Catatan Meditation, Hari 20 : Baca, dan mengenal diri di Kinderkaizen

7 Mac 2019

EL Lukh anak lelaki Aku tahun ini telah Aku hantar ke pre-school. Setelah membuat perbandingan dan melihat pada keperluan EL Lukh, yang umurnya baru 3 tahun lebih nak masuk 4, Aku pilih Kinderkaizen. Kinder membawa maksud “budak-budak” dalam bahasa German, manakala “kaizen” adalah “penambahbaikkan berterusan”, dalam bahasa Jepun. Method pengajaraan di Kinderkaizen adalah berasaskan “bermain”. Lagipun, Aku memang bercita-cita satu hari nanti nak bawa EL ke German setelah Aku bawa EL ke Jepun, maka, Aku mengambil ini sebagai bahasa alam berkata kepada diri.

Ada 6 makam yang harus EL Lukh lalui sepanjang “bermain” di Kinderkaizen.

  1. Langsung tak main apa
  2. Main seorang diri
  3. Tengok orang main
  4. Nampak macam main sama2, tapi tak
  5. Main sama2, tapi tak main sama2 pun
  6. Main sama2

Untuk lebih faham tentang perjalanan makam ini, boleh klik sini. Sebelum diterima masuk dalam Kinderkaizen, EL pergi assessment 3 hari untuk tengok EL di makam yang mana.

***

Di Bangi, hari ini, Aku bertemu dengan kawan lama. Kawan Aku ini membuat sistem tadika. Kami banyak berbual tentang perniagaaan dan sistem pembelajaran zaman ini. Lalu, terkeluar cerita tentang membaca dan mengenal huruf.

Menurut kawan Aku, anak-anak perlu diajar membaca, sebelum diajar mengira. Bermaksud, membaca, lebih penting daripada mengira. Ini kerana, bila pandai membaca, baru boleh mengira. Sebab, kalau tak pandai baca arahan, bagaimana nak mula mengira?

Aku bersetuju. Kata Aku, wahyu pertama kepada Prophet Muhammad, adalah BACA, bukan KIRA. Kami, lalu ketawa.

Belajar membaca pula, kata kawan Aku, bukan dengan mengenal huruf dulu, seperti zaman kami dulu. Kami dulu belajar mengenal A, B, C, dan dari huruf baru belajar sambung perkataan dan seterusnya sambung ayat. Belajar membaca zaman sekarang, adalah belajar bunyi atau phonics. Setelah pandai, baru mengenal huruf, katanya.

Mengenal huruf dulu baru membaca macam kami dulu sebenarnya lambat dan panjang prosesnya. Membaca melalui bunyi, lebih cepat prosesnya.

Membaca, kemudian baru mengenal huruf, ini pun Aku setuju. Sebab, Prophet Muhammad, belajar BACA dulu, kemudian baru KENAL DIRI. Kami, sekali lagi, ketawa.

***

EL di Kinderkaizen, belajar phonics. Bila balik rumah, dia nyanyi lagu secara phonics, dan Aku, sepatah haram tak faham apa. Ini Aku rasa, namanya, Generation Gap.

Jika EL di Kinderkaizen, sebuah pre school atau kindergarten, harus melalui 6 makam dalam hidupnya sebagai kanak-kanak, maka Aku yang tua bangka ini pastilah ada lagi makam yang harus dilalui sebagai si tua bangka.

Jika kamu berminat dalam hal “mengenal diri”, ada 7 makam yang harus seseorang lalui.

***

Prophet Muhammad, Aku rasa wahyunya BACA, bukan sebab suruh baca buku setahun sampai seratus buku. Ada maksud yang lebih mendalam tentang wahyu BACA yang turun ini. Ya betul, baca seratus buku setahun boleh menyebabkan kita jadi pandai, namun apa gunanya menjadi pandai tetapi tidak kenal tuhan yang sebenar.

Bila Prophet Muhammad mula mengenal diri? Rujuk peristiwa Isra’ Mikraj. Teori Aku, berdasarkan plot yang berlaku, Prophet Muhammad mengenal diri disini.

***

Apakah benar, ada konsep “mengenal diri” di dalam agama islam? Kenapa di sekolah dulu tidak diajar bab “mengenal diri”? Kalau tidak di sekolah, kenapa tidak diajar di universiti?

Kata orang, awal mengenal agama adalah mengenal Allah. Dan untuk mengenal Allah, seseorang harus mengenal diri. Ada hadis tentang hal ini. Namun kata orang lagi, hadis ini hadis palsu :

“Barang siapa yang mengenal dirinya, sungguh ia telah mengenal Tuhannya.”

***

Aku pernah melalui zaman kesangsian ini. Kalau benar, “mengenal diri” ini perlu dan penting, paling tidak, mesti ada ditulis dalam quran. Lalu, Aku bermeditasi mencari jawapan ini. Satu hari, ketika membuka Quran, Aku melihat jawapan pada satu surah ini :

Surah 53 : Bintang

Lalu, seseorang mungkin terfikir, apakah langkah pertama untuk mengenal diri? Antara direction yang seseorang boleh pergi, adalah dengan mempelajari dan memahami, Sifat 20. Namun, itupun setelah, “simpul ghaib” yang selama ini terkunci, dibuka.

Alah, macam nak buka phone mesti kena ada password? Macam juga nak masuk rumah atau start kereta, mesti ada kunci. Dan  “mengenal diri”, juga ada kuncinya.

***

Bintang di langit yang tinggi, boleh dilihat dengan mata, mungkin kerana ilmu membaca buku beratus setahun. Bintang di dalam diri, sebaliknya, dilihat dengan mata hati, dan hanya difahami, setelah mengenal diri.

***