All posts filed under “#siribunyamindanrodakehidupan

Ride #13 – Ride Muhammad

Quran 5:15 O People of the Book! Our Messenger has come to you, clarifying for you much of what you kept hidden of the Book, and overlooking much. A light from God has come to you, and a clear Book.

Instagram telah mengajar Aku satu lagi sifat cahaya. Sebelum ke situ, biar Aku tuliskan sifat cahaya yang Aku faham. Di sekolah rendah dulu, Aku belajar bahawa, gabungan beberapa benda seperti  dua biji bateri, wayar dan mentol, boleh menghasilkan cahaya. Jiran Aku Ungku Abdul Jalil, lebih gigih dan cuba explore dalam lagi lalu terkena renjatan elektrik apabila cuba menghidupkan mentol melalui wayar yang disambung pada plug. Itu mengajar Aku satu lagi sifat cahaya : sumber cahaya agak bahaya.

Apabila masuk sekolah menengah dalam kelas fizik tingkatan 4, Aku belajar bahawa, cahaya bergerak pada garis lurus,  boleh dipantulkan dan mempunyai sudut tertentu berdasarkan pemukaan yang memantulkan cahaya, termasuk, sifat biasan bagi cahaya. Aku belajar juga, untuk keluar malam lompat pagar dari asrama, cahaya tidak diperlukan.

Manakala apabila masuk universiti, Aku belajar bahawa cahaya bukan sekadar warna putih atau kuning tetapi macam-macam warna, dan boleh dipancarkan serentak kepada seluruh dunia, malah membentuk pelbagai rupa sama ada bergerak atau tidak bergerak. Cahaya ini, terkekang dalam skrin yang dinamakan komputer, sampai kepada mata manusia melalui makhluk yang bernama internet. Cahaya juga rupanya bergerak terlalu pantas apabila kabel yang membawanya diupgrade kepada fibre optic. Apa yang hendak Aku sampaikan adalah, cahaya, mempunyai maklumat (pengetahuan).

Pada umur 25 tahun semasa bujang dan telah bekerja, rupanya hal cahaya, masih lagi belum habis dengan Aku. Kali ini lebih serius dimana tanpa Aku sedari, rupanya Aku mencari cahaya yang lebih bermakna untuk hidup sebagai manusia. Ia bukan lagi perihal cahaya yang diluar sana tetapi  cahaya yang berada di dalam diri. Dalam kejahilan jahilliah hati, Aku diperkenalkan semula dengan “cahaya” menerangi seluruh alam ini. Bila Aku fikir-fikir semula, “cahaya” ini, adalah seperti exercise rebranding agency.

Seminggu sebelum 12 Rabiulawal atau tahun ini 20 November, Aku belajar lagi satu sifat baru cahaya. Ini diajarkan oleh instagram melalui kawan Aku Roopesh yang sudah hampir 20 tahun Aku  tidak jumpa. Menurut satu posting beliau, cahaya, bergerak ke destinasinya melalui segala kemungkinan yang ada, atau dalam erti kata lain, ikut suka hati. Rajah dari Instagram beliau mungkin boleh fahamkan kita.

Ini membawa kepada pengertian baru bagi Aku dimana cahaya, sebenarnya bukan sampai kepada satu destinasi melalui garis lurus sahaja. Sebaliknya, cahaya sampai dalam keadaan yang tidak menentu, tidak diduga, dan tidak pasti dari mana. Cahaya datang, ikut suka hati jalan mana.

Teori yang menghadiahkan darjah PHD kepada tuan diri ini, Aku rasa logik. Ini kerana, cahaya, tidak penting pun datang kepada sesuatu itu bagaimana dan di mana. Yang penting cuma satu. Dari mana?

Kerana, sekiranya cahaya itu tidak dikenal dari mana (atau sumbernya), maka Aku rasa, cerah mana pun cahaya itu, agak sia-sia. Seperti, upaya boleh melihat segala sesuatu dalam terang namun gagal dan tidak dapat melihat “siapa” disebalik segala sesuatu itu.

Ia seperti jiran Aku dulu Ungku Abdul Jalil. Orang lain sumber cahayanya adalah dari bateri 2 biji manakala beliau, sumber cahayanya adalah daripada plug elektrik. Hasilnya, demam seminggu terkena renjatan elektrik. Bahayakan?

***

Hari ini adalah harijadi Muhammad yang terzahir, yang kita tahu sebagai kekasih tuhan, yang kita kenal sebagai rahmat seluruh alam. Rahmat, melangkaui zaman berzaman, bagaikan cahaya yang menerangi kegelapan. Beruntung bagi yang muncul dalam hatinya ketika ia tercari-cari, malah beruntung lagi bagi yang telah faham dan “pegang” teguh dengan hakikat cahaya ini.

Di dalam Al Quran, ada sebuah surah yang dinamakah sempena nama Muhammad ini. Surah 47 ini, mengandungi 38 ayat. Apabila Aku membacanya malam semalam, Aku dapati 4+7 = 11 dan 3+8 juga, 11. Tidak Aku ketahui apa maksud disebalik matematik tersirat ini namun, surah ini menceritakan tentang 2 kategori manusia.

Pertama, yang menyambut rahmat seluruh alam. Dan kedua, yang menolak rahmat seluruh alam ini. Juga diceritakan kesan bagi yang menyambut dan kesan bagi yang menolak.

Namun di dalam quran, pada surah lain, memang banyak cerita tentang 2 kategori manusia ini. Yang Aku rasa ada keunikan terlebih adalah tentang surah Muhammad ini adalah tentang 4 sungai yang ada di dalam syurga. Ini ayatnya.

Quran 47 : 15 (Here is) a Parable of the Garden which the righteous are promised: in it are rivers of water incorruptible; rivers of milk of which the taste never changes; rivers of wine, a joy to those who drink; and rivers of honey pure and clear. In it there are for them all kinds of fruits; and Grace from their Lord. (Can those in such Bliss) be compared to such as shall dwell for ever in the Fire, and be given, to drink, boiling water, so that it cuts up their bowels (to pieces)?

***

Hari ini Aku ride lagi. Ride hari ini, Aku yang design routenya. Aku design route ini, seboleh-boleh, mesti, sejauh 455 KM. Ini adalah kerana, bagi memperingati, perjalanan hijrah Prophet Muhammad, daripada Mekah ke Madinah. Aku fikir, sebagai penganut kefahaman Prophet, masing-masing punya cara tersendiri bagaimana untuk reconnect dengan Prophet. Ada yang suka berhimpun dan berarak beramai-ramai dari satu point ke satu point. Ada yang suka upload gambar IG mereka di Mekah (suatu masa dulu). Ada yang suka mengalunkan suara membuat bunyi-bunyian yang anak kecil kalau lihat tidak ada beza dengan penyanyi gegar vaganza. Ada bermacam-macam cara. Tidak ada salahnya dan hanya tuhan yang layak menghukum.

Memang zaman dahulu kita tidak tahu berapa jauh perjalanan prophet dari Mekah ke Madinah, malah kita pun tidak tahu, jalan mana yang prophet ikut, melainkan salah satu singgahannya adalah Gua Tsur, dan ending perjalanan hijrah prophet, adalah di Quba, atau dimana masjid yang pertama didirikan. Jika tidak salah, ingatan sejarah Aku.

Hari ini, melalui Google Maps, diberitahu bahawa jarak paling dekat antara Mekah dan Madinah, adalah 455 km. Dua jalan lain yang jauh sikit distance dia lebih iaitu 490 KM dan 556 KM.  Ini adalah jarak yang tercapai oleh kereta atau motor. Manakala, kalau nak lagi cepat, jarak antara dua kota bersejarah ini telah menjadi secepat 90 minit dengan adanya bullet train.

Setelah dua tiga kali draft dan mengira jarak, akhirnya route Aku siap. Dibawah ini adalah dari google map, kalau satu hari ada yang nak cuba. Ride ini, secara summarynya, adalah dari Kinrara Residence – Karak – Mentakab – Triang – Bandar Seri Jempol – ROMPIN – Gemencheh – Tampin – Highway Seremban – Kinrara Residence. Cuma sayang, tak cukup 1 KM sahaja berbanding Mekah ke Madinah.

Google Map

***

Aku ride dengan Bruce. Staze tak dapat join sebab emergency balik Gun-nu kite. Ada sedara meninggal. Jam 7:30 pagi Aku dah terpacak di Petronas Melawati ( lokasi perjumpaan ) dan jam 8:30 kami gerak ke Mentakab untuk breakfast, lewat sejam sebab Bruce sakit perut kareb.

Masa sarap di Mentakab, ada pakcik badan saiz kecik datang jual petai. Aku tanya seiikat berapa dia kata RM5. Masa Aku pilih-pilih Aku tengok kaki dia berbalut sebelah kiri. Lalu Aku beli RM10 untuk 2 ikat. Lepas bagi duit, pakcik ini jalan berdengkut-dengkut masuk ke dalam kedai mamak untuk cuba jual petainya pada orang lain pula. Di tangan kanannya ada tongkat kayu lurus warna coklat bagi membantu dia berjalan. Aku harap pakcik ini sihat segera. Namun segalanya adalah urusan tuhan jua. Masa dia masuk dalam kedai Aku teringat Frodo Baggins. Bezanya Frodo bawa cincin, pakcik ini bawa petai.

Dari Mentakab, kami terus gerak ke Tampin untuk makan tengah hari. Plan adalah untuk makan nasi ayam Gemas Mustafah. Aku tak tau sedap atau tidak tapi bila Aku google tempat makan di Tampin, ini yang naik first sekali.

Tapi bila tengok dalam waze sebelum gerak rupanya boleh lalu Rompin, Bruce kata baik kita makan udang galah. Alang-alang sebab lalu Rompin. Antara nasi ayam Gemas Mustafah dengan udang galah besar-besar (menurut kata Bruce), adalah pengguna yang bijak dan bukan otak udang dalam membuat pilihan. Bruce dulu kecik-kecik duduk Muadzam Shah. Rompin memang dekat dengan Muadzam Shah. Aku pulak tak pernah pergi Muadzam Shah. Tapi Rompin Aku rasa macam pernah lalu. So Aku setuju saja dan ikutlah sebab nasi ayam Gemas Mustafah tu Aku rasa tak sedap mana dan tak boleh lawan nasi ayam chee meng dan nasi ayam yang isteri Aku masak.

Maka kami pun gerak cargas.

Untuk route ini, Aku rasa stretch daripada Mentakab ke Rompin sangat mengujakan. Aku pulak baru reti layan corner sikit-sikit dan baru berani nak potong kereta pada jalan double line. Memang Aku ride dengan muka ada sinyum dalam helmet fullface. Bruce ikut di belakang sebab taktau jalan manakala Aku ride di depan macamlah Aku tau jalan sangat.

Kami sampai di Rompin dan berhenti di stesen Petronas. Setelah basuh muka kencing bagai, Aku tanya Bruce nak makan udang di mana. Bruce suruh search “Kampung Leban Condong”. Bila Aku tengok result waze, what the fak, kenapa lagi 104 KM?

Bruce pun tengok lepas terkejut sebab Aku bagitau. DEMMMM….. kita kat Rompin mana ni?

Bila kami tengok semula barulah kami faham bahawa, ini adalah Rompin Negeri Sembilan. Bukan Rompin Pahang. Di langit sebelah luar dari atap bumbung Petronas, Aku nampak raksasa udang galah size yang sama besar macam ultraman, sedang mengetawakan kami.

By the way, semasa Aku tulis blog ini, Aku search dari Rompin ke Rompin, berapa jauhnya. Mungkin satu hari nanti, kami boleh ride route ini pula.

Kami kemudian terus ke Gemas untuk nasi ayam Gemas Mustafah. Benar menurut firasat Aku. Chee Meng menang straight set, 15 – 3, 15 – 1 berbanding Gemas Mustafah. Oh ya. Semasa di Gemas, kami pusing-pusing town. Kami lalu (lalu je nak brenti malas) stesen keretapi Gemas setelah dua kali lalu atas trek keretapi dalam perjalanan menuju dan dalam bandar Gemas. Masa lalu atas trek Aku fikir, kalau Aku ketuk line besi ini dan jampi sikit adakah bunyinya akan sampai ke hujung trek sana?

Setelah makan, kenyang, kami gerak balik. Dalam perjalanan pulang melalui highway seremban, Bruce balik terus dan Aku singgah Nilai jumpa kawan lama MMU dulu Haroooouuns Al Rashid. Nanti Aku cerita di lain posting siapa Haroooouuns Al Rashid ini. Dulu di MMU, dia bawa Apprilia.

***

Ride hari ini, atau Aku namakan Ride Muhammad, mengingatkan Aku betapa sangat penting untuk “mengenal” yang mana satu yang betul. Atau, “mengenal” yang mana satu yang pasti dan sebenarnya.

Ambil contoh tentang cahaya yang Aku tulis awal tadi. Cahaya, rupanya ada macam-macam sifat dan ke-ignorance kita pada cahaya, menyebabkan perspektif kita kepada cahaya itu tak berapa tepat. Aku misalnya ingat cahaya bergerak lurus tapi rupanya cahaya bergerak, mengikut segala unjuran kemungkinan.

Contoh lain lagi, Rompin. Ingatan Rompin Pahang rupanya ada pulak Rompin Negeri Sembilan.

Semasa ride pulang, dalam kepala otak Aku berfikir, dulu, ayah angkat Aku waktu mula-mula jumpa, dia pernah jerit dan bentak kepada Aku.

“Muhammad mana yang kau cerita ini?”

