Agar menjadi habit

Di Alor Setar dulu ada Habit Art Cafe. Kalau melepak minum di situ memang agak archi-hipstur sekali.  Kalah mainstream Starbuck atau Coffee Bean. Tak boleh feel art kat 2 kedai kopi ini berbanding Habit Art Cafe.

Namun Habit Art Cafe telah ditutup. Ini gara-gara kapitalis yang gila menaikkan harga sewa. Mujur owner Habit ini kental jiwanya. Dia cari tempat lain dan buka cafe baru dengan nafas yang lebih segar. Kali ini namanya lain. Chapter two.

Screen Shot 2018-09-22 at 1.32.44 AM

***

Sebenarnya Aku yang zaman dulu memang bertapa. Pertama kali Aku belajar bertapa, adalah pada tahun 2004. Sejak itu Aku bertapa on off tak berapa nak serius. Aku pernah bertapa di gunung malah di pulau. Itu tidak masuk latihan pertapaan setiap minggu secara berjemaah dengan adik-beradik. Difikirkan balik, kalau Aku serius black bertapa dari dulu sampai sekarang, agak 14 tahun jumlah faedah yang Aku patut dapat rasa. Kalau sehari Aku meditate satu jam, 14 tahun membuatkan Aku telah meditate 5100 jam. Ini bersamaan dengan meditation selama 212 hari berturut-turut tak makan tak minum. Malangnya……..

Sehingga satu hari baru-baru ini, ada satu peristiwa sikit datang menguji keluarga Aku. Helpless, Aku terpaksa dapatkan bantuan seseorang untuk selesaikan hal ini. Method yang digunakan seseorang ini, adalah hasil meditation bertahun dia. Alhamdulilah, izin tuhan, ujian ini selesai. Yang tidak selesai cuma Aku. Bayangkan satu masa dahulu kita boleh makan buah yang manis tetapi hari ini orang lain yang makan dan kita tengok sahaja.

Aku fikir, ini adalah Chapter Two dalam siri pertapaan Aku. Lalu Aku namakan ia, #siripertapaanramlee.

***

Untuk menjadikan sesuatu itu rutin, atau habit, seseorang perlu ulang dan ulang dan ulang sesuatu itu selama 40 kali. Jika ia acara harian, ulanglah 40 hari. Selepas hari ke 40, percayalah. Ia menjadi sebuah rutin.

Contohnya begini, Aku kongsikan cara bagaimana untuk lapang rezeki. Bila bangun pagi, lepas mandi, wajah yang hebat itu hadapkan depan cermin. Dengan renungan mata yang tajam itu, pandang wajah sendiri lalu katakanlah dalam hati.

“Tuhan. Mudahkan hidup Aku. Bagi Aku RM 1 juta”.

Ulang setiap hari. Apabila ia menjadi rutin, atau habit, jangan terkejut satu hari nanti tiba-tiba peluang untuk dapat RM1 juta singgah menemui anda.

Waktu itu jangan lupa 20% untuk Aku.

***

Agar Aku menjadikan pertapaan ini satu habit, lalu Aku tuliskan matlamat 40 hari. Dan matlamat 40 hari ini Aku gandakan 3 kali, agar meditation dan Aku, menjadi SATU.

0bcb5525-5e7b-4b48-afaf-dd451aa718a5

Sehari ada 24 jam. Apalah 1 jam, untuk diri sendiri.