All posts filed under “siripertapaanramlee

Catatan Meditation, Hari 7 : May the 4th, be with me

11 Julai 2019

Aku sebenarnya sudah mula semula meditate hampir seminggu secara rutin. Ini adalah cubaan kali keempat dalam jalan menuju menjadikan meditation satu habitus harian dalam hidup.

Sejak gagal pada hari ke 72 dalam cubaan kali ketiga bulan April lalu, Aku ada meditate on off. Waktu itu memang bergigi-gigi graph meditation Aku. Bila bulan puasa dan masuk hari raya, terus barai istiqamah.

Sekarang sudah masuk bulan julai. Ini bermaksud, kita sudah sampai setengah tahun. Melalui apps Timeless, Aku dapat lihat graph meditation selama 6 bulan sebelum ini. Agak roller coaster. Kiranya, sejak Aku pakai apps Timeless, jumlah meditation Aku tak sampai pun 3 hari kalau nak kira jumlah minit. Aku rasa sikit.

Tapi tak apalah. Yang penting, Aku terus mencuba. Sebab result, bukan di tangan manusia.

 

 

 

Catatan Meditation, Hari 20 : Baca, dan mengenal diri di Kinderkaizen

7 Mac 2019

EL Lukh anak lelaki Aku tahun ini telah Aku hantar ke pre-school. Setelah membuat perbandingan dan melihat pada keperluan EL Lukh, yang umurnya baru 3 tahun lebih nak masuk 4, Aku pilih Kinderkaizen. Kinder membawa maksud “budak-budak” dalam bahasa German, manakala “kaizen” adalah “penambahbaikkan berterusan”, dalam bahasa Jepun. Method pengajaraan di Kinderkaizen adalah berasaskan “bermain”. Lagipun, Aku memang bercita-cita satu hari nanti nak bawa EL ke German setelah Aku bawa EL ke Jepun, maka, Aku mengambil ini sebagai bahasa alam berkata kepada diri.

Ada 6 makam yang harus EL Lukh lalui sepanjang “bermain” di Kinderkaizen.

  1. Langsung tak main apa
  2. Main seorang diri
  3. Tengok orang main
  4. Nampak macam main sama2, tapi tak
  5. Main sama2, tapi tak main sama2 pun
  6. Main sama2

Untuk lebih faham tentang perjalanan makam ini, boleh klik sini. Sebelum diterima masuk dalam Kinderkaizen, EL pergi assessment 3 hari untuk tengok EL di makam yang mana.

***

Di Bangi, hari ini, Aku bertemu dengan kawan lama. Kawan Aku ini membuat sistem tadika. Kami banyak berbual tentang perniagaaan dan sistem pembelajaran zaman ini. Lalu, terkeluar cerita tentang membaca dan mengenal huruf.

Menurut kawan Aku, anak-anak perlu diajar membaca, sebelum diajar mengira. Bermaksud, membaca, lebih penting daripada mengira. Ini kerana, bila pandai membaca, baru boleh mengira. Sebab, kalau tak pandai baca arahan, bagaimana nak mula mengira?

Aku bersetuju. Kata Aku, wahyu pertama kepada Prophet Muhammad, adalah BACA, bukan KIRA. Kami, lalu ketawa.

Belajar membaca pula, kata kawan Aku, bukan dengan mengenal huruf dulu, seperti zaman kami dulu. Kami dulu belajar mengenal A, B, C, dan dari huruf baru belajar sambung perkataan dan seterusnya sambung ayat. Belajar membaca zaman sekarang, adalah belajar bunyi atau phonics. Setelah pandai, baru mengenal huruf, katanya.

Mengenal huruf dulu baru membaca macam kami dulu sebenarnya lambat dan panjang prosesnya. Membaca melalui bunyi, lebih cepat prosesnya.

Membaca, kemudian baru mengenal huruf, ini pun Aku setuju. Sebab, Prophet Muhammad, belajar BACA dulu, kemudian baru KENAL DIRI. Kami, sekali lagi, ketawa.

***

EL di Kinderkaizen, belajar phonics. Bila balik rumah, dia nyanyi lagu secara phonics, dan Aku, sepatah haram tak faham apa. Ini Aku rasa, namanya, Generation Gap.

Jika EL di Kinderkaizen, sebuah pre school atau kindergarten, harus melalui 6 makam dalam hidupnya sebagai kanak-kanak, maka Aku yang tua bangka ini pastilah ada lagi makam yang harus dilalui sebagai si tua bangka.

Jika kamu berminat dalam hal “mengenal diri”, ada 7 makam yang harus seseorang lalui.