***

View this post on Instagram

Sempena meraikan harijadi prophet Cahaya seluruh alam semalam, abiang telah melakukan pengembaraan ride berbentuk bulatan dari rumah ke mentakab ke triang ke bandar seri jempol ke rompin ke gemas ke tampin ke highway seremban ke rumah semula. Bajet km nak lebih 455km konon konon cuba mengambil fadhilat asa perjalanan hijrah prophet dulu. Otw balik abiang singgah minum dgn kawan lama Al Harouns Al Rashids. Dulu kat mmu Al Harouns ride apprilia. Selain menjadi lagenda permotoran, banyak jasa Al Harouns pada kawan2 yang tade motor dulu. Kat mmu dulu kalau ada motor mesti ada awek. Al Harouns sanggup menolak cinta awek2 dari fakulti management misalnya semata – mata nanti kalau ada awek camna dia nak bawak kengkawan jalan? Al Harouns pernah hantar abiang ke stesen bas melaka dari bukit beruang dalam masa 10 minit. Allah taala telah menguji dan mengajar abiang hari itu bahawa nyawa Kamu Aku yang pegang. Terima kasih Al Harouns atas bakti dan jasa semoga bertemu jawapan The Big Why. Karangan seperti biasa ada di blog. #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ride #12 – Maha Makbul

Ahad baru ini Aku buat kerja gila. Aku pergi Penang balik hari dari rumah Kinrara Residence. Total distance tepat, 750 km. Tak pernah Aku ride milage sejauh ini. Ride-ride sebelum ini tak sampai pun 400 km sehari pergi balik. Maknanya, kalau ikut distance 750 km, Aku macam ride 2 kali sehari. Keluar rumah, balik sampai rumah, keluar semula dan balik semula.

Aku rasa ini mungkin kali pertama dan kali terakhir Aku buat kerja gila. Malah, Aku akan maqamkan dalam diri dan letak reminder untuk Aku yang masa akan datang dengan pesanan, “Sila jangan cuba menggila lagi”. Namun itu hanyalah usaha kecil Aku untuk membenteras kegilaan yang kadang-kala timbul ini. Menjadi ayah kepada 2 orang anak kecil, sifat kegilaan pada Aku sebenarnya semakin lupus. Bila cuba nak menggila, muka 2 orang anak kecil kita akan menjelma.

Sebenarnya Aku ke Penang bukan tujuan untuk makan nasi kandar pun. Aku kesana kerana nak beli jam Suunto Kailash. Bagi yang pernah baca blog larian Aku, ada tiga posting pasal Suunto Kailash ini. Kalau rajin boleh baca disini, disini, dan disini.

Tapi kalau malas nak baca tak mengapa. Aku akan rumuskan tepat-tepat 7 perkataan untuk memberi idea apakah Suunto Kailash ini. 7 perkataan adalah sempena 7R, gene manusia yang Suunto sembang untuk pancing orang membeli jam Kailash depa. Ini screenshot dari Suunto pasal gene 7R buat inspirasi.

7 perkataan yang Aku rumuskan untuk Suunto Kailash ini,

“Adalah jam untuk pencari cabaran misteri ketidaktahuan”

Aku memang suka kumpul jam. Tapi nak kumpul cabaran dan misteri tu tak sangatlah. Suunto sahaja Aku dah ada 3 termasuk Kailash yang baru ini. Jam ini keluar tahun 2015 dulu. Kalau ikut umur, dah 3 tahun lahir ke dunia. Dulu masa keluar Aku tak ada duit nak beli walaupun air liur Aku meleleh sampai ke kaki. Stim tengok Suunto Kailash kalah tengok porno. Namun Aku tak pernah lupa untuk berdoa kepada tuhan, agar, satu hari nanti tuhan bagi juga peluang kepada Aku untuk ikat jam ini pada tangan sendiri.  Bukanlah maksudnya tiap-tiap hari Aku bangun tidur doa pada Dia. Tapi bila Aku teringat pasal Suunto Kailash ini, kehendak Aku padanya, sangat deep.

Alhamdulillah, walaupun lewat 3 tahun, sekarang Aku ada duit sikit maka Aku mula mencari semula. Habis semua kedai jam dealer Suunto Aku call tanya ada lagi atau tidak. Yang ada cuma warna putih sahaja itu pun satu di Mitsui. Warna lain semua tak ada. Putih ni macam nak pakai jam pergi buat umrah.

Cari punya cari Aku jumpa di Lazada. Tapi bila nak beli jam harga 3 ribu lebih dari Lazada, Aku tak berapa nak percaya. Aku tanya staff Aku Lazada ada menipu tak. Kadang-kadang ada yang terkena. Bukan sebab Lazada tapi sebab yang menjual di Lazada. Dan kerana tidak berapa nak percaya itulah yang membawa Aku ke Penang, pergi balik satu hari, 750 km.

***

Bruce ada message Aku tanya nak ride mana minggu ini ( Ahad lepas ). Begitu juga dengan Staze. Aku katakan kepada mereka nanti Jumaat malam kita confirm semula. Sabtu pagi, isteri Aku ajak pergi jumpa therapist untuk budak-budak sebab anak sulung Aku macam dah speech delay.

Kami ke Selayang untuk buat analisis dan assessment dan masa habis hampir separuh hari demi mencari jawapan. Bila petang, Aku dah agak letih, maka Aku fikir, baik esok ride ke Genting berlatih corner. Tak jauh sangat tapi cukup untuk semua. Tapi entah macam mana, ilham datang. Kata ilham, “Pergi Penang esok ambil jam”.

Aku call Staze tanya kalau-kalau dia nak ride sekali ke Penang sebab Aku nak ambil jam. Dia kata better bertolak hari ini (Sabtu) so malam boleh lepak rehat. Aku katakan yang Aku masih tunggu confirmation dari tuan kedai sama ada betul atau tidak jam ada. Sebenarnya Aku memang dah communicate dengan tuan kedai pasal jam ini. Kata tuan kedai, dia rasa masih ada 3 lagi Kailash. Copper, Carbon dan Slate. Aku macam minat Carbon tapi takut-takut material dalam gambar tak sama dengan depan mata.

Tunggu punya tunggu, malam baru dapat confirmation. Aku call Staze untuk confirmkan bertolak besok. Rupanya Staze dah buat gerakan solo. Masa Aku call dia, dia dah ada di Taiping tengah ketawa on the way ke Penang.  Bila dah tua-tua ini kita langsung tak ada perasaan marah. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan sendiri. Kita telah, orang kata, “menerima seadanya.” Lagipun bukan salah Staze. Aku yang lambat confirm.

Aku kemudian call Bruce kalau-kalau dia sanggup turut serta. Bruce ok saja. Aku menarik nafas lega. At least ada member ride sekali tak adalah ride sorang diri. Nak pergi Penang ni. First time ride jauh. Bukan tak berani. Tapi biasalah. Persahabatan Gay.

***

Ahad, jam 3:30 pagi Aku bangun mandi. Pukul 4 Aku bertolak dan 4:30 sampai di RNR Sungai Buloh. Dari situ, dengan Bruce, dalam pukul 5:00 rasanya kami bertolak ke Penang. Berhenti breakfast di Hilir Perak jam 7:00. Itu pun sebab Muluk dah habis minyak. Refill dan rehat sekali.

 

View this post on Instagram

 

Today i’m vincent van gogh-ing for a long trip #triumphscrambler #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ride waktu subuh adalah satu pengalaman baru bagi Aku. Suasana sejuk seperti ada hantu bertiup di tepi. Kereta tak banyak namun suasana gelap, macam malam. Oleh kerana jalan highway kosong, ada masanya Aku pecut sampai ke 160 km/j. Muluk mulanya memang steady tapi sampai laju macam ini, Aku yang rasa nak melayang. Mungkin berat badan Aku tak berapa nak mari, yelah. Kitakan long distance runner.

Ada sesetengah tempat yang jalannya berkabus tebal. Seperti, kita menerobos ke dalam kabus yang melindungi jalan. Seperti, kita melangkah ke hadapan yang penuh misteri dan ketidaktahuan. Agak bahaya sebab tak nampak depan tetapi mesej dia mudah. Kadangkala kita kena juga move forward in order to fulfil  the journey. Suasana sebegini mengingatkan Aku beberapa tahun dulu memandu di Ranau seorang diri subuh hari untuk lari trail dalam kebun teh. Janganlah harapnya, disebalik kabus itu ada lembaga-lembaga yang tak diingini. Sebab dulu di Ranau memang ada lembaga mata merah. Tapi bila sampai dekat rupanya lembu.

Kami masuk Penang ikut jambatan baru. Ingatkan tak kena bayar tol sebab Menteri Guan Eng dah umum tol Penang untuk motor akan dihapuskan. Rupanya awal tahun depan. Agak jilake sebab IC dan kad touch n go Aku dua-dua rosak tak boleh pakai entah kenapa. Akhirnya terpaksa pinjam IC Bruce maknanya Bruce swipe tol dua kali. Nasib baik boleh sebab masuk je kena tol. Keluar Penang tak kena.

Jam 9:30 kami sampai Sunshine Square. Pukul 10 baru mall buka. Jarang sampai awal setengah jam dalam hidup. Paling rekod pun sampai 10 minit awal. Lepas parking depan CIMB bank yang mesti menjadi tempat paling akhir pencuri nak datang, tanpa buang masa, Aku terus masuk dan jumpa tuan kedai untuk dapatkan Suunto Kailash terakhir di Malaysia. Tuan kedai David, agak ramah dan memberikan layanan paling istimewa. Mungkin dia excited sebab ada orang sanggup datang dari KL untuk beli jam dengan dia. Dia siap panggil Aku abang macam dia kahwin dengan adik Aku. Baru Aku faham rupanya dalam Lazada itu adalah affiliate dia. Patut la lama sangat nak confirm. Orang yang buka kedai di Lazada tak sama dengan yang buka di Sunshine Square Penang.

Asalnya Aku memang nak beli Kailash Carbon. Tapi bila dah tengok depan mata, nampak Kailah Cooper lagi mari dan mengancam. Level premium Kailash Carbon agak terlebih berbanding Carbon yang flat hitam. Rasa macam tak cukup puas bayar mahal untuk carbon. Bila Aku hidupkan Kailah ini buat pertama kali dan setelah berjaya pair dengan iPhone Aku, terdetik dalam hati begini.

“Terima kasih tuhan. Akhirnya, Kau makbulkan juga harapan Aku nak meng-Kailash”. Tuhan mungkin tersenyum mendengar kata-kata ini namun yang pasti yang tersenyum itu adalah Aku. Tidak Aku ketahui rupanya hari ini Aku bakal di-Kailashi.

Aku telefon Staze tanya dia di mana, sama ada dah check out atau belum sebab semalam dari Taiping, dia terus ride ke Penang. Staze bagi Aku location kedai nasi kandar lalu kami terus sahaja kesana untuk berjumpa.

***

Hari semakin panas terik. Kepala Aku macam pening-pening lalat. Rasa mengantuk mula tebal dalam mulut sehinggakan Aku terpaksa menguap tanpa rela, demi untuk membenarkan Sang Mengantuk ini terbang hilang dari Aku. Pertama, Aku bukan morning person. Bangun 3:30 pagi memang satu faktor utama selain faktor utama yang kedua adalah dah ride dari KL ke Penang pagi tadi. Bila Aku cuba ingat kembali dengan penuh effort ( apabila kita tak cukup tidur 8 jam sehari, memori kita mula sengal dan upaya untuk fokus semakin sayur ) rupanya malam tadi Aku tidur dalam jam 11. Maksudnya, dari jam 11 malam ke 3:30 pagi, Aku cuma tidur 4 jam lebih. Separuh dari sepatut.

Masa berborak dan makan dengan Staze dan Bruce, Aku rasa macam terapung. Mata menjadi merah sampai Staze perasan. Kata dia, kalau kita ride balik sekarang memang jackpot korang berdua. Bruce pun sama. Bingkai mata dia seakan Panda.

Akhirnya kami ambil kata sepakat untuk pergi jumpa pakar urut badan paling hebat di Penang (harapnya). Kami urut kaki sejam dan urut badan sejam. Harap dengan sessi urut ini dapat refresh diri. Tapi sebenarnya taktik kami adalah nak tumpang tidur sambil melemak diri. Staze dan Bruce, bila letak kepala sahaja terus berdengkur. Aku sebaliknya, memang susah nak tidur kalau bukan katil Aku. Dahlah begitu, yang urut Aku Mat Jantan. Walaupun yang urut Staze dan Bruce adalah perempuan cina tua, paling tidak keselamatan mereka tidak terancam. Tangan yang membelai mereka ada perasaan kasih berbanding tangan yang membelai Aku. Akulah yang paling lega.

Jam 2 petang kami bagaikan hidup semula. Aku siap mandi dekat sinki toilet kedai. Kalau ada pemberian markah kesedaran diri skala refresh, kami mungkin skor A+++. Segala mengantuk telah hilang dan lemau-lemau  badan telah terbenam hilang disedut tangan Mat Jantan dan dua amoi menopause. Kami bagaikan bertenaga dan kalau disuruh sambung ride ke Hatnyai, memang tidak ada hal. Ternyata keputusan untuk ke kedai tapak kaki tendangan angin puyuh, membawa hasil lumayan.

Kami bersiap-siap untuk pulang. Di dalam bayangan hati Aku, terpampang wajah EL dan NIA sedang menanti kepulangan abahnya seorang rider berjam baru.

***

Kami ride keluar Penang melalui jambatan baru. Staze depan sekali diikuti Bruce macam biasa, manakala Aku adalah sweeper terakhir. Kami singgah Petronas Juru isi minyak sambil minum air basuh muka amik air semayang bagai. Aku tanya Staze kalau hujan macam mana? Staze kata terus sahaja. Aku kata pada Staze kalau hujan berhenti kejap, nak pakai baju hujan, Staze kata ok. Langit waktu itu cerah amat. Tidak ada tanda hujan namun hati Aku merasakan sebaliknya.

