Asal asal

bismillah
Pada tahun 2004, Disember, Aku mengakhiri zaman bujang apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan isteri Aku. Beberapa hari sebelum berkahwin, Aku sketch satu lukisan dalam Flash (yang Aku berharap satu hari nanti Aku akan transfer kepada painting tapi tak pernah jadi).

Lukisan ini sebenarnya adalah kaligrafi ALLAH dimana ALIF adalah ADAM, dan HA adalah HAWA. Dua LAM ditengah adalah “La” bermaksud, tidak ada, simboliknya yang ada, cuma ALLAH.

Konsep lukisan ini adalah awalnya terpisah, akhirnya bertemu semula. Jika dizahirkan di alam ini nanti ia sepatutnya ada 2 lukisan yang berbeza, dan boleh bercantum menjadi satu.

Screen Shot 2017-04-25 at 7.07.22 PM

Ini size yang lebih besar sikit. Harapnya Aku masih simpan file asal agar boleh reproduce semula untuk printing.

adamhawa

Aku tuliskan juga sebuah puisi yang bertajuk “asal-asal”.

Asal asal

asal asalnya dari perpisahan
sebab dari perpisahan itu terjumpa
yang dinamakan pertemuan

dari pertemuan ini yang telah ditulis
dibaca sebagai qada dan qadar

sebagai itulah sepatutnya
sepatutnya sangat
kepada kita yang berpisah
dan bertemu semula
sujud dan terus sujud selama mana
selama mungkin

sampai akhir sekali kita bertemu dengan kekasih sebenar benarnya
yang telah tertulis oleh qada dan qadar
ditulis olehnya asal asal
asal empunya

(dipetik dari sketch painting asal asal yang ditulis beberapa minggu sebelum ijab qabul, dan dalam proses conteng pada kanvas)


Info Artwork
Medium : Vector Graphic, Flash 3.0
Tahun : 2004
Lagu Tema : Emiliana Torrini, CRAZY LOVE + Dewa, RISALAH HATI