All posts filed under “#sirijalanlurus

Akses kepada kemahuan

Agak lama juga Aku tidak ke Kino. Ke hati Kuala Lumpur KLCC itu, sebenarnya sejak office Aku pindah ke Subang, hanya kalau ada hal yang perlu sahaja Aku lewat ke sana. Dan baru-baru ini, setelah habis bertemu seorang Dato Seri yang kuat membuli di Matic Jalan Ampang, Aku langsung ke KLCC dengan tujuan hanya ke situ.

Dato Seri ini Aku katakan buli bukan apa. Mentang-mentang Aku ini nampak macam muda mukanya dan dirasakan dia lebih tua dan banyak makan garam agaknya, maka dalam perundingan hal perniagaan itu seboleh-boleh dia meminta segala yang menyebelahi dia. Seperti, dia rasa yang Aku ini sangat perlukan dia. Dia tidak tahu yang Aku perlukan hanyalah Satu sahaja. Game politik seperti ini Aku sudah masak sangat. Maka disini Aku ingin berpesan. Sekiranya sampai satu ketika bertemu akan pembuli seperti ini, adukan hal ini kepada yang Maha Mendengar. Nescaya, dibukanya jalan untuk terus kedepan, bagaimana.

Aku ke Kino dengan hati yang lebih tenang. Agak lama Aku pusing-pusing sementara cuba melupakan wajah Dato Seri yang tak berapa nak bercahaya itu. Hinggalah Aku sampai ke bahagian komik, lalu tangan ini seperti magnet dari pintu masuk hingga mencapai beberapa buah buku yang bertajuk “Buddha”.

Aku tidak ingat bila Aku beli buku “Buddha” vol yang pertama. Rasanya macam 2 – 3 tahun lepas. Tetapi waktu itu cuma ada satu sahaja. Berbanding hari ini, agaknya kalau ada anak Aku EL Lukh bersama, pasti dia upaya mengira nombor dari 1 sampai 8. Dan kerana susunan buku “Buddha” ini penuh sampai tamat, muka Aku hari itu sangat ada senyum. Bertahun tunggu atau bolehkah Aku katakan, berjanggut menunggu?

“Buddha”, adalah novel grafik oleh Osamu Tezuka, seorang maharaja komik manga dari Jepun yang melukis Astro Boy yang lebih popular itu. Arwah boleh dikatakan sebagai, Walt Disney dari negara matahari terbit. Agak menyesal ketika Aku di Tokyo dulu tidak melawat muzium khas untuk beliau. Mungkin waktu itu belum sampai seru lagi kerana semasa di Tokyo tahun 2017 itu, Aku ke cuma sempat ke Studio Gibli, selain melawat Kinokuniya yang Haruki Murakami beli pen dan kertas sebelum menjadi penulis tersohor. Dan Aku sempat juga ke Peter Cat, ambil gambar aksi buat mabuk tepi tangga.

Lalu Aku mengambil “Buddha” no 2 dan 3. Selain dari ini, no 4,5,6,7 dan 8, Aku hembus dan jampi supaya cahaya yang ada padanya kurang agar sesiapa yang lalu di situ, terlupa dan tidak nampak 5 buah buku ini.

Aku kemudian terus sahaja ke kaunter untuk bayar. Jumlah tapak waktu itu Aku rasa lebih banyak dan cepat berbanding sebelum jumpa “Buddha” no 2 dan 3.

Tetapi sebaik sahaja Aku sampai di kaunter yang awal tadi kosong, Aku lihat ramai pula yang beratur. Aku rasa, kalau Aku tunggu, mungkin janggut yang bewarna putih ini boleh gugur. Aku bertanya sendiri. Ada apa yang Aku lupa sampai begini panjang halangan tersusun depan Aku?

Ah. Ada rupanya. Katanya, “Beli untuk diri sendiri je? Bini tak ingat?”

Aku lalu patah balik dan melilau mencari, kalau-kalau ada buku yang memanggil lagi untuk dibawa pulang. Aku lihat jam waktu itu sudah hampir pukul 4. Kalau lambat, nak keluar dari hati Kuala Lumpur ini agak bala dengan jem yang tak ingat.