***

Prophet Muhammad, Aku rasa wahyunya BACA, bukan sebab suruh baca buku setahun sampai seratus buku. Ada maksud yang lebih mendalam tentang wahyu BACA yang turun ini. Ya betul, baca seratus buku setahun boleh menyebabkan kita jadi pandai, namun apa gunanya menjadi pandai tetapi tidak kenal tuhan yang sebenar.

Bila Prophet Muhammad mula mengenal diri? Rujuk peristiwa Isra’ Mikraj. Teori Aku, berdasarkan plot yang berlaku, Prophet Muhammad mengenal diri disini.

***

Apakah benar, ada konsep “mengenal diri” di dalam agama islam? Kenapa di sekolah dulu tidak diajar bab “mengenal diri”? Kalau tidak di sekolah, kenapa tidak diajar di universiti?

Kata orang, awal mengenal agama adalah mengenal Allah. Dan untuk mengenal Allah, seseorang harus mengenal diri. Ada hadis tentang hal ini. Namun kata orang lagi, hadis ini hadis palsu :

“Barang siapa yang mengenal dirinya, sungguh ia telah mengenal Tuhannya.”

***

Aku pernah melalui zaman kesangsian ini. Kalau benar, “mengenal diri” ini perlu dan penting, paling tidak, mesti ada ditulis dalam quran. Lalu, Aku bermeditasi mencari jawapan ini. Satu hari, ketika membuka Quran, Aku melihat jawapan pada satu surah ini :

Surah 53 : Bintang

Keyakinan Aku tentang perihal mengenal diri, bukan lagi bersandarkan pada hadis yang palsu. Quran adalah bukti yang menyatakannya.

Lalu, seseorang mungkin terfikir, apakah langkah pertama untuk mengenal diri? Antara direction yang seseorang boleh pergi, adalah dengan mempelajari dan memahami, Sifat 20. Namun, itupun setelah, “simpul ghaib” yang selama ini terkunci, dibuka.

Alah, macam nak buka phone mesti kena ada password? Macam juga nak masuk rumah atau start kereta, mesti ada kunci. Dan  “mengenal diri”, juga ada kuncinya.

***

Bintang di langit yang tinggi, boleh dilihat dengan mata, mungkin kerana ilmu membaca buku beratus setahun. Bintang di dalam diri, sebaliknya, dilihat dengan mata hati, dan hanya difahami, setelah mengenal diri.

***

 

Catatan Meditation, Hari 13 : Bila tukar iPhone baru

28 Februari 2019

Kalau kamu follow IG Aku lebih-lebih lagi masa Aku mengembara mengelilingi semenanjung akhir tahun lepas, kamu akan perasan dimana ada satu hari iPhone Aku terbang. iPhone ini, jatuh, pecah skrinnya dan retak seribu dua puluh sembilan, Aku rasa ia telah digelek kereta selepas jatuh tersembam. Aku kemudiannya tukar skrinnya di Baling, Kedah pada hari yang sama, membuatkan iPhone 6 ini boleh diguna semula seperti sediakala.

Namun, kesihatan iPhone ini agak terganggu sejak balik mengembara. Ada sahaja waktu ia tidak berfungsi sebagai yang sepatutnya sejak kejadian kemalangan itu. Ada kalanya waktu bercakap telefon, rasa seperti bercakap dengan dinding. Ada juga kalanya, tiba-tiba iPhone hidup sendiri dan memainkan video youtube. Jika zaman dahulu, pasti keadaan sebegini dilihat seperti iPhone yang dirasuk jin kerana bercakap sendiri.

Seperti orang sakit yang uzur menjelang kematian, akhirnya iPhone 6 ini melalui fasa kemuncak nazak. Ini terjadi akhirnya apabila iPhone Aku dah tak boleh nak tekan home button untuk balik ke main menu, lalu ini menyebabkan Aku ke Maxis KLCC, membeli iPhone baru. Ada juga Aku terfikir adakah ini konspirasi Apple agar Aku beli yang baru sebab iPhone baru tidak ada home button. Tapi kalau betul, celakalah kamu wahai Apple.

Kalau ikut hati Aku, selagi boleh bertahan, Aku mahu bertahan. Namun, ketentuan telah tertulis, dan untuk itu, kepada iPhone 6 Aku, terima kasih kerana berbakti dengan baik selama ini.

***

Apabila sampai rumah, Aku cuba backup iPhone 6 kepada laptop Aku agar Aku kemudian boleh restore segala harta karun yang ada kepada iPhone baru. Malangnya kerana Aku tak pernah buat backup pada laptop ini, Aku terpaksa update dulu iOS iPhone 6 ini sebelum transfer roh iPhone 6 kepada iPhone baru. Bila lihat jumlah masa yang diperlukan adalah lebih 30 minit, Aku naik atas tidurkan EL dulu.