Kami kemudian sambung ride. Angin yang bertiup tiba-tiba lebih sejuk dari biasa. Dari jauh Aku lihat awan mula mendung. Ada panahan petir yang menembak bumi. Beberapa ketika kemudian, Staze menyalakan signal kiri sambil angkat tangan dan kami semua berhenti tepi. Masing-masing bagaikan sudah faham. Tanpa berkata, masing-masing mengeluarkan baju hujan. Apabila melihat Staze memakai seluar hujan, baru Aku teringat. Aku hanya ada windbraker Nike yang Aku beli waktu gila lari dulu. Nampaknya seluar memang confirm basah macam hari tu. Bila semua dah bersiap berbaju hujan, kami sambung ride.

Tak berapa lama lepas itu hujan turun. Hujan memang tak ada kasi can, tak ada pace slow terus full swing lebat. Seingat Aku, ini adalah kali kedua atau ketiga Aku ride dalam hujan tapi untuk skala kelebatan macam ini, ini adalah first time. Kali pertama pun dengan Staze juga masa teman dia pergi collect Ducati. Tapi itu kami ride perlahan. Kali ini, Staze macam tak peduli hujan. Makin lebat, makin laju nampak.

Sebagai rider baru, sudah tentu hujan merupakan cabaran bagi Aku. Jalan, memang Aku anggap licin. Staze banyak bawak kami masuk lane emergency. Ini lebih-lebih lagi apabila kereta mula banyak dan mula jem. Jalan pada lane emergency agak kosong. Kalau ada motor lain pun, kami lebih laju dari mereka.

Aku fikir mungkin ada faktor size tayar motor. Kalau kapchai, tayar lebih nipis. Bila nipis, cengkaman pada jalan mungkin kurang. No wonder bila hujan, ramai rider kapchai akan berhenti bawah jambatan. Manakala rider yang motor lebih besar, biasanya mereka redah hujan. Sepanjang jalan memang hujan lebat. Setiap kali lalu bawah jambatan, tidak ada motor besar yang berhenti. Yang motor kapchai berlambak.

Oleh kerana Aku tidak ada seluar hujan, maka seluar jeans Aku basah kuyup. Air hujan yang kena pada seluar makin lama makin banyak dan seluar Aku akhirnya lencun. Lama kelamaan, Aku dapat rasa yang air sudah mula masuk dalam kasut Aku. Terasa seperti kaki kita berenang dalam kolam swimming pool. Rasa berat pun ya juga dan paling pasti, rasa sangat tidak selesa. Tiap kali tekan brek kaki, rasa semua air turun ke bucu depan berjemaah sambil bergelak ketawa macam turun slide sunway lagoon agaknya.

Ada masa dimana kadang – kala Staze masuk semula ke lane highway bila depan ada banyak motor kecil. Bila motor kecil ini sudah dipotong, Staze bawak semula masuk lane emergency. Ada satu ketika bila tiba-tiba kereta menjadi bottle neck. Daripada kereta begerak perlahan, kereta tiba-tiba berhenti. Dari jauh boleh lihat lampu brek belakang menyala seperti domino jatuh satu persatu. Dan bila ini berlaku, kalau berada dalam lane highway, Staze akan masuk ke lane emergency kerana lebih laju disitu daripada mencelah.

Ada satu masa kami sedang ride dalam lane highway dan kereta berhenti secara tiba-tiba membuatkan Aku terpaksa brake emergency. Motor ok tapi Aku terasa ada sedikit slide atas air. Mungkin kerana motor Aku ada ABS maka ia lebih selamat. Namun yang tak selamat adalah apabila Aku brek tepi lori. Aku rasa kalau motor Aku tidak ada ABS, boleh jadi hari itu Aku cium bucu kayu lori. Ini semua sebab Aku tak ikut belakang tetapi Aku ikut tengah-tengah. Agak adrenalin juga darah first time emergency brake dalam hujan licin dan nyaris nak tibai lori. Yang lagi cibai sebab kereta sebelah lori tu rapat sangat ke lori membuatkan ruang tengah agak sempit.

Apabila hujan semakin lebat, pandangan mata menjadi kabur. Untuk Aku mengikut Staze dari jarak jauh kadang kala buat Aku tertinggal belakang. Motor Staze senang nak cam sebab ada kotak kiri kanan. Motor Bruce susah nak cam sikit. Kadang-kadang Aku terpaksa sapu air hujan yang kena pada visor helmet dengan tangan yang ada glove.

Makin lama ride makin rasa sakit punggung. Rasa punggung jadi keras macam mana pun Aku tak reti nak explain. Tapi memang lenguh gila. Kita rasa duduk atas seat motor yang span tebal tapi bila dah ride lebih dari sejam, rasa macam duduk atas lantai surau yang tak ada karpet. Kaki, apabila lama berada dalam posisi yang sama juga menyakitkan. Kalau tak lunjurkan kaki, rasa macam darah tak berjalan pada kaki. Rasa kebas pun iya jugak. Bila tiba part perlahan, Aku tidak teragak-agak untuk berdiri sambil ride. Hilang sekejap lenguh badan kaki tapi azab kelenguhan ini hanya tuhan yang tahu. Lagi satu takut kaki cramp pun ya jugak.

Perjalanan dari utara ini boleh Aku katakan agak mencabar dalam suasana cuaca sebegini. Akhirnya kami berhenti di RNR Tapah seperti yang dijanjikan. Waktu itu dah hampir nak senja. Sebenarnya Aku ketinggalan belakang. Bruce dan Staze dah hilang entah kemana. Bila Aku parking di RNR Tapah dan cuba call mereka, tiba-tiba dari belakang mereka sampai. Rupanya Staze dan Bruce tunggu Aku di exit susur keluar Tapah. Staze lupa nak bagitau yang better lepak luar exit sebab dekat RNR Tapah memang jem dan crowded gila. Lagipun tak boleh hisap rokok. Betul juga. Tapi oleh kerana awal tadi dah janji nak berhenti sini, maka nak buat macam mana. Kalau Aku tak tertinggal jauh tadi mungkin Aku boleh follow saja.

Kami berhenti makan malam. Aku terpaksa buka kasut dan jalan hanya dengan stokin untuk beli makanan. Bukan apa, Aku buka kasut sebab nak buang semua air yang ada dalam boot. Aku terbalikkan kasut bawah meja. Seluar memang basah kuyup. Sejuknya sampai menggeletar.

Oleh kerana RNR Tapah ramai gila orang, nak beli air dan nasi agak lama  beratur. Paling lama adalah masa nak beli nasi. Couple yang depan Aku memang menguji kesabaran dan iman. Punya la lembab nak pilih lauk. Lain kali, decide nak amik lauk apa, masa orang lain amik nasi kat depan. Senang. Bila sampai turn kita, terus kita mintak lauk apa yang kita nak. Ini masa tu la nak fikir lauk apa, masa tu la nak tanya lauk lain tak ada ke, masa tu nak tanya “Yang u nak makan lauk apa?”. Agak 15 minit jugak nak pilih lauk. Aku toleh belakang tengok muka orang belakang Aku macam nak tampar couple lembab kat depan ni.

Aku rasa dalam dunia ini manusia kekal terkebelakang dalam semua hal kerana mereka sentiasa lambat dan lembab. Diari kehidupan sangat terhegeh-hegeh sampai hilang banyak peluang. Nasib baik Aku orang yang sabar. Aku rasa, kalau kita nak ubah nasib kita, kita kena ubah cepat-cepat.

Hari semakin gelap. Burung-burung terbang keluar dari pokok dan kemudian terbang semula ke pokok. Staze dan Bruce sempat membicarakan teori kenapa burung yang terbang dalam kumpulan yang ramai ini tidak terlanggar sesama sendiri. Teori Staze adalah mungkin burung juga mempunyai aura. Maka sebab itu mereka tak terlanggar sama sendiri. Aura ini menjadi benteng diri. Teori Bruce pula mungkin burung menggunakan sonar. Lapisan sonar ini menyebabkan ada dinding yang protect mereka dari berlanggar sesama sendiri. Aku katakan mungkin dalam kumpulan burung itu ada Marshal macam Staze. Yang bagi arahan untuk terbang kekanan atau kekiri.

Bila dah kenyang kami sambung ride semula. Sebelum terus masuk ke highway, kami refill minyak sekali lagi. Stage 1 pada Aku telah tamat. Stage dimana ride dalam hujan lebat, licin, jem banyak kereta, lenguh satu badan dan basah kuyup. Aku terfikir apakah pula cabaran stage 2 kelak.

***

Stage 2 rupanya cabaran dia makin up. Agaknya seperti orang zaman dulu yang berkeputusan untuk mendaki gunung Kailash, of course, kalau di kaki gunung nak naik cabarannya tak macam dah ada kat tengah-tengah nak naik ke puncak. Lagi tinggi nak naik, lagi hebat dia punya challenge.

Oleh kerana kami bergerak dari Tapah waktu maghrib, maka hari semakin lama semakin gelap. Gelap dalam hujan ini rupanya ada beza dengan gelap hari tanpa hujan. Gelap dalam hujan lebih pekat. Campur dengan air hujan singgah pada visor, oh…. pancaran cahaya lampu belakang kereta membias agak besar menyebabkan lebih kabur.

Aku follow Bruce dari belakang dan Bruce follow Staze. Kami laju di lane kecemasan kerana kereta memang masyallah banyak macam di Mekah orang buat Sai’e. Beza ride di lane kecemasan waktu tadi dengan sekarang adalah lebih ketara. Kalau siang tadi boleh nampak air bertakung tapi bila dah malam, air bertakung dengan tidak sama sahaja ketidaktahuannya. Banyak kali langgar air bertakung sampai dah malas angkat kaki. Kalau ikut Bruce dekat sangat, air percikan dari tayar dia macam simbah ke muka Aku suruh bangun pagi. Lalu Aku buat keputusan untuk ikut Bruce jarak jauh. Aku fikir, kalau Staze brake emergency (manalah tahu), diikuti dengan Bruce dan Aku yang rapat, mau jadi sandwich kami 3 orang. Agak B2B threesome cuma kalau begini jilaka la. Bukan apa. Sapa nak B2B dengan kawan sendiri. Ingat LGBT apa.

Bila Staze masuk semula ke lane highway, ada sedikit kelicinan bertambah yang dapat Aku rasa bila tayar berselisih atas line putih pemisah jalan. Ada juga masa Aku rasa terslide kalau masuk lambat maksudnya, tayar berada atas line putih lama. Kalau masuk laju, kurang sikit. Ini satu lagi bahaya kerana kalau tak betul-betul boleh tergelincir.

Dari jauh Aku nampak Staze mula nyalakan hazard light. Bagus juga fikir Aku sebab memang skala pandangan sangat kabur dan sukar. Mata Aku hanya tertumpu pada hazard light Staze dan agak lama Aku follow.

Namun makin lama Aku follow makin slow Staze bawak. Aku macam heran sebab tadi kemain ribut redah hujan. Ini kenapa makin perlahan. Akhirnya baru Aku perasan rupanya Aku dah follow salah rider. Bila Aku sedar, Aku amik kesempatan untuk cepat-cepat potong.

Rupanya bila ride dengan member, kita sentiasa rasa selamat. Lebih-lebih lagi dengan yang berpengalaman macam Staze. Dia punya rasa safe lain macam. Sebabnya, Aku boleh follow Staze dalam keadaan laju walaupun sebenarnya Aku bukan kaki bawak motor laju. Aku rasa aura Staze yang positif mengembang buat orang yang keliling dia rasa hal yang sama. Macam teori burung tadi lebih kurang cumanya, aura burung buat mereka tak berlanggar sama sendiri manakala aura manusia, buat kita rasa apa yang orang lain rasa. Boleh jadi juga, kita ini sebenarnya menumpahan “limpahan aura” orang lain yang lebih tebal auranya.

Bila Aku dah lost seorang diri, elok daripada bawak laju Aku mula bawak perlahan. Rasa takut tiba-tiba datang dan kalau sebelum ini boleh ride laju semacam tiba-tiba rasa seram dan hilang confident. Aku kata pada diri Aku ini tak boleh jadi, Aku kena cari balik Staze sebab kalau berterusan macam begini, Ada yang Aku ride 50 km/j.

Oleh kerana Aku tak confident untuk laju pada lane kecemasan, Aku ubah masuk ke dalam highway untuk laju sikit. Dalam keadaan hujan, kereta agak perlahan berbanding motor. Cari punya cari, akhirnya Aku terjumpa sepasang couple yang ride BMW. Aku jadikan mereka ini sebagai point of view Aku.

Lama Aku follow couple ini. Namun entah macam mana, couple ini pulak semakin lama semakin slow. Hingga satu ketika Aku fikir, ahh… macam gini pukul berapa Aku nak sampai rumah. Aku decide untuk potong dan terus pecut dengan harapan boleh jumpa Staze atau Bruce semula.

Apabila terlalu lama dalam hujan, Aku dapati yang tangan Aku semakin menggeletar. Aku boleh bayangkan yang jari dalam glove ini dah kecut macam kena rendam dalam air lama. Bukan itu saja, malah, Aku rasa yang jari kaki Aku pun dah dua kali lima. Yang ini lagi pulak, all time berendam dalam air dalam kasut. Untuk hilangkan rasa menggigil, Aku menjerit menyanyi lagu setan apa pun Aku dah tak tahu. Rupanya teknik ini sedikit sebanyak membantu untuk mengalihkan fikiran daripada kesejukan. Namun bahayanya pulak teknik ini, ia mengurangkan fokus untuk ride laju.

Tiba-tiba dari belakang Aku nampak rider couple BMW tadi. Aku tanpa buang masa follow semula untuk maintain semangat lost seorang diri. Mungkin masa Aku menggigil tadi Aku tak sedar yang Aku mula ride perlahan. Sampai couple BMW ni potong Aku balik.

