ahmadzombie.com

Seseorang yang mengambil keputusan untuk menjadi ultra marathoner, mesti, kalau dia ingat, ada kasut larian yang paling pertama dia pakai. Tak kira jenis apa atau brand apa, paling tidak, kalau dia ingat, mesti dia simpan kasut itu buat kenangan.

Bukan apa. Nanti bila dia ada cucu dan cicit, dia boleh tunjukkan kasut itu kepada mereka, bahawa, inilah kasut pertama yang Atuk pakai sebelum Atuk boleh lari 100 KM oneshot. Cucu cicit dia pulak boleh response. Atuk ni memang ultra hoarder.

Pada tahun 2005, Aku meminta bantuan sahabat gua Aku, John Zulazri untuk membuatkan Aku satu web platform untuk Aku menulis. Sebelum ada web ini, Aku menulis dan upload, menggunakan  software Dreamweaver. Dalam kata lain, setiap tulisan Aku, save HTML, dan link dari main page.

Sampai satu tahap Aku rasa letih, lebih-lebih lagi bila nak tukar design web tersebut. Sebab zaman itu belum ada CSS lagi. Bila nak tukar, kena tukar tiap-tiap page. Sebab tu zaman tu kalau client mintak tukar size atau warna font, biasanya designer akan menyirap dan akan menyumpah.

Apabila John Zulazri yang hebat coding PHPnya itu bersetuju untuk membantu, Aku sangat gembira. Lalu, lahirlah ahmadzombie.com.

***

Web ini adalah sebelum zaman blogspot atau wordpress. Ada page untuk post, dan akan terpapar keluar di bahagian hadapan. Tidak ada lagi nightmare nak link manual, semuanya sudah auto tinggal Aku untuk tulis dan publish.

Seingat Aku, web ini hidup hampir 2 tahun lamanya. Akhirnya tewas akan ia kepada WordPress yang lebih canggih dengan plugin yang dibuat oleh komuniti satu dunia. Bila difikir balik, masakan 2 orang (seorang designer dan seorang progammer) boleh melawan dunia.

By the way, sebahagian daripada posting dalam web ini sempat Aku simpan untuk kegunaan masa hadapan. Benarlah kata orang. Menyimpan, ada faedahnya untuk hari tua.

P1024x768-03748 P1024x768-03750 P1024x768-03749


Info Artwork
Design Web + Teks Penulisan, coding PHP oleh John Zulazri
Medium : Web
Tahun : 2005 – 2007