Bila Aku turun semula, iPhone 6 yang sedang dowload iOS baru telah menemui ajalnya. Instead of rohnya dihidupkan dengan nafas iOS baru, mesej error keluar dan hanya dapat diselamatkan kalau factory setting. Paling lega Aku bila tengok ini. Sebabnya, semua apps, data, dan lain-lain yang ada, nampaknya kembali ke rahmat tuhan ghaib terus dari alam ini.

Ini meninggalkan Aku cuma satu pilihan. Download balik semua apps2 yang ada dan memulakan hidup baru dengan iPhone baru. YES!

***

Bila Aku download apps meditation Timeless, Aku dapati yang statistic apps ini zero. Bila tengok zero, agak lega juga sebab nampaknya kali ini Aku kena restart meditation bukan sebab lupa tapi sebab counter apps restart. Aku cuba login agar dapat balik profile lama tapi gagal entah kenapa. Beberapa siri email balas membalas dengan team support timeless akhirnya membuahkan hasil muka ada sinyum berbanding muka ada sedikit masam sebelum ini.

Now, kalau kamu guna apps timeless, MAKE SURE KAMU ONKAN CLOUD BACKUP dalam apps ini. Menu dia > Community > About > Cloud Sync. Hanya kalau kamu onkan ini, apps boleh panggil profile lama kedalam apps baru.

Dalam kes Aku, terima kasih kepada Aku yang dulu sebab onkan cloud sync ini.

***

Oleh kerana iPhone baru panjang sikit janggut dia, maka Aku rearrange box dalam apps timeless. Baru Aku perasan rupanya selain Current & Best Streak, ada tempoh meditation kita. Melalui box yang dulu ada tapi tersorok di bawah sekali sebab iPhone 6 agak bantut, dapatlah Aku tahu bahawa Aku telah bermeditate sebanyak 129 sessi dan semua sessi ini memakan masa 1 hari 14 jam 9 minit, untuk 88 + 31 + 13 = 132 hari.

***

Macam-macam dugaan nak meditate. Bila mental kita dah kuat, diuji pula pada harta benda kita. Tapi untuk pengetahuan, zaman dulu orang meditate tak payah pakai apps pun. Zaman sekarang sahaja yang pelik sikit. Semua kalau boleh nak “connected”.

Tapi bila fikir-fikir balik, memanglah kita nak semua benda kita “connected”. “Siapa” yang disebalik semua benda di dunia ini?


2 biji sebab satu bini Aku punya

***

 

 

 

 

Catatan Meditation, Hari 10 : 10 minit rasa kejap


25 Februari 2019

Hari ini hari ke 10 meditation, 3rd attempt.

Kalau ikut total hari dah meditate sebenarnya, 88 + 31 + 10 = 129 hari. Tapi sebab ada berenti, itu yang rekod dekat apps best streak 88 hari. Kalau ada rezeki boleh meditate sampai 1000 hari, maknanya rekod kat apps best streak 1000 hari. Nak achieve ini tak boleh tinggal satu hari pun.

Pada hari ke 129 ini, atau hari ke 10 secara tepat, Aku diberi ilham baru. Mula ingat nak meditate setiap kali bangun pagi. Tanda dia adalah, yang paling awal hari bermula, bangun, terus meditate. Tapi rupanya, hari bermula bukan pukul 8 pagi. Hari bermula pada pukul 12 tengah malam.

Maksudnya, kalau Aku meditate lepas pukul 12 malam, ini bermakna, Aku mulakan hari Aku, dengan meditation.

Aku rasa untuk attempt ketiga ini Aku susun jadual meditation Aku begini.

12:01 tengah malam – 10 minit.
8:00 pagi – 10 minit
8:30 malam – 10 minit

Total boleh dapat 30 minit sehari.

Manakala untuk “rasa” pula, setelah 129 hari ini, atau hari ke 10 secara tepat, Aku rasa macam baru nak meditate tiba-tiba apps dah bunyi gong tamat. Maksudnya, baru rasa nak feeling sedap, sekali masa dah habis. Ini bermaksud, 10 minit yang dulu Aku rasa punya lama gila, sekarang rasa dah cepat sangat.

Mungkin, dah tiba masa untuk tukar, dari 10 minit ke 15 minit sekali buat. Mungkin. Tengok minggu ini macam mana dengan jadual 3 kali meditate sehari macam mana then baru decide untuk tambah jadi 15 minit sekali meditate.

Cepatnya masa berlalu, bukanlah masa itu berlalu begitu sahaja, tetapi tempoh kehidupan kita, yang semakin singkat nampaknya.

Catatan Meditation, Hari 1 : 3rd Attempt

15 Februari 2019

Elok 31 hari meditate, masuk hari ke 32 lupa. First time hari tu ujian dari mak abah. La ni ujian adik beradik. Galak main UNO masa birthday anak adik, last-last lupa nak meditate. Manusia.