Tapi rider couple BMW ni macam naik sheikh pulak Aku tengok. Kejap masuk kiri, kejap masuk kanan. Dia punya mencelah, boleh tahan. Agar tak kehilangan, Aku terpaksa follow. Nak tanak ini adalah pelajaran baru bagi Aku iaitu mencelah antara kereta. Basically, sebelum ini memang tak pernah Aku ada hati nak mencelah-celah menyelit. Sudahlah terpaksa mencelah, dalam hujan lebat pulak tu. Aku follow kemana saja couple BMW ini pergi.

Sampai satu tahap baru Aku faham. Bila mencelah, memang kita lagi laju dari kereta. Sebelum ini, Aku rasa seram nak mencelah sebab Aku fikir buatnya masa tengah mencelah masuk kiri kanan sekali tiba-tiba, kereta yang kat belakang tibai kita. Aku rasa yang penting adalah kita kena ingat kereta yang kita potong itu. So, bila kita dah lepas, kita boleh tengok pada side mirror yang kereta yang sama dah jauh di belakang. Maksudnya, kita memang dah betul-betul jauh dari kereta itu.

Mencelah malam itu mengajar banyak hal bagi Aku. Satu lagi, bila mencelah zig zag, kalau dah lepas dari kiri nak masuk kanan, kena aware sama ada nak brake sebab depan ada kereta, atau terus mencelah masuk semula ke kiri. Kalau depan kosong, boleh speed laju sikit sampai terpaksa mencelah balik.

Ikut punya ikut, tiba-tiba dari jauh lampu brake kereta berdomino sampai pada penglihatan. Waktu ini Aku betul-betul di belakang rider couple BMW tadi. Bila Aku brake dan tengok no plate BMW ini baru Aku perasan. Rupanya selama ini Aku follow Staze. Bukan rider couple BMW pun. Tiba-tiba semangat Aku mula naik mendadak dangdut. Segala kesejukan, kegigilan, keseraman, hilang serta merta. Ibarat burung yang sesat seorang diri terjumpa balik marshal burung ketua ekspedisi. Waktu ini terpampang jelas perkataan, PAKATAN HARAPAN dalam makrifat Aku.

Seperti biasa, Staze mencelah kiri dan kanan. Kali ini Aku mengikutnya dengan lebih bersemangat dan aman. Aku dah mula nampak muka Aku senyum tengah terbaring santai di rumah sambil peluk EL.

***

Kami berhenti di tol Bukit Jelutong rasanya. Minum air, isap rokok, pergi kencing, isap rokok lagi. Aku tanya Staze mana Bruce. Staze kata Bruce pun dah hilang entah kemana. Aku tanya macam mana Staze boleh ada kat belakang tiba-tiba. Walhal Aku rasa, Aku yang tertinggal jauh di belakang. Rupanya Staze slow dan tunggu Aku. Mungkin kami tak selisih sebab Aku dalam lane highway manakala Staze dalam lane emergency. Tiba rasa macam gay sebab Staze sanggup tunggu. Ah… persahabatan sesama lelaki siapa yang boleh faham? Kami braderhud tilljannah, sejak kecil lagi. Sejak konek tak ada bulu sampai konek bulu putih.

Apapun hari ini memang jackpot gila. Boleh Aku katakan satu ride epik buat diri Aku. Pergi Penang subuh hari gelap gelita, balik pun gelap gelita. Pergi tak letih sangat, balik dah letih sikit penangan 750 KM. Pergi agak mengantuk sebab bangun awal sangat, nasib baik balik tak mengantuk sebab dah urut. Pergi tak hujan, balik hujan lebat. Sebab hujan lebat, balik up lagi, sejuk mengigil-gigil lencun. Jalan licin. Air bertakung. Kasut pun bertakung. Pandangan kabur. Salah follow rider. Lost seorang diri. Jem. Kereta banyak gila. Fuh…. memang cabaran dia gila. Skill ride naik Aku rasa hampir 500% dalam masa satu hari!

Bila sampai rumah Aku tarik nafas lega. Akhirnya kelas pelajaran ride on the ground Aku dah sampai penghujung. Sejurus matikan enjin Muluk, Aku fikir, apa Aku nak tulis untuk tajuk posting blog Aku kali ini? Tak semena-mena, idea muncul.

Maha Makbul.

“Kau sampaikan macam mana yang dikatakan Maha Makbul itu”

***

Aku rasa, Maha Makbul ini ada dua stage juga macam ride Aku hari ini. Pertama, tuhan maha memakbulkan, ini adalah benar, kalau kita sabar. 3 tahun Aku tunggu Suunto Kailash, akhirnya dapat juga Aku merasa keKailashan di tangan. Aku kira Aku antara peminat Suunto Kailash yang bernasib baik sebab dalam Malaysia ini, yang Cooper tu adalah yang terkakhir. Dah tak ada dah melainkan kena beli online dari luar negara kecuali beli yang Slate atau Carbon. Tak payah cari sebab Aku dah call semua dealer Suunto kat Malaysia ni.

Namun begitu, walaupun tuhan Maha Makbul buat yang sabar dan betul-betul meminta, tuhan memakbulkan juga satu lagi lapis atau satu lagi level yang lebih dalam lagi. Contohnya, disebabkan Aku nak sangat Suunto Kailash, ok Dia bagi. Dan dia bagi juga Aku penangan Kailash itu sendiri. Macam mana Aku nak cerita eh?

Suunto Kailash ini Suunto design untuk mereka yang dahagakan adventure. Untuk yang nak explore potensi diri, atau untuk yang nak mengembara zahir batin. Sebab itu namanya Kailash. Diambil namanya sempena sebuah gunung suci di Tibet. Sisipan tentang Gunung Kailash dari blog Aku dulu :

“Gunung Kailash ( atau Mount Kailas; Kangrinboqê ) ni adalah antara gunung paling holy di dunia dan terletak di Tibet dengan ketinggian 22,027 kaki atau 6714m. Bagi pengikut agama buddha, hindu, jainism, bon, Kailash adalah centre of the universe. Kailash adalah “the seat of all spiritual power”. Kailash adalah “the residence of Shiva” (Shiva duduk disini bermeditasi) dan “the home to the supreme bliss Buddha”.”

Pada zaman dahulu, orang datang ke Gunung Kailash untuk memenuhi tuntuan rohani dan jasmani. Adalah satu ibadah untuk datang tawaf ke sini.

So, since dah pakai Kailash, maka tuhan bagi cash sifat ke-adventure-an itu pada Aku sebaik sahaja Aku pakai kat tangan. Cash payment adventure ini bukan sahaja menuntut fokus pada fizikal tetapi juga pada mental dan spiritual. Tuhan bagi Aku rasa, macam mana yang dikatakan “kailash” itu. Nampak macam ride motor jalan mendatar tetapi hakikatnya hari itu Aku naik gunung dengan Staze sebagai lead dan sifu rider.  Itu yang jalan balik lagi up dia punya challenge berbanding jalan pergi. Nampak tak permainan tuhan macam mana.

Ibarat kata, “AKU bukan setakat boleh makbulkan apa yang kau nak, malah AKU boleh makbulkan juga apa yang kau rasa kau nak”.

***

Dalam hidup kita harus berhati-hati dengan apa yang kita minta. Tuhan akan memberi dan memakbulkan kehendak terdalam diri kita. Sekiranya kita hit the point masa mintak apa yang kita nak tu ditambah waktu itu, connection laju macam unifi 1000 GB, memang kita akan dapat apa yang kita nak. Malah, bukan itu sahaja, kita dapat sekali pakej yang datang dengan apa yang kita mintak itu.

Ada orang nak jadi kaya. Tapi dia lupa, kekayaan datang dengan ujian. Misal contoh, ujian income tax sampai beratus ribu. Ada orang nak anak. Tapi dia lupa, anak datang dengan ujian kesabaran. Kesabaran melayan karenah anak yang tak reti bahasa. Ini baru contoh pakej yang mudah. Belum yang menguji tahap gaban seperti contoh anak sakit lukemia. Macam – macam lagilah kalau nak bagi contoh tapi kesimpulannya, bila tuhan makbulkan kehendak kita, spin off kemakbulan itu jangan sampai tak terduga.

Dalam quran ada ayat yang tentang ini. Ayat betapa, threshold kurniaan tuhan, unlimited. Kerana limpahan kurnianya yang sangat besar, apa yang diberi, sebenarnya adalah untuk kebaikkan kita di masa hadapan. Walaupun masa kita terima itu kita tak nampak lagi apa yang seterusnya nanti.

Quran 3:74 Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

He specifies His mercy for whomever He wills. God is Possessor of Sublime Grace.

Tagline Suunto Kailash bunyinya begini. “Do you belong?” Adakah kita sentiasa dalam limpahan hadratNya?

Info Ride

Nasib baik esoknya panas. Kering semua benda.

Kinrara Residence > Sunshine Square Penang > Nasi Kandar Kampung Melayu > Kinrara Residence. Rekod baru tercipta, satu hari 750 KM. Google Map

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejarah Triumph

Ada banyak video ceramah youtube pasal sejarah Triumph. Namun, yang paling Aku rasa wajib layan, adalah yang dibawah ini. Motor pertama Triumph adalah pada tahun 1902. Dalam video ini ada satu motor Triumph plate 29. Itu fasa pertama manakala fasa kedua Triumph bermula pada tahun 1920.

Kalau dah jodoh memang tak kemana. Plate Triumph Aku, 219. Tapi ini Aku pilih bukan sebab sejarah Triumph. Sebab semua nombor plate decepticon Aku, 219. Nombor ong Aku. Saja nak cerita sebab tak ada idea nak panjangkan posting ini. Pendek sangat.

 

Ride #11 – Maha Menyendiri

Quran 42:11 Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Originator of the heavens and the earth. He made for you mates from among yourselves, and pairs of animals, by means of which He multiplies you. There is nothing like Him. He is the Hearing, the Seeing.

***

Kerana dunia ini terlalu sibuk, hiruk, pikuk, terlalu bising sehingga tidak tahu lagi siapa yang sedang bercakap dan siapa yang sedang mendengar, maka menyendiri itu perlu kerana ia adalah rahsia keseimbangan untuk terus belajar, dan terus faham.

Namun, apabila “terlalu lama” menyendiri, agak kekok untuk “masuk” semula dalam dunia yang kecoh dengan hal-hal seharian hari ini untuk esok. Bagaikan kata-kata ini dibisukan. Idea-idea dimatikan. Pada anak mata ini kilauan cahaya untuk memandang, sudah pudar.

Apakah tidak ada lagi patah kata dari mereka, yang tidak membosankan? JawabNya : Tidak akan ada, selagi semuanya cerita mereka dan tidak ada satu pun cerita AKU.

Menyendiri awal mulanya sepi. Segalanya didiamkan dan telinga itu, memilih untuk mendengar yang sepatutnya didengar sahaja.

Kata Rumi, “Ada suara yang tidak menggunakan kata-kata. Dengar…” Dan kata Rumi lagi, “Lebih senyap anda menjadi, lebih senang, anda mendengar”

Sepi memakan masa, namun di dalam sepi, boleh terjadi, seseorang mengenali. Lalu ini menjadikan hati, dipenuhi. “Content” adalah perkataan lainnya, seseorang yang menyendiri kosong, berubah menjadi seseorang, yang dilengkapi, lalu kerana telah “dilengkapkan”, jika terpaling lengkap, ia lebur….

Ketika ini, menyendiri bukan lagi menyepi. Menyendiri ketika ini, adalah apabila melihat segala kisah, segala hal, tiap cerita, tiap kata, tiap cahaya, bersatu menjadi SATU. Apabila ini dapat difahami, yang mana yang selainnya?

“Diam adalah bahasa tuhan. Selain daripadanya adalah cuma, translasi yang lemah” Juga, kata Rumi.

Maka benarlah kata orang melayu dulu. Diam-diam ubi, berisi……… Untuk faham, kita harus diam. Untuk mengenali, kita harus menyendiri. Bersendiri beserta.

***

Ride baru ini Aku naik Genting secara solo. Ikut Batu Caves > Hulu Yam > Batang Kali dan sampai Starbuck Awana. Menariknya kali ini, masa Aku ride dari bawah, ada 2 rider lain yang tak dikenali ride sekali dengan Aku. Sebijik Aprilia, sebijik lagi Harley. Aprilia ini ada awek bonceng tonggek baik punya. Rupanya bila sampai atas, 2 rider ini Mat Salleh.

Elok Aku park motor, rider Aprilia Mat Salleh dengan awek cina ini ajak Aku minum join sekali. Aku duduk dan kami berbual tentang kerja masing – masing. Rider Aprilia ini namanya Kevin. Kerja Oil & Gas dan sekarang tengah pening kepala sebab payment job sebanyak 5M masih tak masuk-masuk lagi. Manakala seorang lagi rider Mat Salleh yang namanya Doug, rider ini agak senior dan misainya panjang. Sekali imbas boleh ingat dia ini yang berlakon dalam Reality TV Orange County Chopper sebagai Paul Senior.

Awek cina ini dari Singapore. Baru datang KL, nak cari kerja. Aku tanya dia Singaporean ke. Dia kata dia Indonesian. Punya complicated awek ni tapi Kevin kau memang muka ada sinyum Aku tengok.

Aku sebenarnya bukanlah ramah sangat. Malah bukan jenis yang bersosial boleh warm dengan orang yang tak dikenali. Tetapi kalau sudah rapat, Aku boleh jadi seorang sahabat sampai mati. Agak kekok sebenarnya bergaul dengan rider lain yang kita tak kenal, tapi ini adalah sesuatu yang baru Aku belajar. Lagi kekok, nak berbual pasal motor. Walaupun Aku ride Triumph, macamlah Aku pakar sangat motor-motor lain. Aku rasa Aku banyak mendengar dari bercakap.

