All posts filed under “blog

Guest Delivery

Residence saya ini ada guard house. Tugas guard yang duduk di guard house ini adalah untuk memastikan security di residence ini terkawal dan selamat. Satu hal yang buat kawan-kawan menyampah bila nak singgah rumah saya adalah kerana level security guard house yang sangat ketat. Walaupun mempunyai mesin canggih yang berupaya membuat scan IC atau lesen kereta tetamu yang datang dengan kadar sekelip mata, guard tetap komited melakukan hal yang sama, walaupun tetamu kadangkala datang tiap-tiap hari.

Proses detailnya begini. Apabila tetamu datang rumah, guard akan meminta IC atau lesen kereta sebagai dokumen izin masuk. Guard kemudian akan membuat panggilan telefon kepada tuan rumah, memberitahu tentang kedatangan tetamu sekaligus meminta kebenaran sama ada boleh membenarkan tetamu ini masuk atau tidak.

Kebiasaannya guard ini bukan berbangsa melayu. Kebanyakkannya adalah dari Nepal. Oleh kerana telah lama duduk dan bekerja disini, kebanyakan guard Nepal ini fasih berbahasa melayu. Walaupun begitu, bahasa pengantara atau bahasa kebangsaan residence disini bukan bahasa melayu mengikut bahasa kebangsaan negara Malaysia, sebaliknya, mereka lebih menggunakan bahasa penjajah atau bahasa inggeris. Ini mungkin juga majoriti penduduk di residence ini adalah bukan melayu.

Apabila mendapat panggilan dari guard house, biasanya guard akan berkata begini.

Hello good evening sir, guest name Ikhwan Fadzli is coming. May I proceed?”

Seingat saya, dalam masa seminggu, saya akan menerima panggilan telefon daripada guard lebih dari 5 kali secara average.

Petang tadi guard telah membuat panggilan telefon lagi kepada saya. Namun kali ini, kenyataan atau permintaan izin guard adalah agak luar biasa. Katanya begini,

Hello good evening sir, guest delivery from … bla bla bla…”

Saya seakan terpaku. Walaupun tidak berapa nak dengar ayat hujung itu akibat gangguan bising renovation rumah sebelah, seperti ada improvement customer service level premium oleh kumpulan guard house. Instead of memberi izin, kali ini guard siap nak hantar tetamu datang kerumah.

Barangkali SOP baru adalah membuat escort tetamu dari pintu masuk ke rumah owner. Barangkali SOP baru ini lebih memastikan lagi keselamatan residence yang ada. Barangkali, guard tidak mahu tetamu yang datang, tidak jumpa rumah.

Mungkin, kerana itu, guard yang dari Nepal ini, saya agak, barangkali, menggunakan bahasa inggeris yang kurang tepat untuk menyatakan hasratnya.

Saya menunggu di luar rumah untuk menyaksikan kehebatan level service guard yang baru ini. Tidak berapa lama kemudian, seorang penunggang motosikal india kelihatan menuju ke rumah saya.

Saya cuba memerhati dengan detail namun tidak pula kelihatan guard datang sekali sebagai escort. Apabila penunggang india ini sampai dan berhenti di depan rumah saya, saya tersenyum dan terketawa di didalam hati apabila melihat dibelakangnya ada sebiji tong gas.

What If?

Saya ke Johor awal minggu ini. Ada kerja yang saya perlu siapkan. Alang-alang ke sana, saya jumpa kawan lama.

***

Kadang-kala di dalam hidup ini kita terperangkap dalam permainan “possibility”. Bahasa melayu kata, “maha kemungkinan”. Dalam fikiran kita, ada satu frasa ayat yang kadangkala muncul membuatkan kita sama ada lebih gembira, namun biasanya, lebih berduka cita.

Frasa ini pendek sahaja. Ada 2 perkataan dalam frasa ini. Namun kesan frasa ini, sangat makan dalam. Frasa ini adalah, “What If”.

***

Apabila di dalam jalan hidup kita ini, tidak seperti yang kita rancang, “What If” akan muncul menjadi tetamu utama fikiran kita. “What If” mula menampakkan wajahnya, membuatkan kita mula bereksplorasi ke jalan yang tidak bermanfaat. “What If”, adalah sesuatu yang sia-sia, bagi saya, sekiranya diletakkan pada waktu yang tidak tepat.

***

Umum mengetahui kerajaan dunia ini dipunyai oleh tuhan yang Satu. Dan tuhan itu, yang segala Maha, mempunyai unlimited sifatnya, yang tak terfikir oleh manusia. Tidak perlu pergi kepada sifat-sifat yang aneh dan pelik. Cukup sekadar sifat yang paling selalu disebut sang manusia.

Maha Adil. Maha Mengetahui. Dan, Maha Bijaksana.