Bila Aku analyse semula antara sebab faktor asyik terlupa, betullah, secara externalnya adalah apabila masa dan perhatian kita itu, kita halakan kepada keluarga kita. Family come first memang betul tapi, takkanlah untuk 10 – 20 minit diri sendiri kita lupa. Kita ada 24 jam kan?

Maka, Aku rasa sebenarnya adalah faktor internal. Aku yang silap tentukan masa, bila, untuk meditate.

Sebenarnya Aku meditate pada setiap hari jam 11:30 malam. Dalam apps memang dah ada reminder tapi kadang-kadang, bila kita tengah burgermbira, handphone kita tak kuat sangat nak jerit kat telinga. Malam ini dah sangat penghujung. Cuma ada 30 minit sahaja lagi untuk masuk hari baru.

So,  14 Feb hari ke 32 Aku terskip satu hari. 15 Feb, hari ini, Aku mula  meditate terus balik restart hari 1.  Berbanding cubaan pertama dulu bila terberhenti agak makan masa nak sambung balik, kali ini Aku decide untuk tidak berlengah langsung.

Ini adalah attempt ketiga untuk cuba meditate daily tanpa terskip satu hari pun. Agar Aku tidak terlupa, Aku mula meditate setiap pagi 10 minit dan malam hari 11:30, lagi 10 minit. Kalau malam ada tetamu, paling tidak, siang Aku dah meditate.

Rupanya bila kita gagal dalam sesuatu, jika kita belajar, maka cubaan untuk berjaya siri berikutnya kita diberi idea bagaimana untuk pastikan yang cubaan kita itu terus berjaya. Rupanya lagi, tidak ada gunanya depress lama-lama, sebab, kegagalan yang berlaku pada kita itu sebenarnya adalah plot untuk kita bangkit dengan lebih kukuh lagi.

 

Catatan Meditation, Hari 31 : Air dan Cahaya

13 Februari 2019

Zahirnya api, menghasilkan cahaya. Namun, batinnya pula, air, menghasilkan cahaya. Bagaimanakah yang dikatakan air, menghasilkan cahaya?

2:74 Then after that your hearts hardened. They were as rocks, or even harder. For there are some rocks from which rivers gush out, and others that splinter and water comes out from them, and others that sink in awe of God. God is not unaware of what you do.

Air, adalah ilmu. Dan dengan ilmu, segalanya menjadi terang seterangnya. Apabila sudah menjadi terang segalanya, bukankah kita menjadi aware, dengan apa yang berlaku?

Catatan Meditation, Hari 1

14 Jan 2019.

Setelah lama berhenti, hari ini, Aku mula semula. Restart. Aku harap cubaan kedua ini boleh pergi sampai level 4. Bertapa, 1 jam sehari. Tengoklah, kalau tidak celaka lagi.

Tentang celaka, di dalam Quran ada kemakian ini. Carian terus perkataan “celaka”, diulang sebanyak 42 kali. Namun antara semua ini, ayat yang paling Aku minat adalah “celaka” pada Surah 107:4.

Ini Surah penuhnya.

107 : Assistance

In the name of God, the Gracious, the Merciful.
1. Have you considered him who denies the religion?
2. It is he who mistreats the orphan.
3. And does not encourage the feeding of the poor.
4. So woe to those who pray.
5. Those who are heedless of their prayers.
6. Those who put on the appearance.
7. And withhold the assistance.

Surah ini namanya, Surah Bantuan / Pertolongan, mungkin dinamakan begitu kerana pada ayat terakhir yang ke 7, ada perkataan bantuan atau pertolongan.

Positif vs Negatif

Jika boleh disimpulkan maksud surah ini adalah,

Rangkap 1 : “Orang yang menolak agama, adalah yang zalim pada anak yatim, dan tidak memberi makan kepada orang miskin”

Rangkap 2 : “Maka celakalah bagi yang sembahyang, yang tidak peduli / lalai dalam sembahyang, yang menunjuk-nunjuk, dan yang tidak menolong.”

Surah ini tidak dinamakan sebagai Surah Celaka. Walaupun, semua kesemua ayat dalam surah ini, paksinya negatif, nama surah positif. Ada ironi disitu.

Cuba kita tengok, kalau kita positifkan semua 7 ayat ini.

Rangkap 1 : “Orang yang menerima agama, adalah yang adil pada anak yatim, dan memberi makan kepada orang miskin”

Rangkap 2 :”Maka untunglah bagi yang sembahyang, yang fokus / sedar dalam sembahyang, yang ikhlas, dan yang menolong.

Lawan kata “Celaka”

Apakah antonim bagi perkataan “Celaka”? Melalui carian yang Aku jumpa, Aku simpulkan bahawa, lawan bagi perkataan “Celaka” adalah “Untung”.