Tapi Kevin agak terkejut bila dia tanya Aku sebelum Triumph pakai motor apa. Aku cakap ini motor first Aku. Kevin lagi terkejut bila Aku cerita yang Aku baru dapat lesen beberapa bulan lepas. Dia kata patutlah masa ride tadi dia tengok Aku bawak penuh sopan santun. Aku rasa Mat Salleh memang pandai cakap berlapik. Oh ya, seorang lagi rider adalah Chris. Seorang cina yang bawak motor apa Aku tak sempat tengok.

Kami kemudian bawa hala tuju masing-masing bila hari mula mendung macam nak hujan. Dari Starbuck Awana, Aku ke Starbuck Equnie jumpa Yuseri untuk bincang pasal projek baru.

Oh. Ini first time Aku guna Go Pro dan cuba rekod setelah klip yang Aku beli dari Lazada sampai dengan jayanya di rumah. Nak edit masuk lagu punya susah. Berkarat skill rupanya. Rasa macam nak beli drone yang boleh follow kita bila ride. Itu pun kalau ada. Lepas buat video ini Aku layan sendiri rasanya ada 1000 kali. 😀

Info Ride

Banyak – banyak route yang Aku dah lalu sejak mula menjadi rider, Aku rasa route dari rumah Aku ke Genting adalah paling terbaik berbanding yang lain. Seakan, route ini memberi pelajaran segala segi buat nubis seperti Aku.

Daripada jalan besar 2 lane banyak kereta MRR2, masuk jalan kecik banyak traffic light Batu Caves /  Selayang, masuk jalan corner Hulu Yam, masuk pekan cina, masuk semula jalan corner besar dan luas Batang Kali, naik bukit, sampai Starbuck genting, kemudian turun Genting turun bukit jalan corner kecik, masuk highway karak masih corner luas kemudian jalan besar dan kembali semula ke MRR2. Kemudian masuk Highway Mex jalan highway straight panjang dan exit Seri Kembangan / Equine sampai Starbuck Equine. Kemudian balik rumah ikut jalan dalam, jalan kecik sampai Kinrara Residence.

Ini route dia buat pedoman.

Google Map

Kenapa Muluk adalah seekor Triumph

Ada satu terma yang dipanggil, Brand Racism, dimana, racist kepada sesuatu brand. Tanpa sedar, kita hari ini sedikit sebanyak telah termakan dengan agenda ini, jika kita tidak berhati-hati. Hakikatnya, bagi Aku, setiap yang ada di dunia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Lalu, melalui kekurangan dan kelebihan inilah, sesuatu itu diminati, atau dipercayai, atau dikehendaki oleh konsumer.

Sesetengah orang hanya minat kepada sesuatu brand sahaja. Mati hidup baliknya, ia akan memperjuangkan brand itu. Memilih brand itu juga, menunjukkan bukti bahawa “the sense of belonging” kepada brand tersebut, adalah satu tool yang powerful, digunakan oleh brand owner dalam melariskan produk yang dijual. Boleh tengok dalam kes Apple vs Androids.

Namun ada juga orang yang minat atau berbaiah kepada multiple brand. Aku mempunyai seorang kawan yang mempunyai kesemua Mercedes, BMW dan Audi di rumahnya. Yang ini gila kereta. Manakala yang tegar pada motor pula, misalnya Staze. Di rumahnya dalam satu masa ada 5 biji motor daripada macam – macam brand seperti BMW, Kawasaki, Honda, dan dua lagi Aku telah lupa. Ini menunjukkan bahawa, ada kategori manusia dimana tidak tertakluk pada brand tertentu sebaliknya meraikan semua brand ini dalam masa yang sama.

Jika semua orang minat pada satu benda yang sama, dunia ini akan kelam. Tidak ada kepelbagaian menunjukkan bahawa, betapa tuhan itu langsung tidak maha. Kerana tuhan itu maha, maka kerana itulah, terdapat kepelbagaian yang inifite, memberikan ruang untuk memilih, bagi sekalian manusia seluruh alam.

Di era moden ini, branding adalah bukan sekadar pada nama atau harga. Level yang lebih dalam lagi adalah bagaimana sesuatu branding ini boleh “capture” dalaman konsumer yang tersembunyi jauh, tidak terlihat. Branding bukan lagi apa yang dilihat oleh mata, tetapi apa yang dirasai oleh hati dan apa potensi bakal, yang hanya diterjemahkan pada masa akan datang.

***

Sebelum ini Aku telah tulis kenapa Aku memberi nama Muluk kepada motor Aku. Namun, tidak pula Aku tulis, kenapa, Muluk, adalah seekor Triumph.

Jika ada yang bertanya kenapa memlih Triumph, ini adalah essence disebalik yang Aku rasa, ada kaitan dengan hidup Aku.

Ini adalah jawapannya.

“Memberi semua yang kita ada, agar kita boleh memberi lebih lagi”

Tidak ada yang mustahil

Sebagai manusia, kita memang selalu diuji. Kita diuji dengan ketidak-adaan apa yang kita mahu. Itu biasa berlaku, dimana, kita diuji dengan kekecewaan apabila gagal memperoleh apa yang kita mahu. Ustadz atau ulama, bila ditanya hal begini, mereka akan kata, tuhan lebih mengetahui atau mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Dalam kes Aku, ujian Aku agak berbeza dan boleh Aku katakan, Aku diuji dua kali ganda daripada manusia biasa. Aku mula – mula diuji daripada kekecewaan tidak memperoleh apa yang Aku mahu, dan kemudian Aku diuji dengan dilema pilihan, yang mana satu Aku mahu.

Pada 23 Julai 2018, kedua-dua motor yang Aku dah letak booking fees, secara ajaibnya lulus. Dan ajaibnya lagi, kedua – dua berita loan approval ini Aku terima pada hari yang sama. Aku sertakan screenshot mesej agar cerita ini bukan cerita fiksyen. Satu dari Tim, satu lagi dari Major Ahmad. Kedua – dua mesej Aku terima pada petang hari dan beza antara dua mesej ini cuma 11 minit.

Daripada marah tak dapat motor, redha, akur ketentuan tuhan, sekarang tuhan bagi kedua-dua motor. Terus Aku teringat :

Quran 55:13 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Barangkali, tuhan berkata begini kepada Aku. “Kau nak sangat motor… sekarang Aku bagi kau dua. Amacam?”

***

Cinta pertama Aku adalah Triumph Street Scrambler. Namun kerana macam tak dapat, Aku decide untuk cuba jatuh cinta kepada Ducati Monster 797. Kalau dapat Triumph Street Scrambler, dikira anak dara. Ducati Monster 797 pula, janda.

Bulan-bulan nak bayar anak dara ni almost RM1200. Manakala janda, murah sikit sebab consider 2nd hand, cuma almost RM500. Hantaran untuk Triumph, RM64k manakala Ducati, RM38K.

Yang mana satu Aku nak? Salah satu? Atau kedua-duanya sekali? Tidak pernah terfikir untuk Aku berpoligami motor walaupun pernah berfikir untuk poligami isteri. Sebulan nak kena keluarkan RM1700 tu. Kalau ada 2 motor lepas ni kalau tetiba nak poligami isteri, sakit perut juga tapi kalau ikut logik, kalau nak ada 2 motor pun bermasalah, apa kejadah nak poligami isteri?

Untuk menolak Triumph Aku rasa memang patut sebab tempoh nak approve loan memang lama gila. Untuk menolak Ducati Aku rasa tak patut, sebab atas kerja keras Tim, tak sampai 2 minggu loan approve. Tim siap mesej, “Sampai Jadi”. Melalui mesej Tim ini, baru Aku tahu lagu “Sampai Jadi” ini. Namun begitu, loan lambat approve bukan salah Triumph. Ini kisah kenapa loan lambat.

Triumph menghantar loan application kepada 2 tempat. Pertama Bank Muamalat dan kedua Aeon. Dalam kes Aku, Bank Muamalat tak lepas atas alasan paid up company Aku tak tinggi. Untuk menangkis hal ini, Aku hantar screenshot berapa keping bank statement Aku pada Major Ahmad bukan sebab riak tetapi sebab marah kenapa bank tak tengok balance akaun company. Namun pasti bank mempunyai alasan mereka tersendiri.

Semasa Aku ke Fast Bikes JB, barulah Aku tahu kenapa masalah loan nak approve ini menjadi masalah dunia sejagat. AEON, memang lembab macam gampang. Sebelum Aku cerita detail, biar Aku jelaskan dulu kedudukan permohonan application Aku. Aku booking sebelum zaman GST. Bila lambat nak approve, kerajaan bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. GST dimansuhkan.

Bila GST dimansuhkan, berlumba – lumba orang beli motor malah kereta kerana rata-rata, harga motor dan kereta turun banyak. Dalam kes Triumph, harga asal RM64 K turun kepada RM60 K. Oleh kerana terlalu ramai orang mengambil peluang untuk beli motor dan kereta, application yang masuk kepada AEON banyak gila.

Apabila ini berlaku, AEON gagal untuk menangani kejadian application banyak secara tiba-tiba ini. Ada 5 kes untuk Triumph JB dimana 5 application yang masuk ke AEON, hilang tengah jalan. Maksudnya, salesman dah key in application dalam database, tapi data tak masuk dalam sistem AEON. Customer mengamuk call owner Triumph Fast Bikes dan Dato siasat kes ini kerana tidak mahu membabi buta menyalahkan staff dia yang sudah buat kerja. Bila siasat, memang betul bukan masalah Triumph, tapi masalah AEON.

Semasa Aku buat terjahan ke Fast Bikes untuk tanya status application Aku, ada 2 customer yang sama datang waktu itu, juga mahu kepastian apa yang sedang berlaku. Ini bermaksud, bukan Major Ahmad tak buat kerja, tapi memang AEON credit yang tidak menang tangan. Sebab itu Aku katakan tadi. Untuk menolak Triumph kerana loan lambat approve, agak tidak adil juga.

Menolak Triumph ibarat menolak cinta pandang pertama. Menolak Ducati, ibarat menolak cinta yang datang kepada kita dalam keadaan kita tidak menjangka. Setelah berfikir dalam-dalam, Aku memohon petunjuk kepada tuhan untuk menyelesaikan hal ini. Ini kerana, jika Aku fikir bersendirian, memang dua-dua Aku amik dan Aku beli!

Seperti dua gambar sekeping Triumph dan sekeping Ducati yang telah Aku letakkan dalam posting sebelum ini, keputusan membeli motor yang mana sememangnya telah kamu ketahui. Ini pula gambar keadaan garaj di rumah Aku setelah tiba – tiba menjadi rider.

Dunia ini sebenarnya, tidak ada yang mustahil. Bayangkan ada kisah seorang manusia, yang tidak pernah reti bawak motor seumur hidup, tiba-tiba diambang 40 tahun mengambil lesen B FULL terus, dan tiba-tiba sekaligus, membeli 2 biji motor kategori big bike.

Jika ada yang tidak percaya bahawa Allah maha pengasih, maha penyayang dan maha kaya, ini adalah buktinya. Tidak ada yang mustahil, dengan Allah.

***

 

Serius Black, teman pengganti

Sebelum ini ada Aku beritahu yang Aku menunggu Muluk : Si Triumph Scrambler 4 bulan lamanya. Kenapa sampai 4 bulan lamanya? Bukankah beli motor ini patutnya senang? Paling tidak 2 minggu motor mesti keluar. Tapi kenapa punya lama motor Aku nak sampai? Jika ada 7 misteri dunia, Aku rasakan ini adalah salah satu daripada 7 misteri dunia kehidupan Aku. Maka Aku ceritakan ia disini.

Pada 27 April 2018, akhirnya setelah Aku berlegar-legar berbulan lamanya mencari motor yang Aku rasakan serasi dengan Aku, Aku akhirnya membuat keputusan untuk memilih Triumph Street Scrambler. Setelah membayar booking fee sebanyak RM1500 sehari selepas Aku datang lagi ke Fast Bikes buat kali yang  terakhir, Aku kemudiannya mula menyediakan dokumen untuk dihantar kepada bank sebagai memohon pinjaman loan.

Melalui Major Ahmad, salesman berambut panjang putih di Fast Bikes itu, segala proses permohonan seakan nampaknya sangat mudah sekali. Aku fikir, Major Ahmad mestilah otai kerana usianya yang agak senior. Pengalaman mesti power. Bila power, mestilah senang untuk berurusan jual beli.

Namun hal di dunia ini tidak semudah yang kita lihat dengan indera mata yang dikurniakan tuhan. Rupanya sesetengah hal dunia, harus juga dilihat dengan indera mata batin yang lebih dalam lagi. Daripada 27 April 2018 zaman GST, Aku hanya dapat merasai Muluk seawal 6 Ogos 2018 selepas zaman GST. Berapa jarak hari antara dua tarikh ini? 101 hari secara tepat atau 3 bulan 10 hari.

Sementara menunggu loan approve, pertanyaan untuk status update Aku kepada Major Ahmad berubah daripada tanya kosong saja – saja hingga kepada tanya + alasan keperluan semata-mata untuk mempressure Major Ahmad agar buat kerja dengan cepat.

Bermacam alasan Aku bagitau Major Ahmad yang Aku perlukan motor itu cepat. Antaranya alasan  terpaksa ponteng terawih sebab tak ada motor untuk ke masjid. ( Masa tu bulan puasa ). Lain, Triumph kena bagi Aku helmet free sebab nak cover lama waiting time. Alasan paling win, Aku hantar screenshot mesej kawan Aku kepada Aku pasal kalau nak bonceng motor, tak payah ada lesen B Full. Ketawa Major Ahmad bila baca hal ini.

Bukan setakat mesej whatsApp, Aku malah berulang ke Fast Bikes membuat terjahan untuk mendapatkan kepastian, kenapa lama sangat loan nak approve. Malah, bukan setakat ke Fast Bikes PJ, Aku juga turun ke Fast Bikes JB untuk mendapatkan gambaran sebenar kalau-kalau Major Ahmad buat cerita karut.  Fast Bikes Penang sahaja yang Aku tak pergi.