***

Segala yang telah berlaku, berlaku kerana Maha Adil. Ini bermaksud, tidak ada satu hal di dunia ini, berlaku, tanpa keadilan Maha Adil tersebut. Sebaliknya, mata sang manusia itu, tidak berupaya melihat, apakah keadilan Maha Adil tersebut. Kita mungkin melihat Palestin dirogol bertubi-tubi oleh Zionis, namun terjadinya hal begitu, adalah kerana Maha Adil. Dimanakah keadilannya?

Ini membawa kepada sifat yang kedua yang selalu disebut. Maha Mengetahui.

***

Maha Mengetahui, mengetahui segalanya. Maha ini, mengetahui apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, malah mengetahui juga, apakah yang bakali berlaku. Barangkali masa yang bermula, dari awal hingga akhir, di hadrat Maha Mengetahui, bagaikan telah tamat, atau mungkinkah berulang-ulang? Saya tidak tahu.

Kerana, Maha Mengetahui, mengetahui segalanya dalam threshold yang luas : The Past, The Present, and The Future, maka ini pula membawa kepada sifat yang seterusnya, Maha Bijaksana.

***

Manusia yang diberikan sedikit kebijaksanaan, boleh mengaitkan sesuatu hal yang terpisah, menjadi tersambung. Walaupun berbeza kategori, atau mungkin tema, dengan kebijaksanaan, manusia boleh membuat kesimpulan. Seperti iklan di TV tentang anak kecil yang minum susu, lalu sel-sel otaknya bersambung, berjaya menyelesaikan masalah melalui kaitan antara satu subjek dengan satu subjek yang lain. Ini yang saya katakan sesuatu yang terpisah, dilihat sambungannya, dengan kebijaksanaan.

***

“What If” menentang segala sifat Maha Adil, Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana. “What If” adalah bagi saya, permainan unsur kecelakaan. Sekiranya ia dibiarkan bersarang di dalam minda secara salah, ia boleh membawa keluar seorang penghuni syurga, lalu menjerumus seseorang ke lembah kenerakaan.

Sebagai contohnya begini. Seseorang telah pun makan buah rambutan, dan lantaran itu dia sudah pun kenyang, malah merasai pula nikmat manisnya buah rambutan itu. Ketika dia melihat, kawannya makan pula, buah anggur, dia lalu berkata, “Kalaulah aku makan buah anggur dulu, mesti lagi manis dan sedap. Anggur ni import. Rambutan, local”.

Walhal, dia tidak tahu, ada kemungkinan, apabila dia makan buah anggur, dia akan mengalami cirit birit. CIBI lalu membuatkan dia tidak boleh kerja seminggu! Instead of berfikir tentang kemungkinan mendapat makan buah anggur sedangkan sudah makan buah rambutan, seseorang sepatutnya bersyukur kerana paling tidak ia dapat makan buah, berbanding orang lain yang langsung tidak dapat makan apa-apa buah pun.

***

Itu adalah hal “What If” yang negatif. Jumud melihat “What If” hanya negatif, bagaikan melihat hanya satu jalan sahaja menuju ke tuhan. “What If” boleh dan hanya menjadi positif, bukan dalam konteks untuk membandingkan apa yang telah terjadi pada masa lampau. “What If” menjadi positif, apabila digunakan pada waktu semasa, agar masa depan dapat diramalkan, dalam pelbagai pilihan.

Metaforanya sebegini. Ketika seseorang makan buah rambutan dan kenyang lalu bersyukur, ia kemudian terfikir. “What If” aku usaha lebih sikit agar aku dapat makan buah anggur pada hari esok?

“What If” sepatutnya digunakan bukan apabila hidup kita tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya digunakan untuk, merancang hidup kita.

Tidak perlu menyesal dengan apa yang telah berlaku di waktu silam. Sebaliknya, berfikirlah apa yang terbaik, untuk masa depan.

Kita mungkin tidak tahu apakah masa depan kita, namun dengan sedikit kebijaksanaan, kita menjadi adil untuk diri kita sendiri.

***

A, B atau C?

Ada waktu dalam hujung tahun lepas. Dimana, Aku diberi pilihan sama ada A, B atau C. Lalu Aku menemui setiap dari mereka ini untuk menilai dan membuat keputusan, yang dahulu kala, dinamakan Kuda.

Kuda pertama yang Aku tunggang adalah kuda C. Aku merasakan kuda ini terlalu berat bagiku. Untuk menunggang kuda ini, ia adalah ibarat menunggang kuda gemuk sebesar gajah yang kerajaan Melaka beli, dari kerajaan Sumatera dahulukala. Melihat pakaian kuda C ini, hati Aku berkata, ia terlalu mewah bagiku. Ini, persis kuda istana. Menunggang kuda ini, seolah memberitahu : Aku adalah raja. Di tapak kaki kuda ini, tertulis nombor : 350e.

