunggu, daripada Aku lari 5K dan sekarang Aku dah pun lari 2 kali marathon. Sebetulnya, sampai satu saat, Aku sebenarnya memang sudah lupa akan hal yang menakjubkan ini.

Hingga pada satu hari akhirnya Coin, muncul dalam email Aku dengan aura yang berbeza. Feeling dia agak mendukacitakan apabila Aku diberitahu : Coin, ditutup, selepas dibeli oleh Fitbit. HEH! Patutlah 4 tahun menyepi, rupanya company dah kena beli.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.40.04 PM

Aku kemudian disuruh untuk mengisi satu Google Form untuk membuat claim agar duit sebanyak USD55 yang telah Aku bayar, dipulangkan kembali.

***

Di dalam hidup ini kadang-kadang kita merancang untuk mencapai satu level atau satu tahap yang kita rasa baik untuk kita dan juga keluarga kita. Kita boleh dan dibenarkan untuk berusaha ke tahap itu. Walau bagaimanapun, tidak semua benda itu kita ada kuasa, untuk menentukan sama ada ia menjadi kenyataan atau hanya tinggal angan-angan.

Screen Shot 2017-04-14 at 10.52.41 PM

Apabila sesuatu yang berlaku tidak seperti yang kita impikan, kita cuma boleh menoleh kebelakang dan berfikir sejenak. Sekurang-kurangnya, Aku telah cuba. Rileklah, ia bukan berpunca dari Aku pun.

Siang tadi Aku beritahu John Zulazri pasal Coin ini. John Zulazri sebenarnya sama-sama menunggu kehadiran Coin dalam hidup ala Silicon Valley kami. Malangnya kami terpaksa potong list satu kerana Fitbit lebih berkuasa.

Kata John sebelum keluar office, “Dude, I think actually you have been conned, by the coin”

Aku hanya mampu tersenyum. Dunia ini penuh tipu daya.

Dropbox

Siapa yang ada laptop, kalau tidak pernah kena satu daripada hal dibawah, datang jumpa Aku. Akan Aku beri satu hadiah misteri.

1. Laptop rosak
2. Laptop kena curi
3. Laptop tak rosak, tapi kena virus lalu hardisk jahanam

Pokoknya, semua hal di atas menyebabkan damage paling besar : Hilang Data.

Daripada 3 hal diatas, Aku cuma pernah kena yang pertama.  Dua lagi belum. Macbook Air yang Aku beli pada hari Dato Steve Job menjadi arwah (selepas mendapat berita pemergian Steve, Aku heret isteri Aku ke Apple Sunway dan tangkap satu Macbook sebagai tribute) akhirnya mengikut jejak langkah penciptanya. Masalahnya di dalam itu, ada beribu data, yang nilainya lebih dari beribu-beribu.

Lama Aku simpan Macbook Air itu walaupun setelah beralih kepada Macbook Pro baru. Bukan kerana Aku tidak mahu betulkan,  tetapi kos untuk repair sama dengan harga beli sebiji lagi yang baru. Hingga sampai minggu lepas, Aku diilhamkan untuk keluarkan hardisknya dan sambung dalam external usb. Kenapa ilham ini lambat eh? Makan bulan juga tunggu. Tapi tidak mengapa. Biarkan kisah itu begitu. Kerana hikmah dari semua hal yang terjadi, mengajar Aku sesuatu yang sangat beerti :

header_logo@2x-vflt21Kis
Dropbox.

Internet Connection
Aku sekarang sedang mengatur semua files dan data, pindah masuk ke dalam Dropbox. OK. Memang betul. Perlu internet connection yang kuat kalau mahu migrate ke Dropbox sepenuh masa. Office Aku, baru Aku upgrade unifi 100MB manakala rumah, masih maintain unifi 20MB. Maksudnya, internet kena power sebab kalau internet slow, susah nak buat kerja sambil ambil files dari server. Kalau masih pakai Dial Up lupakan hasrat Dropbox kamu tu.

Kos
Manakala untuk kos Dropbox setahun, adalah USD99.00 = RM438.62. Ini kalau bayar terus satu tahun one shot. Kalau bayar bulan-bulan, USD9.99 = RM44.26 ( dimana, untuk setahun jadi RM531.12). Lebih baik untuk bayar one shot dari bayar bulan-bulan.