Oleh kerana terlalu lama tunggu dimana, status loan Aku tidak tahu sama ada kena tolak atau terima ( gantung tak bertali ), Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari motor lain. Lagipun, tempoh expiry plate nombor yang Aku beli itu hampir tamat. Rupanya plate nombor status hidup dia cuma 3 bulan. Lepas 3 bulan kena tambah RM10 rasanya untuk maintain dia terus hidup. Agak membazir nak tambah walaupun RM10 sebab plate itu sahaja Aku beli RM700 dari runner kereta Audi Aku tahun lepas. Kalau lajak 10 bulan dah lagi seratus. Paling cop duit bapak Aku.

Maka Aku ke Ducati PJ untuk mencari motor pilihan kedua. Nyaris Aku sudah membuat kajian pada masa yang sama maka untuk Aku decide motor yang mana, tidaklah lama mana.

Ini video motor pilihan Aku. Ducati 797. Jujur Aku katakan, kalau nak dibanding dengan falsafah yang Triumph bawa, Aku rasa Ducati 797 ini memang untuk si muda remaja. Dunia ini hanya untuk kesukaan semata. Adoi….  tapi apakan daya, banyak-banyak motor Ducati, Aku rasa yang Aku minat setakat ini cuma Monster. Ini semua pengaruh terlayan Inspektor Daniel punya drama. Lagipun sebab dalam video ni mamat yang bawak Ducati tu dikejar 2 awek, Aku rasa oklah…. boleh acceptlah…. 3some tu…. 😀

Namun tuah sekali lagi bukan di sebelah Aku. Bila Aku nak beli Ducati, salesman Ducati Mr. Timoti atau Tim ( salesman paling cargas dalam dunia yang pernah Aku jumpa ) bagi Aku kecewa kategori motor buat kali yang kedua. Ketika itu, Ducati tidak ada sebarang stok motor daripada 797, 821, panigale dan ntah apa setan lagi ( Xdiavel )semua habis dijual. Stok baru akan sampai lepas bulan 9.

Aku rasa macam alam seakan tidak memberikan lesen penuh kepada Aku untuk mempunyai motor walaupun awalnya alam memberi Aku lesen B Full! Kata Abdul Wahub, ini tidak ADIL!!! Kalau dah tanak bagi Aku bawa motor, jangan bagi Aku lesen. Biar Aku failed ujian JPJ seratus kali pun tak apa asalkan jangan bagi Aku harapan!

Menjadi manusia, memang kita kadangkala marah dengan takdir tetapi apabila kita memulangkan segalanya kembali kepada tuhan, redha sepenuhnya secara total, tuah manusia mungkin berubah.

Beberapa hari selepas kecewa di Ducati, salesman Tim telefon Aku bagitahu yang semua motor demo hendak dijual. Motor demo ini maksudnya motor test ride kedai. Milage tak sampai 10K. Ada 4 biji Ducati Monster 797, 2 merah dan 2 hitam dijual dengan harga gila tak masuk akal, RM38 K. Ini tidak termasuk motor lain seperti Multistrada, Panigale, Scrambler Sixty2, Xdiavel dan Hypermortard dengan harga masing-masing. Untuk rekod, kalau Monster 797 yang baru, tak silap Aku harganya sekita RM50K + +.

Aku tanpa membuang masa terus ke Ducati bersama Staze untuk test ride dan seterusnya membuat bayaran booking sebanyak RM500, lalu menyediakan semua dokumen untuk loan application. Tim memberi jaminan, dalam masa 2 minggu, insya allah dapat jawapan.

Terfikir juga Aku, buatnya dah booking yang ini sekali Triumph pulak dapat, macam mana? Ahh… kadang-kadang kesilapan Aku terlalu memikirkan hal yang jauh dan belum pasti sampai melupakan hal yang ada didepan mata.

Sebagai usaha Aku yang terakhir, Aku mesej Major Ahmad beritahu yang Aku sudah buat booking dengan Ducati. Aku katakan meminta maaf kepadanya kerana tak sanggup untuk menunggu lagi kerana sudah terlalu lama. Mana-mana yang offer dulu, Aku akan ambil. Major hanya mengreply, “Takpe Tuan, yang terbaik untuk u”.

Ini adalah gambar Ducati Monster 797 hari Aku collect. Aku namakan ia, Serius Black, sempena semua kisah-kisah kekecewaan dan kisah keDUKAaan dalam hidup Aku. Belon 3 ketul tu Aku cakap pada Tim, “agak-agaklah Tim…. kau ingat Aku boleh gembira sangat ke dengan belon ini?” Tim kata, itu belon birthday anak dia.

Welcome to Ducati Family. Inilah Serius Black, teman pengganti.

***

 

 

 

 

Ride #10 – Maha Merperdaya

Hari ini hari Ahad. 28 Oktober 2018. Hari ini Aku ride dengan Staze. Semalam pun ride dengan Staze cuma semalam teman Staze pergi tukar tayar Serius Black. Hari ini ride Kuala Pilah itik panggang.

Semalam balik rumah lencun sebab hujan lebat. Hari ini pun balik rumah lencun sebab hujan lebat. Satu hal yang Aku baru belajar bila hujan adalah, jangan follow sebelah kereta sebab kalau dia belah air yang bertakung, alamat mandi air teh ais atau selang seli limau ais.

***

Seperti biasa, checkpoint perjumpaan kami adalah pukul 8:00 pagi. Jam 7:55 Aku sudah sampai RnR Dengkil. Baru Aku beli nasi goreng dengan telur untuk breakfast, Staze sampai. Oh… kali ini Aku bawak duit syiling satu genggam. Masa nak bayar, Aku cuma tadah tangan dan pakcik kaunter mengira dengan senyuman.

Setelah makan, kami bergerak ke Kuala Pilah. Matlamat hari ini adalah untuk beli itik panggang. Walaupun Aku tak pernah makan itik, Aku rasa macam nak cuba. Kata Staze, liat dia macam ayam kampung cuma rasa dia lain sikit sahaja. Sedap kata Staze lagi.

Daripada RnR Dengkil, kami ikut highway belakang. Suasana jalan ada menarik juga. Ada satu spot pokok kiri dan kanan seakan melambai perjalanan kami.

Ada satu kali dimana masa Aku ride, Aku nampak jalan di depan Aku sekelip mata menjadi gelap seakan dibayang sesuatu. Jalan tar yang cerah kerana cuaca panas, tiba-tiba menjadi mendung 2-3 saat dan kemudian cerah kembali. Aku toleh ke atas kalau-kalau ada UFO baru lalu tetapi nyata langit terbentang luas bewarna biru muda. Aku teringat kisah Muhammad yang berjalan dipayungi awan. Bezanya Aku tak sempat dipayung! Nampak sangat banyak dosa disitu.

Pengembaraan dengan Staze bersifat santai. Tidak perlahan sangat dan tidaklah laju mana. Staze dulu sebelum Aku mula ride, selalu bagitahu bahawa menunggang adalah “Me time” dia dimana dia dan dirinya semata-mata. Kalau boleh Aku ubah sikit ayat ini, ia akan berbunyi, “Aku dan diriku” sendiri, menyendiri.

Aku faham apa yang Staze kata. Perasaan ini, atau moment ini, semacam “layan jiwa”. Ia juga adalah terapi mental yang susah Aku nak explain melainkan kalau cuba sendiri. Dulu Aku selalu rasa benda ini masa Aku berlari. Kalau ikut ulama running, benda ini dipanggil “The Running High”. Mungkin, kerana ride, ulama ride akan berkata, “The Riding High”.

Maka ride pagi ini, adalah episod Aku dan diriku. Otak macam diam tidak fikir apa-apa, tapi otak sentiasa dalam awareness : AKU. Sound effect angin berlaga dengan helmet, menambahkan lagi dramatik feeling ini. Bolehkah Aku kata ia semacam sama waktu meditation? Hampir la. Meditation terus hilang tetapi ride kalau hilang alamatnya masuk longkang.

Apabila Aku melayan Aku, dunia ini semacam dibuka satu filter. Kalau kita dalam rutin seharian, susah kita nak dapat buka filter ini sebab interaction kita adalah dengan sesama manusia. Kejap sahaja kita akan lupa dan keluar dari awareness ini. Sebaliknya, bila ride motor, consistency awareness Aku dengan Aku ini maintain lama. Selagi mana kita tidak lupa, selagi itu “khayalan” ini bermain di dalam minda dan jiwa.

Apa yang berlaku apabila filter ini dibuka? Dunia terlihat keindahannya pada kadar yang lebih dalam. Tengok pokok pun boleh buat kita senyum. Tengok motor mencelah dari belakang kita potong style kurang hajar pun kita boleh rilek dan ingat, ahhhh…. Dia juga.

Berbeza dengan meditation, kalau pro, boleh meditate straight lebih dari satu jam. Aku sekarang level agak sayur. Satu session paling lama 10 minit. Kalau Aku buat 21 minit, mesti fikiran berkerawang entah mana. Bila buat 10 minit, pendek, dan fokus lebih tajam.

Ride pula memakan masa yang panjang. Mungkin lebih satu jam sekali ride. Tapi sebab fikiran bukan total lost dalam kedalaman, mata masih terbuka dan sambil itu minda auto-processing data untuk ride, jadi graph minda barangkali naik turun naik turun. Cumanya, secara overview, naik dan turun ini masih dalam treshold kesedaran sendirian.

Boleh Aku katakan, meditation seperti minum pati buah manakala ride, minum air buah yang dibancuh dengan air.

Namun sama ada meditation atau ride, bagi Aku keduanya bermatlamatkan satu. Kosong. Kosong ini bukan kosong kerana tidak ada, tetapi kosong kerana ADA. Mungkin ada perkataan lain yang lebih tepat Aku rasa. Ya. Larut.

Aku bawakan lagu untuk explain lagi hal ini.

Daripada highway KLIA belakang itu akhirnya kami keluar ke highway Seremban. Bila nampak exit Senawang, kami keluar ke kiri. Jalan di Senawang nak menyampai ke Kuala Pilah, dia punya traffic light agak lumayan.

Bila cerita traffic light lumayan ini maksudnya banyak kali berhenti. Dan bila berhenti, menunggang motor ini kita ada peluang untuk mencelah ke depan sekali.

Selama Aku ride, menunggang mencelah sampai ke depan tak berapa nak seronok macam hari ini. Bukan apa, motor tak banyak sangat menunggu traffic light ini. Tapi dalam 5-6 biji, yang belah kiri sekali depan Aku ada 2 orang awek naik kapchai.

Memula Aku nampak Staze main follow sebelah dia. Yelah. Sebab biasa kalau ride memang Aku follow duduk kat belakang. Tapi ntah macam mana, nak dijadikan rezeki Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, traffic light ketiga Aku pulak duduk sebelah awek-awek ini.

Masa awek ni duduk depan Aku, daripada side mirror dia Aku nampak dia usha belakang. Tak sure dia tengok sapa tapi emmm… P.Ramlee kata boleh tahan. Aku rasa daripada outfit yang awek ini pakai, mungkin dia seorang nurse. Tapi kawan dia yang bonceng tak pulak pakai baju nurse. Mungkin nurse ini bawak pesakit. Siapa tahu?

Tapi itu semua tak penting. Yang penting dalam beberapa traffic light Aku duduk sebelah dia. Bukanlah Aku nak cerita Aku happy gila tidak. Aku dah kahwin kut. Kita ada anak bini kat rumah so kalau senyum kat anak dara tu sikit-sikit je jangan lebih.

Lepas beberapa traffic light, Aku pulak duduk kat depan dan daripada side mirror Aku, Aku boleh nampak jelas awek nurse ini kat belakang.

Bila kita bawak motor besar ini betullah banyak ujian dia. Sama ada awek ini usha motor Aku dan motor Staze, Aku lebih mendoakan yang dia usha orang yang bawak motor itu. Bila dia perasan yang kita usha dia, dia mula senyum-senyum malu. Ini yang mahal bagi anak dara. Ingat tu.

Traffic light terakhir, Aku dengar awek nurse ini ucap selamat jalan dalam hati dia. Paling tidak, itu yang Aku bayangkan dalam hati. Dan kami pun berlalu pergi.

Kami kemudian buat satu pusingan U untuk masuk ke jalan sebelah sana menuju Kuala Pilah. Masa nak corner U besar ini jalan dia agak tak berapa nak elok. Lubang dan berpasir, Aku agak terbabas nak buat pusingan sebab Aku memang tak mahir lagi menunggang. Masuk kali ini baru 10 kali menunggang jarak jauh lebih 100 KM seumur hidup.

Hati Aku semacam gelisah tiba-tiba. Tayar bergoyang lain macam. Waktu itu Staze sudah jauh didepan sana. Dan Aku masih terhegeh-hegeh membetulkan corner kerana memang tengah terbabas.

Bila dah turun bukit, baru Aku memecut mengejar Staze dan baru hati Aku tenang kembali. Ini mesti ada sebab ride agak terganggu hari ini.

Jalan kemudian masuk menuju Kuala Pilah. Di belah kiri Aku ada nampak sign board Ulu Bendul. Di tepi jalan mula kelihatan banyak gerai-gerai menjual itik salai tergantung dipanaskan oleh api yang mengeluarkan asap yang banyak, selain daripada ada sawah padi dan rumah-rumah kampung yang aman.

Tidak lama selepas itu, Staze bagi signal dan kami berhenti minum. Aku parking dan bila nak buka helmet, Aku dapati skru visor Aku hilang sebelah entah kemana. Aku ingat jatuh masa Aku parking. Puas Aku dan Staze cari tapi tak jumpa sampai sudah.

Waktu minum kami berbual panjang. Bila dengan Staze, topik lain tidak ada melainkan topik – topik hakikat. Tapi kerana hari ini ada tuhan belanja awek nurse naik motor, jujur Aku katakan sebagai seorang lelaki negaraku, kami ada berbual pasal awek ini.

