All posts filed under “Kelakarisme

Guest Delivery

Residence saya ini ada guard house. Tugas guard yang duduk di guard house ini adalah untuk memastikan security di residence ini terkawal dan selamat. Satu hal yang buat kawan-kawan menyampah bila nak singgah rumah saya adalah kerana level security guard house yang sangat ketat. Walaupun mempunyai mesin canggih yang berupaya membuat scan IC atau lesen kereta tetamu yang datang dengan kadar sekelip mata, guard tetap komited melakukan hal yang sama, walaupun tetamu kadangkala datang tiap-tiap hari.

Proses detailnya begini. Apabila tetamu datang rumah, guard akan meminta IC atau lesen kereta sebagai dokumen izin masuk. Guard kemudian akan membuat panggilan telefon kepada tuan rumah, memberitahu tentang kedatangan tetamu sekaligus meminta kebenaran sama ada boleh membenarkan tetamu ini masuk atau tidak.

Kebiasaannya guard ini bukan berbangsa melayu. Kebanyakkannya adalah dari Nepal. Oleh kerana telah lama duduk dan bekerja disini, kebanyakan guard Nepal ini fasih berbahasa melayu. Walaupun begitu, bahasa pengantara atau bahasa kebangsaan residence disini bukan bahasa melayu mengikut bahasa kebangsaan negara Malaysia, sebaliknya, mereka lebih menggunakan bahasa penjajah atau bahasa inggeris. Ini mungkin juga majoriti penduduk di residence ini adalah bukan melayu.

Apabila mendapat panggilan dari guard house, biasanya guard akan berkata begini.

Hello good evening sir, guest name Ikhwan Fadzli is coming. May I proceed?”

Seingat saya, dalam masa seminggu, saya akan menerima panggilan telefon daripada guard lebih dari 5 kali secara average.

Petang tadi guard telah membuat panggilan telefon lagi kepada saya. Namun kali ini, kenyataan atau permintaan izin guard adalah agak luar biasa. Katanya begini,

Hello good evening sir, guest delivery from … bla bla bla…”

Saya seakan terpaku. Walaupun tidak berapa nak dengar ayat hujung itu akibat gangguan bising renovation rumah sebelah, seperti ada improvement customer service level premium oleh kumpulan guard house. Instead of memberi izin, kali ini guard siap nak hantar tetamu datang kerumah.

Barangkali SOP baru adalah membuat escort tetamu dari pintu masuk ke rumah owner. Barangkali SOP baru ini lebih memastikan lagi keselamatan residence yang ada. Barangkali, guard tidak mahu tetamu yang datang, tidak jumpa rumah.

Mungkin, kerana itu, guard yang dari Nepal ini, saya agak, barangkali, menggunakan bahasa inggeris yang kurang tepat untuk menyatakan hasratnya.

Saya menunggu di luar rumah untuk menyaksikan kehebatan level service guard yang baru ini. Tidak berapa lama kemudian, seorang penunggang motosikal india kelihatan menuju ke rumah saya.

Saya cuba memerhati dengan detail namun tidak pula kelihatan guard datang sekali sebagai escort. Apabila penunggang india ini sampai dan berhenti di depan rumah saya, saya tersenyum dan terketawa di didalam hati apabila melihat dibelakangnya ada sebiji tong gas.