Kesimpulan

Orang yang fokus dalam sembahyang, yang sedar dia sedang sembahyang, adalah orang yang menerima agama. Kerana itu, kesan dari kesedaran dan fokus sembahyang ini, maka dia menjadi adil kepada anak yatim, memberi makan kepada orang miskin, sentiasa ikhlas dalam perbuatan, dan sentiasa menolong orang.

Kerana semua perbuatan baik ini, dia bukan orang yang celaka. Dia orang yang beruntung. Kenapa dia orang yang beruntung?  Dan, siapakah orang yang paling paling paling beruntung?

Aku rasa, orang yang diberi bantuan sentiasa, setiap masa,  oleh tuhan adalah orang yang paling paling beruntung.  Ini kerana, yang membantu dalam jalan hidup kita adalah tuhan. Bukan jiran, bukan kawan. Apa jua masalah dalam dunia pun akan selesai dengan bantuan tuhan. Dan menerima bantuan tuhan, tanda diterima tuhan.  Ini hasil untuk seseorang yang tidak pernah menolak agama.

Ada satu lagi.

Orang yang paling paling paling beruntung, rupanya bukan beruntung kerana sembahyang sahaja. Tetapi kerana semua perbuatan baik tadi. Perbuatan baik dia tadi, rupanya adalah satu “Persembahan”. Di dalam “Persembahan” hidupnya, dia sedar, dan fokus, tidak lalai, bahawa, segala perbuatannya, adalah kerana dia menerima panggilan tuhan, melalui penerimaanya pada agama tadi.

Maka, bolehkah Aku merasakan bahawa, di dalam dunia ini, di dalam jalan hidup ini, barangsiapa yang memberikan “Persembahan” terbaik, atau, melakukan yang terbaik (bukan sekadar melakukan perkara baik, tapi apa yang dia buat, dia buat sehabis baik), tidak akan hidup susah, kerana  tuhan sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

Mungkin kerana itu, surah ini dinamakan surah bantuan / Surah 107 – Assistance. Tuhan memberitahu kita bahawa untuk AKU menolong kamu, tolong “Persembahkan” yang terbaik dulu kepada AKU.

Bagaimana?
1. Cari orang miskin, bantu. Paling mudah, belikan keperluan makan keluarga mereka. Etc. Beras, lauk pasar. Tesco ada jual kupon. Beli kupon ini, dan beri kepada mereka.
2. Anak yatim, jangan zalim kepada mereka. Jangan ambil hak mereka. Kalau mampu, adopt mereka. Kalau tak mampu, bayarkan yuran sekolah mereka, atau bila tahun baru, belikan keperluan sekolah mereka.
3. Segala perbuatan, jangan ada “kerana”. Mesti Ikhlas.
4. Jika orang meminta bantuan kita, tolong.

Masakan pahlawan negara, para pendekar, hulubalang, para kerabat diraja, diberikan kesenangan hidup oleh Raja, kalau tidak kerana “Persembahan” yang diberikan olehnya. Lihat sahaja bagaimana Ned Stark, diangkat menjadi “The Hand of the King”.

***

 

Catatan Meditation, Hari – 88

Pada hari ke 88 Aku meditate, esoknya Aku menemui kegagalan. Ini adalah kerana, pada hari ke 89, Aku, lalai lalu lupa untuk buat rutin yang satu ini.

Aku, pada waktu itu berada di Kuantan. Bercuti bawa Mak dan Abah berjalan. Siang itu puas berjalan layan Mak dan Abah pergi makan, pergi rumah kawan.

Bila malam, elok lepas hisap rokok, Aku baring dan terus tidur. Katil di Hyatt ini memang cilakak. Esoknya Aku bangun menyumpah amat, walaupun bantal dan tilamnya lembut dan enak ditiduri.

Rupanya penyesalan yang paling kecewa, adalah apabila gagal untuk meneruskan. Seminggu Aku depress.

88 hari….

 

View this post on Instagram

 

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Catatan Meditation, Hari – 54

Minda kita ini memang tidak akan duduk diam. Ia tidak akan berhenti dan akan ada sahaja ia berfikir. Kata seorang pengamal meditasi di Youtube yang Aku tonton beberapa tahun dulu, katanya, “Our mind is like a jumping monkey. The mind jump from here to there, and from there to anywhere”.

Satu hal yang paling susah semasa meditasi adalah untuk mendiamkan minda. Jika gagal untuk buat ini, maka, boleh jadi meditasi yang kita buat itu menghampiri skala sia-sia. Ini adalah berbalik kepada matlamat asal meditasi. Matlamatnya, adalah untuk mengosongkan fikiran agar dapat berhubung dengan diri batin atau dalaman.

Jika fikiran tidak dapat dikosongkan, bercelaru, maka, untuk berhubung dengan diri batin ini agak sukar sekali.