Sampai pada bahagian novel-novel cinta, fiksyen dan fantasi yang kawasannya agak tinggi sikit berbanding lain ( ada semacam serongan lantai papan yang dirasakan kalau ada skaters, mereka akan meluncur naik), Aku pusing-pusing untuk tengok kalau – kalau  ada yang berkenan. Ada satu rak tepi dinding kaca dimana bersusun bertingkat buku – buku warna coklat semacam kamus. Aku datang dekat dan tengok, “The Killing Commendatore”. Oh, dah sampai buku ini di Malaysia. Teringat semula dulu masa ke Kino yang pertama di Jepun, mencari pen dan kertas, buku ini baru launch sehari tapi of course, semua tulis jepun. Ada gambar pedang samurai di kulit depan buku itu semacam memberi tahu, ini buku ganas tentang pembunuhan. Bentuk pedang ini mengingatkan Aku pada pedang api milik Penduga Arus, watak pembelot yang awalnya setia dalam komik Pedang Setiawan yang popular tahun 1990 an dulu. Setelah belek-belek, Aku kemudian melangkah lagi meninggalkan memori yang semakin kabur itu.

Untuk jimat masa, Aku lalu telefon isteri Aku agar mudah bagi Aku mencari buku apa yang perlu. Tanya dia senang sikit. Tapi 2 kali Aku telefon, dia tidak angkat. Sama ada tengah tidur dengan anak-anak, atau telefon tertinggal tingkat atas. Ada Aku cuba jerit nama dia kuat suruh angkat tapi tak berapa nak berkesan. Mungkin sebab Aku dah berhenti meditation semula setelah rekod mencapai 88 hari tanpa berhenti. Malang pada hari ke 89 Aku terlupa nak meditate sebab masa itu kami di Kuantan leka bercuti. Paling frust Aku bila tertinggal satu hari dan sampai hari ini Aku tinggalkan lagi. Mungkin new year nanti baru sambung semula sebagai menghormati azam tahun baru seluruh manusia.

Aku pusing banyak kali mencari judul apa yang harus Aku belikan. Bila masuk pusingan ke lapan, Aku rasa Aku menyerah kalah dan tewas. Buntu. Tidak tahu yang mana hendak dibeli.

Aku lalu berhenti dan diam di satu sudut. Ah… baru Aku teringat. Kenapalah Aku tak tanya terus buku apa yang paling sesuai yang kalau Aku beli dan bawa pulang, markah Aku sebagai seorang suami akan naik 200 peratus?

Terus, katanya begini, “Ambil yang itu”.

Aku lihat, di rak tepi, ada sebuah buku berwarna biru muda. Ada gambar kucing. Buku itu Aku ambil, pegang dan belek. Tajuknya, “The Travelling Cat” oleh Hiro Arikawa.

“Terima kasih” kata Aku, tanpa sangsi.

Aku kemudian langsung ke kaunter. Jurujual dua orang disitu sedang membawang. Orang, tidak ada langsung dan Aku faham semuanya sedang dipermudahkan.

***

Sampai di rumah Aku buat muka senyum. Bila isteri Aku lihat ada beg kertas Kino, dia tanya “Eh pergi Kino ke?” Aku kata dengan suara kecil seperti Doraemon,  “Tak lah. Mana ada”. Isteri Aku buat muka. Dia cepat-cepat belek dan tengok ada 3 buku di dalam. “Buddha???” Aku tersenyum monyet.

“Eh… The Travelling Cat??? Haa… dah lama kita nak beli buku ni…. mana anda tahu kita nak buku ni?” Sekali lagi Aku tersenyum monyet. Di sebelah Aku tiba-tiba ada markah 200% muncul dengan sound effect loceng tanda gembira.

***

Esoknya Aku ke KLCC lagi. Tapi kali ini dengan isteri dan anak-anak. Setelah makan di Chili’s, kami naik ke Kino. Aku ke bahagian komik dan tersenyum bila lihat “Buddha” vol 4,5,6,7 dan 8 masih tersusun tegak. Aku kemudian naik Kino tingkat atas dengan EL. Sambil EL main pusing-pusing rak Moleskine, Aku ambil beberapa naskah diari untuk isteriku, adik perempuanku dan adik iparku. Aku ambil satu yang warna hitam untuk ayahku dan untuk Aku, cukup yang kecil sahaja. Ini memang ritual tahunan Aku sejak beberapa tahun sudah. Niat Aku, agar orang-orang yang Aku sayang boleh menulis segala perancangan yang mereka mahu luahkan dalam hadiah yang agak seberapa itu.