Berbual punya berbual tiba-tiba Aku mendapat ilham. Baru Aku faham, apa yang berlaku hari ini. Ahhh…. rupanya hari ini adalah cerita : Maha Memperdaya.

Daripada pagi tadi dah duduk dalam awareness AKU yang konon deep, tiba-tiba tuhan hantar awek dua orang, terus sayur. Aku katakan kepada Staze, betapa, Maha Memperdaya game kita hari ini. Biasa kalau manusia, ada manusia lain ingat kat dia, manusia tu dah happy dah. Seronok sebab ada orang ingat pada dia. Dia tak fikir lain dah. Tapi kalau tuhan lain. Kita dah ingat kat dia ni. Dalam pada kita tengah ingat kat dia, dia uji pulak kita, nak tengok, betul ke kau ingat kat AKU ni, baru AKU hantar awek sikit korang dah sayur.

Kami kemudian ketawa besar mengingatkan kesilapan kami ini. Konon poyo layan jiwa deep, awek lalu depan mata terus lupa. Maka betullah dalam quran telah berkata, perempuan itu adalah ujian bagi lelaki. Baru diuji sedikit sudah lupa. Belum lagi diuji awek nurse duduk membonceng belakang kita. Eh- eh.

Lama kami berbual, tiba masa untuk balik dorm masing-masing. Sebelum balik, kami singgah gerai. Staze bungkus itik panggang manakala Aku bungkus daging salai. Keberanian Aku untuk mencuba itik salai Aku tunda lain kali sebab sebelum gerak, Aku call bini Aku tanya, dia nak makan itik tak? Dia ketawa.

Perjalanan pulang lebih panjang dari perjalanan datang. Staze ajak ikut highway LEKAS. Perjalanan pulang lebih laju dari perlajanan datang tadi. Mungkin masing-masing perut dah lapar dan membayangi hidangan itik panggang / daging salai masakan bini masing-masing.

Dalam kelajuan mencecah 140 km/j secara purata dan kadangkala sampai 160km/j secara tiba-tiba, Aku tersenyum didalam helmet yang skru visornya hilang sebelah.

Jalan cerah yang menjadi mendung 2-3 saat sekelip mata pagi tadi rupanya adalah petanda bahawa, awareness Aku dengan AKU tiba-tiba blackout sekejap, dek kerana seorang awek nurse.

Terima kasih awek nurse kerana kehadiran kamu, mengajar Abang Triumph Scrambler, erti sifat : Maha Memperdaya. Memperdaya, bukan untuk menyesatkan tetapi kerana ia juga bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memperdaya agar lebih kuat kesedaran dalaman itu.

***

Quran 3:14 Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Adorned for the people is the love of desires, such as women, and children, and piles upon piles of gold and silver, and branded horses, and livestock, and fields. These are the conveniences of the worldly life, but with God lies the finest resort.

Quran 34:21 Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

He had no authority over them; except that We willed to distinguish him who believes in the Hereafter, from him who is doubtful about it. Your Lord is Guardian over all things.

Info Ride


Google Map

  • Kinrara residence – RNR Dengkil
  • RNR Dengkil – Kedai tepi jalan Terachi, Kuala Pilah
  • Kedai tepi jalan Terachi, Kuala Pilah – Riders Garage
  • Riders Garage – Kinrara Residence

 

 

 

Kabus dan Kujes

Di jalan menuju sengenting kera ini, lebih tepat lagi, di awanano berhampiran dengan kedai kopi yang bewarna hijau itu Aku telah menemui dua sahabat baru. Seorang, namanya Sang Kabus, dan seorang lagi, Sang Kujes.

Aku ceritakan dulu perihal akan Sang Kabus ini. Kedatangan sahabat ini adalah sifatnya menjelma daripada tidak ada kepada ada. Warnanya putih penuh, dan kalau kamu mahu tanya ketebalannya, boleh Aku katakan ia berubah-rubah mengikut masa.

Oleh kerana sifatnya yang putih penuh itu, sahabat ini membuatkan pandangan Aku tidak jelas dan tidak nampak yang disebalik. Uniknya Sang Kabus, dari jauh ia kelihatan namun bila Aku cuba menyapanya dengan dekat, ia menghilang.

Dan ketika ia menghilang inilah Aku bertemu dengan seorang lagi sahabat yang bernama Sang Kujes.

Sang Kujes, berbanding Sang Kabus, adalah sahabat yang pemalu. Tidak semua orang dapat melihat wajah si pemalu Sang Kujes ini. Hanya yang mempunyai makrifat tinggi boleh merasakan kehadiran Sang Kujes ini. Petandanya mudah, apabila kamu rasakan bahawa tiba-tiba kedinginan yang amat sangat, maka ketika itulah hadirnya Sang Kujes. Kadang-kadang, bulu roma kamu akan berdiri. Dan kadang-kadang, bagi yang hatinya tidak kuat, jantung kamu boleh terhenti sesaat menjelang kehadiran Sang Kujes ini ( kamu terbersin ).

Maka kerana Aku berada di pertengahan antara Sang Kabus dan Sang Kujes, Aku beroleh upaya untuk bertanyakan kepada mereka berdua begini : Apakah tujuan kamu menjelma hari ini datang berjumpa dengan Aku.

Seraya itu, suasana sekelililng Aku mula menebal dan putih memenuhi dan Aku, tenggelam dalam warna suci ini. Sang Kabus berbisik perlahan kepada Aku begini.

“Aku datang untuk memberitahu kamu manusia, bahawa, Aku akan menutup matamu dari melihat kebenaran yang sebenar-benar wujud. Akan aku warnakan pandangan kamu dengan tona putih tak berpenghujung, lalu dalam kepalsuan itu kamu akan lebih fokus kepadaku, daripada fokus kamu kepada kebenaran itu.”

Lalu tahulah Aku bahawa Sang Kabus ini, sifatnya memperdaya mata. Hadirnya Sang Kabus, menyebabkan jalan hidup Aku, tidak kelihatan hujungnya, tidak kelihatan keadaannya dan tidak kelihatan belakangnya. Akan itu, Aku fikirkan jika Aku tidak mengenal dan tidak sedar siapa sebenarnya Sang Kabus ini, boleh jadi arah kiblatku berubah, tersasar dari yang sepatutnya.

Aku kemudian bertanya pula kepada Sang Kujes begini : Maka kamu pula, apakah tujuan kamu mengelilingi Aku dari hujung kaki ke hujung rambut hari ini? Sang Kujes, seperti tiba-tiba, meningkatkan tekanannya menjadi kuat, menghimpit kepada kulit – kulit Aku hingga tergigil Aku sejuk, lalu berkata begini.

“Aku datang untuk memberitahu kamu manusia, bahawa, Aku akan menutup rasamu dari merasakan kebenaran yang sebenar-benar wujud. Akan aku tiupkan hembusan salju kepada diri kamu tak terhenti, lalu, dalam perasaan dingin itu hati kamu menolak kepada kebenaran yang sebenar-benar timbul, lalu dalam kepalsuan itu kamu akan lebih fokus kepada menghangatkan diri kamu, daripada merasakan kehangatan kebenaran itu”.

Lalu tahulah Aku lagi bahawa, Sang Kujes juga, sifatnya adalah memperdaya, tetapi hebat Sang Kujes adalah pada hal rasa. Sama seperti Sang Kabus tadi, Sang Kujes hadir untuk mengalih hati ini daripada arah kiblat hidupku menuju jalan yang lurus.

Aku diam seketika. Sang Kabus Aku lihat, terawang-awang di hadapanku, mungkin didodoi oleh Sang Kujes yang ada disekelilingku. Bagaimanakan caranya Aku rasa untuk menolak kedua sahabat ini dengan baik, agar, dapat Aku sambung pengembaran siri jalan lurus Aku ini?

Hati Aku kemudian memberi jawapan begini :

Sama ada Sang Kabus, atau Sang Kujes, keduanya kamu tidak akan dapat menolak kedatangannya sampai bila-bila. Sebaliknya, hanya dengan kesedaran, kamu dapat melalui, menembusi keduanya untuk kekal berada di dalam hadratku.

Suasana seakan terhenti. Semuanya diam dan tidak bergerak. Aku menarik nafas perlahan dan dalam, sambil menutup mata. Perlahan-lahan, Aku rasakan Sang Kujes terbang menjauhi Aku. Dan apabila Aku buka mata, Sang Kabus juga telah tidak ada.

Jalan di depan Aku sekarang jelas kelihatan, dan NYATA.

 

View this post on Instagram

 

Tajuk karangan hari ini adalah “Kabus dan Kujes”. #gerakanolos #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ride #007 – Maha Menguji

Ride #007, 14.10.2018

Ini ride jauh pertama dengan Staze. Staze ini dulu satu dorm dengan Aku dari form 1 sampai form 3. Kami blok B, B25 di shahpekan. Hari ini, daripada 144 orang yang habis SPM1996 dulu cuma Staze dan Aku dari rumah hijau Hamdan main motor, dan Bruce dari rumah biru atau Murad.

Hari ini kami ride bertiga, first time.

Staze lead the way manakala Aku dan Bruce, kadangkala tengah kadangkala akhir. Bruce walaupun katanya nak jadi sweeper, agaknya mental dengan Aku yang ride level noob, adakalanya dia potong tepi.

Staze memang rider kental. Aku tengok exhaust motor dia bahagian tepi sebelah lubang tu terbakar kena sembur dengan api. Cair beb. Gila. Staze memang legend. Total riding distance dia hampir setengah juta kilometer untuk 5 -6 biji motor dia. All time mungkin 8-9 biji. Itu belum kira yang dia bawak motor sejak darjah 3.

***

Kami janji untuk jumpa di RNR ELMINA jam 8 pagi. Kalau waze dari Kinrara ini, dia akan hantar ke RNR ELMINA satu lagi sebelah sana. Kena buat u-turn. Aku dah rasa macam tak betul. Bila semak dengan Staze, rupanya RNR ini atas lagi. Dalam google map nama dia Elmina North Bound Rest Area.

Jam 7:50 Aku sampai. Sementara menunggu, Aku breakfast dulu.

Elok lepas beli mee goreng, Aku ke kedai paling hujung sebelah kanan. Dalam kedai itu, yang jaganya seorang pakcik. Tak tua sangat tapi taklah muda sangat. Bila Aku masuk sahaja Aku rasa macam ada yang tak kena. Kami bertentang mata dan riak wajahnya  macam nampak musuh masuk kedai. Muka ketat gila.

Aku order air teh o limau panas. Dia jawab dengan kasar, limau tak ada. Aku kemudian minta teh o panas. Dia bangun, ke belakang ambil (atau buat air) dan bawa kedepan. Air diletakkan atas kaunter dan dia minta RM1.20.

Aku keluarkan RM2. Dia tanya dengan marah, tak ada 20 sen ke? Aku seluk poket kiri dan kanan Aku kata tak ada.

Dengan marah dia kata lagi, nanti hantar balik 20 sen.

Aku tak tahu apa masalah pakcik ini. Sebagai orang yang meniaga, adalah tanggungjawab orang yang meniaga untuk menyediakan duit kecil. Bukan tanggungjawab orang yang membeli. Sudahlah tak ada duit kecil untuk baki, disuruh lagi Aku untuk hantar semula 20 sen.

Jujur Aku katakan memang Aku agak hangin.

Aku berlalu tanpa kata apa-apa dan mula makan mee goreng yang Aku beli tadi jauh sikit dari kedai pakcik negatif ini.

Betul orang kata, kalau kita selalu meditate, lama-lama kita boleh “rasa” suasana yang bertentang dengan kita lebih cepat dari yang kita sangka. Boleh jadi, mungkin panas.

Sebetulnya Aku ada rasa macam tak mahu minum langsung air teh o panas ini tanda protes. Tapi bila fikir balik sebab dah beli, agak membazir pulak. Aku fikir macam mana nak bagi pengajaran sikit pada pakcik negatif ini. Aku tanya hati, apa yang Aku perlu buat. Tiba-tiba ilham datang kata, celup 20 sen dalam air. Aku tak pasti ini syaitan atau tidak, tapi Aku rasa macam nak buat sebab marah.

Bila Staze sampai, Aku dah habis makan. Bruce sampai, Staze pula dah habis makan. Kami kemudian bergegas gerak. Dari pengamatan Aku, Staze ini jenis tidak melambat-lambatkan masa. Cargas selalu.

Bila nak gerak, Aku tanya Staze ada 20 sen tak? Staze seluk poket tak ada. Bruce dari tepi pun seluk poket, ada. Aku ambil dan letak atas meja sambil cerita balik hal pakcik negatif tadi. Staze tiba-tiba macam bengang juga, lalu diambil 20 sen ini dan celup dalam air. Saat itu hati Aku berkata, kalau dah dua orang fikir benda yang sama, ini bukan kerja syaitan lagi.

Kami kemudian memulakan pengembaraan kami.

***

Masa ride Aku terfikir.  Adakah apa yang Aku buat itu keterlaluan? Adakah memasukkan 20 sen dalam teh o panas yang dah sikit itu kurang ajar? Aku tanya dalam diri. Adakah patut atau tak patut apa yang Aku buat itu?

Memang Aku rasa ada yang tak lepas. Marah, bengang, rasa macam budak kecik pun ada. Lama Aku fikir. Aku rasa, ini tak boleh jadi. Kalau Aku tak let go, ada yang ride motor masuk dalam parit.

Akhirnya Aku ambil keputusan untuk rasionalkan semua hal. Aku katakan pada hati, kalau Aku tak niat nak rendam 20 sen tadi, pakcik negatif ini takkan sedar. Bila dia tak sedar diri, makin lama dengan perangai babi yang dia ada ini lama kelamaan tutup pintu rezeki dia. Paling mudah Aku sendiri kalau datang sini lagi jangan harap Aku nak beli air dari kedai dia.