Oleh itu, melalui latihan, Aku buat begini :

Ketika memejam mata itu, pertama, buka mata dalam mata yang sedang pejam itu. Aneh tetapi itulah hakikatnya. Bagaimana untuk tahu, mata dibuka, ketika pejam?

Cuba begini. Pejam mata. Dan jangan fokus pada apa-apa. Kamu akan rasa bahawa suasana hitam menyelubungi pandangan mata. Kemudian, perlahan-lahan, bayangkan kamu membuka mata, didalam kepejaman itu. Fokus pada ruang hitam yang lebih hampir dengan kamu.

Apabila ini berlaku, kamu akan dapati dan rasa, terdapat gegelung warna di dalam pandangan suasana hitam tadi. Ini, bagi Aku, kamu telah berjaya membuka mata dalam pejaman mata. Boleh Aku katakan, kamu telah mula membuka mata batin skala permulaan.

Namun begitu, jangan pula kamu layan gegelung warna ini kerana ini, bukanlah matlamat kita. Sebaliknya, alihkan fokus pada dahi kamu dimana disitu,  dikatakan mata ketiga atau 3rd eye. Diamkan fikiran kamu disitu. Jangan ada pemikiran lain langsung. Seraya membawa fokus ke 3rd eye, bawa juga fokus diri kamu ke present, atau pada ketika ini.

Sepatutnya jika kamu beroleh kepada fokus ini, pemikiran yang lain seharusnya sudah lenyap. Duduk disini, dan sambunglah bernafas.

Catatan Meditation, Hari – 21

Catatan Meditation, Hari – 21

Waktu itu adalah waktu malam, Aku memandu laju balik dari Pulau Pinang menuju ke Jitra. Di dalam kereta, semua sedang tidur : isteriku, dua anakku dan ibu mertuaku. Hari di luar hujan. Tetapi tidak lebat mana. Kalau pernah renjis tangan yang baru dibasuh dari paip kepada muka orang sambil ketawa, begitulah keadaannya. Kerana, tayar kereta ini adalah nipis, dan bersaizkan rim 18, maka, pernah, kawan aku pesan begini : kalau hujan, tak kira lebat tidak, hati-hati. Sebab, tayar nipis, licin. Kereta, boleh terbabas.

Minda Aku waktu itu bagaikan wayang. Bermacam-macam layar muncul. Kerana Aku memandu laju, dalam keadaan yang paling berhati-hati sekali. Dikatakan apabila seorang lelaki sudah mempunyai seorang anak, hilang segala keberanian menduga alam seluruhnya. Dan Aku, sudah mempunyai dua. Maksudnya begini. Apabila buat sesuatu, kita fikir beribu malah berjuta kali. Jika terjadi apa-apa kepada kita, apakah nasib mereka?

Tetapi menjadi seorang lelaki, degil itu ada. Biasa. Memandu kereta ini, 180 km/j bagaikan 120 km/j kereta – kereta lain di jalan raya. Memandu kereta ini, lebih banyak brek dari biasa bila di lane paling kanan, ada kereta lain yang menghalang.

Aku suka memandu waktu malam. Aku boleh melihat peta GPS tanpa menoleh, kerana, pada zaman yang Aku beli ini, petanya terpapar di dashboard meter kereta. Yang lain-lain ada dashboard juga tapi di tengah kereta. Maka, kerana peta ini boleh zoom in, zoom out, Aku boleh nampak awal jalan di hadapan sama ada selekoh atau lurus. Itu memberi Aku banyak kelebihan pada kelajuan 220 km/j.

Memandu, memerlukan fokus yang tajam. Hatta, apabila mengembara jauh, Aku memakai glove tangan seperti Ted Mosby dan isteri pertamanya itu. Bukan nak mengada tetapi alangkah menunggang motor pun Aku pakai glove, lagilah memandu kereta.

Jalan di depan daripada selekoh menjadi lurus. Dan lurus ini sangat panjang. Aku melihat cermin belakang, kosong dan didepan juga kosong. Pedal kelajuan Aku tekan semakin dalam. Dan kereta yang tak lagi Aku berikan nama ini, patuh tidak ingkar, membesit malam membelah renjisan air hujan.

Tiba-tiba hati Aku dilalukan ilham. Eh. Bagaimana kalau tengah-tengah malam ini tiba-tiba ada lembu pulak melintas di tengah jalan? Kalau kereta di depan dari jauh memang boleh nampak sebab ada lampu. Lembu, mana ada lampu. Spontan, kaki Aku menekan lembut brek, dan kereta ini jantungnya barangkali, menjadi tenang.

Seketika sejurus itu, Aku menoleh ke tepi. Sebuah papan tanda kuning melintas kiri sesaat. Di papan tanda kuning yang bersinar jelas bila disuluh lampu ada gambar seekor lembu!