Moleskine tahun ini agak maju berbanding tahun dulu. Tema dia agak boleh tahan ramai. Kalau dulu ada Darth Vader Star wars bagai. Sekarang macam-macam sampai nak tengok apa pun Aku dah tak faham. Ada satu yang warna hijau gelap khas untuk travellers. Yang ini siap dalam kotak dan Aku rasa ada pen khas untuk tulis pengembaraan epik.

Bila turun bayar jurujual bagi pesan suruh ambil gift card di information counter. 1000 orang pertama enjoy kad apa ntah yang ada link dengan apps Kino. Katanya ada RM20 dalam kad itu. Aku tak berapa nak hadam sangat sebab dalam otak Aku adalah hanya untuk memulakan dengan cepat siri marathon “Buddha” dari no 1 (repeat), 2 hingga no 8 dalam masa sisa akhir tahun ini.

***

Hati, jika dibuka, boleh diakses melalui cara tertentu. Apabila 2 hati menjadi satu, aksesnya lebih lagi. Sebaliknya, jika hati telah tertutup, haram nak akses macam mana pun sudah tidak boleh. Barangkali ada cara cuma mungkin belum sampai tahap untuk tahu. Mungkin juga sebab belum layak dan mungkin juga, sebab sudah tidak ada keperluan lagi.

Kita terfikir sebenarnya walaupun kita berjauh, kerana adanya Yang Maha Mengetahui juga Yang Maha Memberitahu, apa yang kita tidak tahu boleh jadi tahu. iPhone yang canggih pun tidak ada applikasi sebegini. Connection menyebabkan sesuatu, connected. 

Selalu-selalulah guna Google di dalam hati. Moga menemui apa yang dicari.

***

What If?

Aku ke Johor awal minggu ini. Ada kerja yang Aku perlu siapkan. Alang-alang ke sana, Aku jumpa kawan lama.

***

Kadang-kala di dalam hidup ini kita terperangkap dalam permainan “possibility”. Bahasa melayu kata, “maha kemungkinan”. Dalam fikiran kita, ada satu frasa ayat yang kadangkala muncul membuatkan kita sama ada lebih gembira, namun biasanya, lebih berduka cita.

Frasa ini pendek sahaja. Ada 2 perkataan dalam frasa ini. Namun kesan frasa ini, sangat makan dalam. Frasa ini adalah, “What If”.

***

Apabila di dalam jalan hidup kita ini, tidak seperti yang kita rancang, “What If” akan muncul menjadi tetamu utama fikiran kita. “What If” mula menampakkan wajahnya, membuatkan kita mula bereksplorasi ke jalan yang tidak bermanfaat. “What If”, adalah sesuatu yang sia-sia, bagi Aku, sekiranya diletakkan pada waktu yang tidak tepat.

***

Umum mengetahui kerajaan dunia ini dipunyai oleh tuhan yang Satu. Dan tuhan itu, yang segala Maha, mempunyai unlimited sifatnya, yang tak terfikir oleh manusia. Tidak perlu pergi kepada sifat-sifat yang aneh dan pelik. Cukup sekadar sifat yang paling selalu disebut sang manusia.

Maha Adil. Maha Mengetahui. Dan, Maha Bijaksana.

***

Segala yang telah berlaku, berlaku kerana Maha Adil. Ini bermaksud, tidak ada satu hal di dunia ini, berlaku, tanpa keadilan Maha Adil tersebut. Sebaliknya, mata sang manusia itu, tidak berupaya melihat, apakah keadilan Maha Adil tersebut. Kita mungkin melihat Palestin dirogol bertubi-tubi oleh Zionis, namun terjadinya hal begitu, adalah kerana Maha Adil. Dimanakah keadilannya?

Ini membawa kepada sifat yang kedua yang selalu disebut. Maha Mengetahui.

***

Maha Mengetahui, mengetahui segalanya. Maha ini, mengetahui apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, malah mengetahui juga, apakah yang bakali berlaku. Barangkali masa yang bermula, dari awal hingga akhir, di hadrat Maha Mengetahui, bagaikan telah tamat, atau mungkinkah berulang-ulang? Aku tidak tahu.

