Catatan Meditation, Hari 1

14 Jan 2019.

Setelah lama berhenti, hari ini, Aku mula semula. Restart. Aku harap cubaan kedua ini boleh pergi sampai level 4. Bertapa, 1 jam sehari. Tengoklah, kalau tidak celaka lagi.

Tentang celaka, di dalam Quran ada kemakian ini. Carian terus perkataan “celaka”, diulang sebanyak 42 kali. Namun antara semua ini, ayat yang paling Aku minat adalah “celaka” pada Surah 107:4.

Ini Surah penuhnya.

107 : Assistance

In the name of God, the Gracious, the Merciful.
1. Have you considered him who denies the religion?
2. It is he who mistreats the orphan.
3. And does not encourage the feeding of the poor.
4. So woe to those who pray.
5. Those who are heedless of their prayers.
6. Those who put on the appearance.
7. And withhold the assistance.

Surah ini namanya, Surah Bantuan / Pertolongan, mungkin dinamakan begitu kerana pada ayat terakhir yang ke 7, ada perkataan bantuan atau pertolongan.

Positif vs Negatif

Jika boleh disimpulkan maksud surah ini adalah,

Rangkap 1 : “Orang yang menolak agama, adalah yang zalim pada anak yatim, dan tidak memberi makan kepada orang miskin”

Rangkap 2 : “Maka celakalah bagi yang sembahyang, yang tidak peduli / lalai dalam sembahyang, yang menunjuk-nunjuk, dan yang tidak menolong.”

Surah ini tidak dinamakan sebagai Surah Celaka. Walaupun, semua kesemua ayat dalam surah ini, paksinya negatif, nama surah positif. Ada ironi disitu.

Cuba kita tengok, kalau kita positifkan semua 7 ayat ini.

Rangkap 1 : “Orang yang menerima agama, adalah yang adil pada anak yatim, dan memberi makan kepada orang miskin”

Rangkap 2 :”Maka untunglah bagi yang sembahyang, yang fokus / sedar dalam sembahyang, yang ikhlas, dan yang menolong.

Lawan kata “Celaka”

Apakah antonim bagi perkataan “Celaka”? Melalui carian yang Aku jumpa, Aku simpulkan bahawa, lawan bagi perkataan “Celaka” adalah “Untung”.

Kesimpulan

Orang yang fokus dalam sembahyang, yang sedar dia sedang sembahyang, adalah orang yang menerima agama. Kerana itu, kesan dari kesedaran dan fokus sembahyang ini, maka dia menjadi adil kepada anak yatim, memberi makan kepada orang miskin, sentiasa ikhlas dalam perbuatan, dan sentiasa menolong orang.

Kerana semua perbuatan baik ini, dia bukan orang yang celaka. Dia orang yang beruntung. Kenapa dia orang yang beruntung?  Dan, siapakah orang yang paling paling paling beruntung?

Aku rasa, orang yang diberi bantuan sentiasa, setiap masa,  oleh tuhan adalah orang yang paling paling beruntung.  Ini kerana, yang membantu dalam jalan hidup kita adalah tuhan. Bukan jiran, bukan kawan. Apa jua masalah dalam dunia pun akan selesai dengan bantuan tuhan. Dan menerima bantuan tuhan, tanda diterima tuhan.  Ini hasil untuk seseorang yang tidak pernah menolak agama.

Ada satu lagi.

Orang yang paling paling paling beruntung, rupanya bukan beruntung kerana sembahyang sahaja. Tetapi kerana semua perbuatan baik tadi. Perbuatan baik dia tadi, rupanya adalah satu “Persembahan”. Di dalam “Persembahan” hidupnya, dia sedar, dan fokus, tidak lalai, bahawa, segala perbuatannya, adalah kerana dia menerima panggilan tuhan, melalui penerimaanya pada agama tadi.

Maka, bolehkah Aku merasakan bahawa, di dalam dunia ini, di dalam jalan hidup ini, barangsiapa yang memberikan “Persembahan” terbaik, atau, melakukan yang terbaik (bukan sekadar melakukan perkara baik, tapi apa yang dia buat, dia buat sehabis baik), tidak akan hidup susah, kerana  tuhan sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

Mungkin kerana itu, surah ini dinamakan surah bantuan / Surah 107 – Assistance. Tuhan memberitahu kita bahawa untuk AKU menolong kamu, tolong “Persembahkan” yang terbaik dulu kepada AKU.

Bagaimana?
1. Cari orang miskin, bantu. Paling mudah, belikan keperluan makan keluarga mereka. Etc. Beras, lauk pasar. Tesco ada jual kupon. Beli kupon ini, dan beri kepada mereka.
2. Anak yatim, jangan zalim kepada mereka. Jangan ambil hak mereka. Kalau mampu, adopt mereka. Kalau tak mampu, bayarkan yuran sekolah mereka, atau bila tahun baru, belikan keperluan sekolah mereka.
3. Segala perbuatan, jangan ada “kerana”. Mesti Ikhlas.
4. Jika orang meminta bantuan kita, tolong.

Masakan pahlawan negara, para pendekar, hulubalang, para kerabat diraja, diberikan kesenangan hidup oleh Raja, kalau tidak kerana “Persembahan” yang diberikan olehnya. Lihat sahaja bagaimana Ned Stark, diangkat menjadi “The Hand of the King”.

***