Sudah 21 hari Aku meditate. Ini bukaan pertama yang Aku rasakan kembali setelah lama berhenti. Ayat penjelasannya begini. Sebelum yang zahir itu muncul di alam besar, yang batin datang dulu, di alam kecil. Barangkali ini yang dikatakan : Maha Mengetahui.

Agar menjadi habit

Di Alor Setar dulu ada Habit Art Cafe. Kalau melepak minum di situ memang agak archi-hipstur sekali.  Kalah mainstream Starbuck atau Coffee Bean. Tak boleh feel art kat 2 kedai kopi ini berbanding Habit Art Cafe.

Namun Habit Art Cafe telah ditutup. Ini gara-gara kapitalis yang gila menaikkan harga sewa. Mujur owner Habit ini kental jiwanya. Dia cari tempat lain dan buka cafe baru dengan nafas yang lebih segar. Kali ini namanya lain. Chapter two.

Screen Shot 2018-09-22 at 1.32.44 AM

***

Sebenarnya Aku yang zaman dulu memang bertapa. Pertama kali Aku belajar bertapa, adalah pada tahun 2004. Sejak itu Aku bertapa on off tak berapa nak serius. Aku pernah bertapa di gunung malah di pulau. Itu tidak masuk latihan pertapaan setiap minggu secara berjemaah dengan adik-beradik. Difikirkan balik, kalau Aku serius black bertapa dari dulu sampai sekarang, agak 14 tahun jumlah faedah yang Aku patut dapat rasa. Kalau sehari Aku meditate satu jam, 14 tahun membuatkan Aku telah meditate 5100 jam. Ini bersamaan dengan meditation selama 212 hari berturut-turut tak makan tak minum. Malangnya……..

Sehingga satu hari baru-baru ini, ada satu peristiwa sikit datang menguji keluarga Aku. Helpless, Aku terpaksa dapatkan bantuan seseorang untuk selesaikan hal ini. Method yang digunakan seseorang ini, adalah hasil meditation bertahun dia. Alhamdulilah, izin tuhan, ujian ini selesai. Yang tidak selesai cuma Aku. Bayangkan satu masa dahulu kita boleh makan buah yang manis tetapi hari ini orang lain yang makan dan kita tengok sahaja.

Aku fikir, ini adalah Chapter Two dalam siri pertapaan Aku. Lalu Aku namakan ia, #siripertapaanramlee.

***

Untuk menjadikan sesuatu itu rutin, atau habit, seseorang perlu ulang dan ulang dan ulang sesuatu itu selama 40 kali. Jika ia acara harian, ulanglah 40 hari. Selepas hari ke 40, percayalah. Ia menjadi sebuah rutin.

Contohnya begini, Aku kongsikan cara bagaimana untuk lapang rezeki. Bila bangun pagi, lepas mandi, wajah yang hebat itu hadapkan depan cermin. Dengan renungan mata yang tajam itu, pandang wajah sendiri lalu katakanlah dalam hati.

“Tuhan. Mudahkan hidup Aku. Bagi Aku RM 1 juta”.

Ulang setiap hari. Apabila ia menjadi rutin, atau habit, jangan terkejut satu hari nanti tiba-tiba peluang untuk dapat RM1 juta singgah menemui anda.

Waktu itu jangan lupa 20% untuk Aku.

***

Agar Aku menjadikan pertapaan ini satu habit, lalu Aku tuliskan matlamat 40 hari. Dan matlamat 40 hari ini Aku gandakan 3 kali, agar meditation dan Aku, menjadi SATU.

0bcb5525-5e7b-4b48-afaf-dd451aa718a5

Sehari ada 24 jam. Apalah 1 jam, untuk diri sendiri.

#siripertapaanramlee

#siripertapaanramlee adalah pengembaraan dalam diri untuk mengenal dengan lebih dekat diri ini. Boleh ikut di IG, atau di blog ini, ikut suka hati.

Misi 1 : Mencari apps sejati

Tidak dapat tidak, apps sudah menjadi sebahagian daripada rutin hidup ini. Lalu Aku fikir, jika apps itu sudah rutin, ada baiknya apa yang Aku mahu menjadi rutin, Aku guna apps. Lalu Aku mula mengkaji, apakah apps sejati untuk siri ini.

Lalu apakah ciri-ciri apps pertapaan yang Aku mahu ?