Kerana, Maha Mengetahui, mengetahui segalanya dalam threshold yang luas : The Past, The Present, and The Future, maka ini pula membawa kepada sifat yang seterusnya, Maha Bijaksana.

***

Manusia yang diberikan sedikit kebijaksanaan, boleh mengaitkan sesuatu hal yang terpisah, menjadi tersambung. Walaupun berbeza kategori, atau mungkin tema, dengan kebijaksanaan, manusia boleh membuat kesimpulan. Seperti iklan di TV tentang anak kecil yang minum susu, lalu sel-sel otaknya bersambung, berjaya menyelesaikan masalah melalui kaitan antara satu subjek dengan satu subjek yang lain. Ini yang Aku katakan sesuatu yang terpisah, dilihat sambungannya, dengan kebijaksanaan.

***

“What If” menentang segala sifat Maha Adil, Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana. “What If” adalah bagi Aku, permainan unsur kecelakaan. Sekiranya ia dibiarkan bersarang di dalam minda secara salah, ia boleh membawa keluar seorang penghuni syurga, lalu menjerumus seseorang ke lembah kenerakaan.

Sebagai contohnya begini. Seseorang telah pun makan buah rambutan, dan lantaran itu dia sudah pun kenyang, malah merasai pula nikmat manisnya buah rambutan itu. Ketika dia melihat, kawannya makan pula, buah anggur, dia lalu berkata, “Kalaulah aku makan buah anggur dulu, mesti lagi manis dan sedap. Anggur ni import. Rambutan, local”.

Walhal, dia tidak tahu, ada kemungkinan, apabila dia makan buah anggur, dia akan mengalami cirit birit. CIBI lalu membuatkan dia tidak boleh kerja seminggu! Instead of berfikir tentang kemungkinan mendapat makan buah anggur sedangkan sudah makan buah rambutan, seseorang sepatutnya bersyukur kerana paling tidak ia dapat makan buah, berbanding orang lain yang langsung tidak dapat makan apa-apa buah pun.

***

Itu adalah hal “What If” yang negatif. Jumud melihat “What If” hanya negatif, bagaikan melihat hanya satu jalan sahaja menuju ke tuhan. “What If” boleh dan hanya menjadi positif, bukan dalam konteks untuk membandingkan apa yang telah terjadi pada masa lampau. “What If” menjadi positif, apabila digunakan pada waktu semasa, agar masa depan dapat diramalkan, dalam pelbagai pilihan.

Metaforanya sebegini. Ketika seseorang makan buah rambutan dan kenyang lalu bersyukur, ia kemudian terfikir. “What If” aku usaha lebih sikit agar aku dapat makan buah anggur pada hari esok?

“What If” sepatutnya digunakan bukan apabila hidup kita tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya digunakan untuk, merancang hidup kita.

Tidak perlu menyesal dengan apa yang telah berlaku di waktu silam. Sebaliknya, berfikirlah apa yang terbaik, untuk masa depan.

Kita mungkin tidak tahu apakah masa depan kita, namun dengan sedikit kebijaksanaan, kita menjadi adil untuk diri kita sendiri.

***

Keperluan vs Kehendak

Untuk sama ada kita berjimat, atau mengumpul dengan lebih, atau merasakan kita sentiasa cukup, kita perlu tahu perbezaan antara keperluan dengan kehendak. Ini adalah fundamental yang paling penting untuk kita memahami apa yang kita wajib ada atau sunat ada, jika perkataan itu dihukumkan secara syariat.

Keperluan, adalah sesuatu yang wajib, mesti ada, paling utama. Manakala kehendak, adalah sesuatu yang sunat, kalau tidak ada pun tidak apa, dan keutamaannya jatuh pada tempat kedua.

Kebiasaan konteks keperluan dan kehendak, jatuh pada barang atau material, yang kita guna, seperti misalnya kereta dan sebagainya, namun spektrum ini boleh berbeza mengikut konteks.

Misalnya paling asas, adalah persoalan : Adakah kita perlu kereta?

Untuk seseorang yang masih bujang, yang tempat kerjanya dekat dengan tempat tinggal, kereta, mungkin tidak perlu lagi. Berbeza dengan sebuah keluarga, yang telah mempunyai anak kecil, walaupun tempat kerjanya dekat dengan tempat tinggal, kereta sudah menjadi satu keperluan.