Aku harap, dengan kurang ajar Aku itu, pakcik negatif ini sedar bahawa menjaga hati pelanggan adalah yang paling utama dalam perniagaan. Semoga, dengan kurang ajar Aku itu, dia tidak lagi layan customer yang datang macam sampah.

Bila Aku katakan sebegini dalam hati, baru Aku rasa lepas. Baru Aku rasa ride Aku tenang. Beberapa moment selepas itu, baru Aku tersedar. Pakcik negatif ini pun pelakon juga. Walaupun gaya nampak macam Aku yang menguji dia tapi sebenarnya dia pun menguji Aku juga.

Aku menguji kesabaran dia sebagai peniaga. Dia menguji Aku sama ada Aku, sedar atau tidak bahawa sesiapa yang Aku jumpa pun adalah yang disebalik itu juga. Pelakon handalan tanpa nama. Sepatutnya Aku tak boleh marah. Aku kena terima ini dengan tenang dan muka mesti mau ada senyum. Yelah, pelakon handalan sudah kantoi.

***

Bagi yang telah tahu dan telah mengenali, ujiannya lebih tinggi. Ini kerana dalam pengembaraan yang dilalui, seringkali seseorang yang kenal itu “lupa” akan siapa yang dia temui sepanjang jalan. “Pelakon”, bukan setakat ada dimana-mana, tetapi adalah yang semua dilihat oleh mata. “Pelakon” ini pula, “menguji” seseorang sama ada boleh bertahan atau tidak, dalam kefahaman mengenal itu. Jika seseorang sentiasa sedar siapa pelakon itu, baguslah. Namun, bila terlupa seketika, itu yang “lega”.

Biasanya seseorang yang mengenal, terlupa apabila “pelakon” yang ditemuinya itu mengujinya dengan kemarahan. Acapkali berlaku sesuatu yang menimbulkan marah, seseorang yang sepatutnya memandang “disebalik”, lupa, lalu bertanding marah. Kata Abdul Wahub : Jangan marah, nanti kena jual. Dalam filem 3 Abdul itu, seseorang yang kena jual menjadi hamba.

Apabila menjadi hamba, sudah ada dua. Dan apabila ada dua, dimana tauhidnya?

Quran 3:154 …….. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

God thus tests what is in your minds, and purifies what is in your hearts. God knows what the hearts contain.

***

Info Ride

Ride kali ini suasana dia sangat cantik sekali. Pemandangan ada padi hijau, padi dalam paya, ada kelapa sawit, ada pokok kelapa ala tepi pantai. Jalan pulak lurus panjang. Sekali sekala Staze yang didepan bagi isyarat tangan tanda bahaya, dan Aku akan berdiri kerana jalan bumpy.

Paling hujung kami sampai adalah rumah Staze. Dia nak hantar racun kebun untuk mak dia. Lepas lepak dan baring atas hammock, kami patah balik dan makan landak di Restoran Lembah Bernam. Sedap. Lepas makan singgah beli jagung bawa balik. Kemudian lepas berhenti di Petronas dalam Highway Latar, kami kemudian berpecah balik rumah (dorm) masing-masing. Jam 4:30 Aku sampai rumah.

Distance hari ini 322 km pergi balik ikut Muluk. Oh ya, oleh kerana hari ini adalah ride ke 7, Aku secara rasmi menamakan motor aku : MULUK.

Google Map

  • Kinrara residence – Elmina North Bound Rest Area, Lebuhraya Guthrie Corridor
  • Elmina North Bound Rest Area, Lebuhraya Guthrie Corridor – Jalan Haji Shafie Kampung Staze
  • Jalan Haji Shafie Kampung Staze – Restoran Lembah Bernam
  • Restoran Lembah Bernam – Kinrara Residence

 

View this post on Instagram

 

1. Oleh kerana sudah ride 7 kali (seumur hidup), ada baiknya makhluk ini diberi nama. AHMAD, aku namakan kau MULUK. 2. Master, dan Muluk. 3. Mad Kacang kabo ride bujang lapok. Kuang ajo. 4. Kampung Staze ada hammock, tapi baru nak tido imam azan zohor. Masjid sebelah rumah, patutlah Staze kabo kalau balik kampung smayang subuh kat masjid. 5. Landak masak lemak cili api Restoran Lembah Bernam. 6. Bila berdepan dgn Staze, gadis desa kesipuan maluuuuu. Power aura org masjid ni. Tertunduk gadis desa sambil mengepit jagung. 7. Catatan penulis bertajuk, Maha Menguji. #siribunyamindanrodakehidupan #triumphscrambler #restoranlembahbernam #depansikitadajualjagung #harapkanpagarpagarmakanpadi

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Daripada Run kepada Ride

Baru – baru ini Aku update description profile instagram Aku. Daripada “penulis + runner = perruner”, Aku ubah “run + ride = write”.  Perasan hati Aku yang description baru ini lebih berpantun rythmnya.  Macam sedap sikit. Lagipun, Aku rasa sebab sejak kebelakangan ini, Aku lebih banyak main motor daripada keluar berlari.  Maka hasilnya lebih banyak gambar IG motor daripada IG berlari. Dan lagi satu sebab Aku dah lama fikir, perruner ini bunyinya macam perana (orang yang merana).

Manakala semalam pula, adik ipar Aku dan isterinya datang rumah turun dari Kedah. Banyak yang kami bualkan dan salah satu daripadanya adalah persoalan misteri – “Macam mana bang chaq (Aku) sebelum ni tak pernah reti pun bawak motor, aleh-aleh tiba-tiba boleh terus lompat main motor besar?”

Jujurnya, Aku sendiri tidak boleh nak jawab persoalan ini. Memang betul, Aku bukan setakat tidak ada lesen motor, malah, tak pernah reti pun bawak motor sebelum ini. Kalau masa di universiti dulu semua geng kacak ada motor dan bonceng awek ke hulu ke hilir, Aku dan semua housemate Aku cuma mampu mempunyai basikal yang awek pun haram tak toleh. Manakala apabila sejurus bekerja selepas grad, disebabkan gaji Aku agak lumayan, Aku terus membeli sebuah Wira Aeroback baru daripada membeli sebiji motor dengan harapan dapat memancing awek kerana mempunyai kereta dapat memberi gambaran lelaki kestabilan abadi.

Seingat Aku, ada sekali je Aku bawak motor kapchai C70 pada tahun 2014 itu pun macam orang baru belajar naik basikal menggigil takut nak jatuh. Adik-adik Aku punya kurang ajar siap gelak dan depa amik video time Aku ride tu. Sakit perut semua orang ketawa termasuk Aku. Kesimpulannya, Aku dengan motor, adalah zero level loser. Keluarga kami adalah keluarga yang bebas motor. Motor adalah satu benda yang tak akan abah Aku beli dan ada di rumah untuk anak-anak dia pakai. Dari kecik kami memang dibesarkan dengan paradigma motor adalah bahaya. Pergi mana-mana naik kereta. Hatta ke kedai depan beli suratkhabar.


View this post on Instagram

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Dua tahun selepas itu, Aku ke Bali Indonesia untuk menyelesaikan panggilan Full Marathon Aku yang pertama. Sambil menanti race,  Udey, kapten larian Kelab Conquer itu telah membawa Aku ke sebuah kedai iaitu The Temple of Enthusiasm atau Kuil Kemahuan Teramat – Deus Bali. Ada banyak motor custom dijual disini rupanya selain cafe minum dan garaj bikin motor. Tidak Aku ketahui, minat pada motor Aku rupanya mula terpupuk tersembunyi di sini.  Ada satu gambar dimana Aku duduk diatas sebiji Scrambler dan pada ketika Aku menyentuh handle bar itu, ada satu “keperluan baru” berputik dari dalam diriku, tanpa Aku sedari.


View this post on Instagram

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Jikalah Aku mempunyai makrifat yang tajam, pasti Aku boleh melihat segalanya tersambung. Tag line Marathon Bali tahun itu : “Run – Find Yourself“. Rupanya acara pertama Full Marathon Aku, menemukan Aku yang lebih dalam di Temple of Enthusiasm. 

Kalau orang tanya Aku kenapa tiba-tiba ada minat ride motor, Aku rasa semuanya berpunca apabila Aku balik kampung masa raya beberapa tahun lepas. Semasa kami ramai-ramai belek gambar-gambar lama, Aku ada perasan sekeping gambar arwah Paklong Aku tengah posing atas motor arwah Aki Aku. Maka, terkeluar cerita lama rupanya arwah Aki Aku dulu ini ada motor besar. Masa tu arwah Aki duduk di Pekan. Hanya ada 2 orang yang ada motor besar di Pekan waktu itu. Sultan Pahang, dan arwah Aki. Motor arwah Aki adalah Honda CB175. Zaman itu 175 cc adalah cc paling besar. No plate motor, CB2173. Dikatakan Abah Aku yang tak reti bawak motor pun pernah ride sekali naik motor arwah Aki ini (pak mertua dia).


View this post on Instagram

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Namun apabila arwah Aki pindah daripada Pekan ke Kuala Lipis, arwah Aki jual motor ini lepas 3 kali jatuh motor. Kali terakhir jatuh adalah waktu hujan bila kain baju hujan ter-slip masuk dalam rim motor.  Kami ada berbincang untuk mencari di mana motor ini sekarang melalui carian plate number dan kalau ada rezeki, cuba nak beli semula. Kalau tak dapat motor yang asal, dapat yang Honda CB175 pun jadilah.

Tetapi perancangan mencari motor itu tidaklah serius mana berbanding perancangan Aku untuk mempunyai sebiji motor. Aku rasakan bahawa pada ketika saat ini, daripada 25 orang cucu arwah Aki, seorang pun tidak ada yang sambung minat arwah Aki ini. Ini juga termasuk 12 orang anaknya (pak sedara dan mak sedara dan mak Aku). Aku fikir, jika roh arwah Aki balik waktu raya puasa nanti, at least tahun ini dia akan tersenyum lebih sikit bila tengok salah seorang keturunannya ada minat yang sama dengan dia.

Itu cumalah asbab dalam bercerita, atau catalyst punca yang trigger kepada sesuatu. Jika Aku renung dalam-dalam kenapa Aku tiba-tiba nak ride, Aku rasa, Aku sebenarnya nak challenge dalaman Aku. Aku dulu selalu berfikir bahawa ride motor adalah satu aktiviti yang bahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Ini kerana apabila seseorang ride motor, ruang untuk kemalangan itu lebih tinggi bagi penunggang. Berbanding dengan jentera lain seperti bas dan lori atau kereta yang laju-laju, apalah sebiji motor di atas jalan? Sebenarnya yang Aku cuba takluk adalah FEAR yang selama ini menghantui hati Aku bahawa menunggang motor, sangat bahaya.

Ketakutan untuk terus bergerak kehadapan dengan hanya berlandaskan imbangan pada dua roda, ini adalah cabaran yang Aku berikan pada diri Aku untuk Aku sahut sendiri.

Too many of us are not living our dreams because we are living our fears kata Les Brown. Manakala kata Steve Mcqueen yang lebih lelaki, When I believe in something, I fight like hell for it“. Aku percaya Aku boleh mengatasi FEAR yang ada dalam diri ini. Dan Aku percaya, dengan segala usaha dan asa, Aku akan mengembara jauh satu hari nanti dengan hanya menunggang motor. Hanya masa yang mencemburui dan mengekang impian ini.

clanek-428-1424412723
Steve Mcqueen

Maka, bermulalah kajian mendalam Aku tentang motor. Aku bahagikan kesemua kisah ini kepada 4 fasa. Fasa pertama, adalah  fasa asas. Fasa Aku pergi kelas ambil lesen dan mula belajar asas menunggang. Fasa kedua adalah fasa mencari motor yang paling sesuai. Fasa dimana Aku mesti mempunyai (beli) sebiji motor. Fasa ketiga adalah fasa Ride, dimana sebenarnya fasa yang Aku betul-betul belajar ride motor sendiri termasuk mengenal mendalam jentera bernama motor. Fasa akhir pula adalah fasa pengembaraan Aku dan motor secara lebih deep, yang  Aku rasa lambat lagi nak sampai mungkin makan bertahun.

***

Aku sudah berlari lebih daripada 5 tahun. Dan dalam 5 tahun itu Aku telah berlari daripada mula 1km di playground Kinrara kepada 42km di Tokyo Marathon. Banyak yang Aku belajar dan tulis dalam episod lariansebuahkitab Aku. Aku rasakan tiba masanya untuk Aku belajar jauh lagi maka Aku rasakan bahawa ini adalah chapter seterusnya dalam hidup Aku.

Lari mengajar Aku erti kemahuan mendalam terikhlas, manakala menunggang, mungkin mengajar Aku lebih dalam lagi. Tetapi jika kawan-kawan rapat yang bertanya dengan terperanjat, “Eh… zizi dah ride motor?”, maka akan Aku katakan jawapan pendek sebegini. “Mid life crisis“.

Sukar untuk menjelaskan kepada orang, bahawa kadangkala, dalam pengembaraan jalan lurus kita menjadi lebih memerhati dan berhati-hati bila menunggang, berbanding memandu. Akibatnya jumlah pengalaman dan perasaan yang kita kutip dari setiap kilometer yang kita lalui itu lebih banyak dan dalam, mengakibatkan hati dan firasat kita menjadi lebih tajam. Kata orang “Life begins at 40“.  Untuk Aku yang menjelang 40, ride adalah salah satu pelajaran dan pengalaman untuk menajamkan lagi perasaan Aku kepada yang Satu.


View this post on Instagram

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

P/S Bini Aku kata sebelum dia mati dia nak merasa naik motor dengan laki dia. Tunggu Abiang mahir bawak diri sendiri dulu sebelum Abiang bawak Anda.