Kuda kedua yang Aku tunggang adalah kuda B. Kuda ini ganas. Aku pernah katakan kepada kawan Aku, “If you want to become beast, then this is for you“. Kuda B ini terlalu liar untuk dijinakkan. Ini, adalah kuda perang. Sejurus Aku menunggang, Aku dapat merasakan adrenalin jantung Aku berdegup kencang. Sekelip mata, Aku telah dibawa jauh beratus kaki dari tempat Aku mula. Hati Aku berkata, “Ini, terlalu fizikal”. Namun pakaian kuda B ini tidak semewah kuda C. Kelebihannya adalah, bila Aku membesit untuk pergi, Aku hampir hilang kawalan dalam hujan renyai yang membasahi bumi. 2 kali Aku pusing jalan belakang Glenmarie sambil ketawa kerana merasai darah muda, bukan selalu. Aku, bagaikan hidup semula! Apabila Aku membelek nombor siri yang tertulis pada ladam yang melekat pada kaki kuda ini, tertulis nombor : 330e.

Kuda ketiga, sebaliknya, memberikan Aku tanda-tanya. Pertama kali naik keatas kuda A ini, perasaannya seperti agak misteri.  Hati Aku dibiarkan bisu tanpa persoalan. Sebaliknya, Aku biarkan perasaan Aku ini, berkenalan dengan kuda A ini. Aku letakkan tangan ini dan merasai setiap rupa dan bentuk kuda ini. Ah…. ia bukanlah seperti kuda istana, dan bukan pula seperti kuda perang. Dalam erti kata lain, ia bukan untuk kerabat diraja atau jeneral tentera.

Matanya bersinar dan memberikan cahaya yang telah Aku kenal. Hati Aku terpaut, bukan kerana rupa tetapi sebaliknya, falsafah cahaya yang kuda ini bawa. Ia bukan setakat menerangi jalan malam Aku yang kelam, malah menerangi jalan Aku yang suram.

Garis lurus dari belakang pinggul kuda ini hingga ke matanya, mengingatkan Aku jalan pulang.

***

Ada 3 jenis manusia di muka bumi ini. Pertama yang terpaut hatinya kepada kemewahan dunia. Kedua pula adalah yang terpaut hatinya kepada tenaga dan darah muda. Tidak ada salahnya memilih yang mana-mana, kerana hakikatnya yang memilih itu bukan kita.

Aku lebih terpaut hati kepada kebijaksanaan. Kerana, bagi Aku kebijaksanaan boleh menampakkan manusia betapa, cahaya itu berlapis-lapis membentuk Satu yang menampakkan kita jalan yang lebih lurus. Kebijaksanaan, boleh membawa manusia kemana sahaja dia mahu.

Dan kerana itu, Aku telah memilih kuda A sebagai kenderaan rasmi Aku untuk terbang, lebih dalam lagi. Itu pun kalau diizinkan oleh Nya.

Kerana Penulis, masih terpisah

Aku pernah tanya kepada guru aku, tentang bagaimana kias (metaphor) antara tuhan dan manusia. Aku tanya begini.

“Kalau sebuah buku yang ada kulit dan ada isi, itu manusia, maka di mana terletak tuhan? Adakah tuhan penulisnya?”

Kata guru aku,

“Yang lebih tepat, Ceritanya.”

The Alchemist

Staff aku tanya, kalau ada satu buku yang paling power untuk dia baca, buku apa yang aku cadangkan. Aku jawab, “Cari, The Alchemist”.

Dia balas lagi, bukankah Quran buku yang paling power?

Aku kata, “Quran bukan buku. Quran itu KAMU.”

2bbd1cae-7c93-44fa-aecd-2700ba49cd87img400

Aku ada 4 buku ini. Pertama yang edisi translation Indonesia yang aku beli di Jakarta tahun 2008 rasanya. Kedua, edisi English untuk isteri aku setahun selepas itu. Pada tahun 2014, aku beli satu lagi edisi novel grafik dan tahun ini aku beli satu lagi edisi ulangtahun ke 25 buat kenangan dalam frame. 

3 tahun

Sudah 3 tahun aku cuba untuk hidupkan balik blog personal ini. Dan cubaan itu pasti datang setiap kali masuk bulan November. Fantasi aku adalah untuk melancarkan secara umum tepat pada 29 November sempena hari aku dilahirkan ke dunia.

Namun sudah 3 tahun aku gagal. 3 kali.

Ini adalah tahun keempat. Tahun ini, aku rasa aku mungkin berjaya. Kerana, 3 tahun lagi, aku akan berumur 40 tahun. Walaupun aku telah lewat 3 tahun, tapi aku rasa kali ini aku awal 3 tahun.

Life begin at 40.