Spektrum ini kemudian meningkat ubah, selepas kita membuat keputusan berdasarkan dalil yang kita fikir dan cipta sendiri, bagi menjustifikasikan segala niat.

Kereta apa yang kita perlu, atau secara tidak sedar, kereta apa yang kita hendak? Ramai yang terperangkap disini bila sebenarnya dia hanya perlu sebuah kereta sederhana, sebaliknya terbeli kereta yang lebih mewah dari yang sepatutnya.

Maksudnya, sesuatu keperluan, kadang kala berubah menjadi kehendak, tanpa disedari.

***

Itu adalah contoh dimana keperluan, tersembunyi di dalam kehendak. Adakah hal, dimana kehendak, berubah menjadi keperluan?

Mengambil contoh atau bidalan yang sama, kereta. Awalnya seseorang berkehendakkan kereta mewah, walhal ia bukan satu keperluan pun. Namun, dari kehendak ini, timbul keperluan lain yang sepatutnya tidak ada, misalnya perlu pula ada perbelanjaan tambahan bagi menampung kehendak ini seperti servis yang lebih mahal, cucian kereta yang lebih mahal, dan sebagainya. Ini selari dengan keperluan kereta itu sendiri kerana tempat servis yang murah, kadangkala akhirnya mendatangkan bala yang lebih banyak daripada yang sepatutnya tidak ada, akibat dari kekurangan skill dan sebagainya.

Kehendak, boleh mencipta keperluan lain yang berkait dengan kehendak asal tadi.

***

Pada spektum yang lebih besar dan lebih melibatkan masa depan dan nasib diri sendiri serta orang yang terdekat seperti isteri atau suami. Seseorang, bangun dari tidur dan berfikir. “Aku perlu bebas dari hidup ini, kerana Aku ada misi yang lebih utama dari menjadi biasa dan rutin.”

Asal-asalnya, adakah Aku PERLU bebas, atau Aku HENDAK bebas?

Jawapan ini adalah jawapan yang harus seseorang itu cari sendiri. Seperti yang telah saya tuliskan diatas tadi. Keperluan, adalah wajib, manakala Kehendak, masih sunat. Kehendak, boleh disalah tafsir sebagai Keperluan. Kehendak pula, boleh mewujudkan Keperluan yang lain.

Bolehkah seseorang mengubah Kehendaknya menjadi Keperluan?

***

Kerana Penulis, masih terpisah

Aku pernah tanya kepada guru Aku, tentang bagaimana kias (metaphor) antara tuhan dan manusia. Aku tanya begini.

“Kalau sebuah buku yang ada kulit dan ada isi, itu manusia, maka di mana terletak tuhan? Adakah tuhan penulisnya?”

Kata guru Aku,

“Yang lebih tepat, Ceritanya.”

The Alchemist

Staff Aku tanya, kalau ada satu buku yang paling power untuk dia baca, buku apa yang aku cadangkan. Aku jawab, “Cari, The Alchemist”.

Dia balas lagi, bukankah Quran buku yang paling power?

Aku kata, “Quran bukan buku. Quran itu KAMU.”

2bbd1cae-7c93-44fa-aecd-2700ba49cd87img400

Aku ada 4 buku ini. Pertama yang edisi translation Indonesia yang aku beli di Jakarta tahun 2008 rasanya. Kedua, edisi English untuk isteri aku setahun selepas itu. Pada tahun 2014, aku beli satu lagi edisi novel grafik dan tahun ini aku beli satu lagi edisi ulangtahun ke 25 buat kenangan dalam frame. 

3 tahun

Sudah 3 tahun Aku cuba untuk hidupkan balik blog personal ini. Dan cubaan itu pasti datang setiap kali masuk bulan November. Fantasi Aku adalah untuk melancarkan secara umum tepat pada 29 November sempena hari Aku dilahirkan ke dunia.

Namun sudah 3 tahun Aku gagal. 3 kali.

Ini adalah tahun keempat. Tahun ini, Aku rasa aku mungkin berjaya. Kerana, 3 tahun lagi, aku akan berumur 40 tahun. Walaupun Aku telah lewat 3 tahun, tapi Aku rasa kali ini Aku awal 3 tahun.

Life begin at 40.