  1. Minimalist – UI mesti tidak serabut, disusun tepat untuk function
  2. Ada ciri-ciri yang membuatkan Aku rasa rugi gila, kalau Aku tertinggal meditate sehari
  3. Ada stat supaya Aku boleh tahu kuantiti jam yang telah Aku meditate

Lain-lain yang Aku fikir :

  1. Free atau bayar – Kalau apps bagus, apa salahnya kita menghargai dan support usaha manusia lain?
  2. Social Element – Kalau boleh social dengan orang lain atau komuniti, OK juga tapi tak ada pun tak apa. Paling sikit faedah yang Aku fikir, kalau berjemaah, lebih kuat perasaannya.
  3. Additional Knowledge Repository – Kalau ada macam video how to, atau best practice tips bagai pun OK untuk improve lagi meditation.

Aku lalu mengembara ke alam apps store untuk mencari siapakah calon – calon yang boleh memenuhi keperluan Aku. Lalu Aku menemui :

Calon 1 : HeadspaceYoutube, iOS

Headspace ini pada mula Aku download, Aku rasa macam nak meditate dengan jin – jin comel. Character kartun yang bunian channel kartun Astro membuatkan Aku sikit tak berapa minat. Namun video-video kartun kelakar di Youtube dia agak baik juga untuk tambah knowledge.

Apps ini kalau subscribe, lifetime USD399. Ada guided meditation, selain satu wow factor yang Aku suka, bila meditate on, bubble indication meditation dia macam bernafas.

Screen Shot 2018-09-21 at 5.21.07 PM

Satu lagi wow dia ada guide dari meditation expert level monk. Ini memang rare.

Screen Shot 2018-09-21 at 5.19.16 PM

Aku rasa Aku tak boleh dengan Headspace ini sebab jiwa Aku tak comel macam jin – jin dalam apps ini. Kalau nak jadikan meditation anda FUN, boleh cuba apps ini.

Calon 2 : Calm, Youtube, iOS

Calon kedua adalah Calm. Apps ini menang anugerah apps of the year 2017 dari Apple. Add value selain daripada untuk meditate, dia ada siri kisah – kisah untuk bantu kita tidur selain daripada siri muzik yang menenangkan.

Screen Shot 2018-09-21 at 5.28.15 PM

Screen Shot 2018-09-21 at 5.25.42 PM

Lepas tilik-tilik, amati betul-betul, Aku rasa Calm apps ini sesuai untuk orang yang imsonia. Tapi berbanding Headspace, Calm lebih matang pendekatannya. Melihat gegambar dalam apps ini merasakan bagai bertapa di atas gunung depan rumah Wolverine.

Calon 3 : Timeless, Video, iOS

First time download dan baru buka apps ini dah rasa jatuh cinta pandang pertama. Sebaik Aku guna dan on meditation, Aku rasa pengembaraan mencari apps sejati Aku berakhir disini.

Screen Shot 2018-09-21 at 5.35.49 PM

Apps ini interface dia paling minimalist berbanding yang lain. Fokus utama dia adalah untuk meditation. Berikut adalah semakan semula terhadap apa yang Aku mahu.

  1. Minimalist – Ya. Fokus utama suruh orang buat meditation. Pilih tempoh waktu pertapaan dan kemudian click “Begin”. 4 preset waktu pertapaan ini boleh set sendiri. Bila on meditation, yang bulat tu adalah timing, akan bergerak semakin berkurang tanda masa dah berjalan.
  2. Ciri-ciri rugi gila kalau tak meditate – Ya. Ada indikasi Current Streak vs Best. Maksudnya sekarang dah bertapa berapa hari dan rekod paling banyak bertapa berapa hari. Bila dua ini sama, rasa rugi kalau tertinggal satu hari tak bertapa sebab kena mula semula.
  3. Ada stat – Ya. Boleh tengok mingguan, bulanan, tahunan.

Selain itu,

  1. Free atau bayar – Langganan setahun RM284. Kalau tak meditate jugak tak tahulah.
  2. Social Element – Tak ada. So meditate sorang-sorang.
  3. Additional Knowledge Repository – Ada guided meditation, ada list buku best untuk dibaca tentang meditate dan ada penulisan pasal meditate (tarik dari blog)

Lain – lain,

  1. Dicipta oleh orang yang meditate untuk para meditateApps ini dibina oleh 2 orang yang memang buat meditation, so apps dia memang capture essence meditation tu. Tengok muka designer dia ni, nampak tak aura dia lain maciam?Screen Shot 2018-09-22 at 12.57.16 AM
  2. Ada reminder nak suruh bertapa pukul berapa.
  3. Boleh set goal
  4. Ada dua mode warna. Biru biasa dan biru deep. Kalau Aku dah sampai goal Aku nanti baru nak ubah mode biru deep.

Setakat 26 hari pakai apps ini, Aku puas hati. Ini sekilas UI apps ini untuk rujukan.

meditate-8_origprogress-8_orig course-8_orig

Kata RUMI, “Hati kamu sebesar lautan. Carilah diri kamu di kedalaman yang tersembunyi.”

Selamat meditate.