Screen Shot 2017-04-12 at 2.15.42 PM
RM438.62 setahun untuk data storage, mahal ke murah? 10 tahun RM4386.20, baru sama dengan harga satu laptop lebih kurang, tapi nilai data yang disimpan, of course 10 tahun punya data berbeza.

Size Storage
Dropbox bagi 1 TB atau 1000 GB. Besar mana? 500 jam waktu layan movie. Untuk comparison, boleh rujuk jadual disini.

Screen Shot 2017-04-12 at 2.16.19 PM

Aksess
Aksess ke Dropbox masa buat kerja macam aksess ke folder biasa. Bukannya nak kena login ke web untuk drag and drop ke desktop. Bila install Dropbox pada laptop kita, kita akan ada folder khas ke Dropbox.

Screen Shot 2017-04-12 at 4.20.44 PM

Kalau pindahkan files dari laptop ke Dropbox, boleh tengok status perpindahan dari menu laptop atas tu.

Screen Shot 2017-04-12 at 4.21.00 PM

Untuk detail cara install, boleh rujuk video dibawah ini.

Boleh juga aksess files dari iPhone. Install apps dia dan boleh stalk file sendiri kalau dah habis kerja nak buat. Install apps dari sini.

screen696x696

Security
Ini penting. Pertama standard dia adalah nak keluar masuk ada login. Ini biasa. Kedua, yang paling penting, ada access level untuk bagi share folder / file dengan orang lain. Maksudnya, kita bukan share the whole Dropbox kita dengan orang lain, tapi select folder mana yang berkaitan. Boleh add expiring date pada folder / file kalau tanak share sampai kiamat. Ketiga adalah versioning. File yang disimpan ada version up to 30 hari bagi account plus. Maksudnya boleh time machine balik untuk file yang sebelum tu in case ter-overwrite.

Untuk security level paranoid pula, pertama ada 2FA. Maksudnya nak login ke Dropbox kena masuk 6  pin number macam TAC Maybank tu. Yang ni pakai Authy. Kedua, security key, dimana nak login Dropbox kena masukkan USB, baru boleh tengok. Kira macam ada kunci lain pulak.

securitykey2

Dan ketiga, boleh remote device wipe. Katakan kita dah ada folder Dropbox dalam Macbook kita, sekali malang tak wangi, Macbook kena rembat. So pinjam laptop kawan, remote device wipe dari jauh. Pencuri tak dapat aksess Dropbox kita.

Lain-lain banyak lagi kalau Aku tulis, baik Aku kerja dengan Dropbox.

Gaya Kerja
Zaman Aku designer dulu Aku kerja dengan boss Aku dan rakan sepejabat sahaja. Kami share files melalui server yang ada di ofis. Zaman sudah berubah sebab itu 10 tahun yang lalu. Sekarang Aku kerja dengan lebih ramai orang. Bukan setakat client tetapi juga dengan partner yang berbeza syarikat, berbeza pula tempat. So file sharing lebih mudah sebab Aku buka aksess file ke Dropbox Aku melalui folder tertentu.

Aku pula tak payah pening kepala nak ingat file kat mana atau kat office mana. So semua dari satu tempat sahaja.

Matlamat Akhir / End Game
Semua file dari Macbook (laptop), iMac (desktop), iPhone (telefon), iPad (mobile) simpan kat satu tempat sahaja. So dalam laptop, desktop, telefon semua kosong, cuma ada OS. Kalau orang nak rembat atau rosak, tidak menjadi masalah mental sampai tak tidur malam.

Kalau pergi travel malas bawak laptop, boleh cari CC atau pinjam desktop kat rumah AirBnB untuk aksess file. Begitu juga dengan masa balik kampung, tak payah usung laptop kehulu kehilir.

***

Kalau terpengaruh dengan artikel yang Aku tulis ini, dan decide untuk cuba Dropbox, boleh klik sini untuk maklumat lanjut.  Tak semestinya sign up Dropbox terus kena bayar sebab boleh guna yang free dulu cuma size storage limited. Setiap sign up dari kamu semua membesarkan lagi storage Dropbox Aku sebanyak 500 MB. Terima Kasih.

Untuk files dan data yang telah pergi hilang entah kemana, lupakan kenangan silam itu. Hari ini dan akan datang lebih beerti kerana disaat Dropbox wujud dalam hati, tidak akan ada lagi files atau data yang akan mati.