Catatan Meditation, Hari – 88

Pada hari ke 88 Aku meditate, esoknya Aku menemui kegagalan. Ini adalah kerana, pada hari ke 89, Aku, lalai lalu lupa untuk buat rutin yang satu ini.

Aku, pada waktu itu berada di Kuantan. Bercuti bersama Mak dan Abah. Siang itu puas berjalan layan Mak dan Abah pergi makan, pergi rumah kawan.

Bila malam, elok lepas hisap rokok, Aku baring dan terus tidur. Katil di Hyatt ini memang cilakak. Esoknya Aku bangun menyumpah amat, walaupun bantal dan tilamnya lembut dan enak ditiduri.

Rupanya penyesalan yang paling kecewa, adalah apabila gagal untuk meneruskan. Seminggu Aku depress.

88 hari….

 

View this post on Instagram

 

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on