Catatan Meditation, Hari – 21

Catatan Meditation, Hari – 21

Waktu itu adalah waktu malam, Aku memandu laju #siriarfahkuahterung balik dari Pulau Pinang menuju ke Jitra. Di dalam kereta, semua sedang tidur : isteriku, dua anakku dan ibu mertuaku. Hari di luar hujan. Tetapi tidak lebat mana. Kalau pernah renjis tangan yang baru dibasuh dari paip kepada muka orang sambil ketawa, begitulah keadaannya. Kerana, tayar #siriarfahkuahterung itu adalah nipis, dan bersaizkan rim 18, maka, pernah, kawan aku pesan begini : kalau hujan, tak kira lebat tidak, hati-hati. Sebab, tayar nipis, licin. Kereta, boleh terbabas.

Minda Aku waktu itu bagaikan wayang. Bermacam-macam layar muncul. Kerana Aku memandu laju, dalam keadaan yang paling berhati-hati sekali. Dikatakan apabila seorang lelaki sudah mempunyai seorang anak, hilang segala keberanian menduga alam seluruhnya. Dan Aku, sudah mempunyai dua. Maksudnya begini. Apabila buat sesuatu, kita fikir beribu malah berjuta kali. Jika terjadi apa-apa kepada kita, apakah nasib mereka?

Tetapi menjadi seorang lelaki, degil itu ada. Biasa. Memandu #siriarfahkuahterung, 180 km/j bagaikan 120 km/j kereta – kereta lain di jalan raya. Memandu kereta sebegini, lebih banyak brek dari biasa bila di lane paling kanan, ada kereta lain yang menghalang.

Aku suka memandu #siriarfahkuahterung waktu malam. Aku boleh melihat peta GPS tanpa menoleh, kerana, pada zaman yang Aku beli ini, petanya terpapar di dashboard meter kereta. Yang lain-lain ada dashboard juga tapi di tengah kereta. Maka, kerana peta ini boleh zoom in, zoom out, Aku boleh nampak awal jalan di hadapan sama ada selekoh atau lurus. Itu memberi Aku banyak kelebihan pada kelajuan 220 km/j.

Memandu, memerlukan fokus yang tajam. Hatta, apabila mengembara jauh, Aku memakai glove tangan seperti Ted Mosby dan isteri pertamanya itu. Bukan nak mengada tetapi alangkah menunggang motor pun Aku pakai glove, lagilah memandu #siriarfahkuahterung.

Jalan di depan daripada selekoh menjadi lurus. Dan lurus ini sangat panjang. Aku melihat cermin belakang, kosong dan didepan juga kosong. Pedal kelajuan Aku tekan semakin dalam. Dan #siriarfahkuahterung patuh tidak ingkar, membesit malam membelah renjisan air hujan.

Tiba-tiba hati Aku dilalukan ilham. Eh. Bagaimana kalau tengah-tengah malam ini tiba-tiba ada lembu pulak melintas di tengah jalan? Kalau kereta di depan dari jauh memang boleh nampak sebab ada lampu. Lembu, mana ada lampu. Spontan, kaki Aku menekan lembut brek, dan #siriarfahkuahterung jantungnya barangkali, menjadi tenang.

Seketika sejurus itu, Aku menoleh ke tepi. Sebuah papan tanda kuning melintas kiri sesaat. Di papan tanda kuning yang bersinar jelas bila disuluh lampu ada gambar seekor lembu!

Sudah 21 hari Aku meditate. Ini bukaan pertama yang Aku rasakan kembali setelah lama berhenti. Ayat penjelasannya begini. Sebelum yang zahir itu muncul di alam besar, yang batin datang dulu, di alam kecil. Barangkali ini yang dikatakan : Maha Mengetahui.