#365Eye

Keterjebakan Aku, dalam “larian“, membuatkan Aku, lari, hampir setiap hari. Paling tidak itu yang Aku berniat setiap hari namun menjadi manusia (sanskrit : manuṣya), Aku sama sahaja seperti orang lain. Adakalanya nafsu naik dan turun. Ketika berahi lari timbul, Aku boleh lari jauh. Ketika hari berahi hampir kosong, Aku tengok youtube.

Lalu Aku terfikir, bagus Aku untuk Aku cipta satu kalendar yang khas untuk “larian“, agar menjadi satu motivasi visual untuk setiap hari. Kadangkala ada orang yang hatinya tidak communicate dengan teks kerana ia boleh jadi tersirat. Graphic sebaliknya pun boleh jadi tersirat, tetapi yang Aku design ini adalah straight forward untuk bagitau barangsiapa yang MELIHAT, sedar, bahawa barangsiapa itu mesti keluar lari segera. Lalu aku namakan 365Eye untuk setiap hari dalam setahun.

Aku pilih size terbesar alam (A1) dan Aku susun bulat-bulat, sebagai ruang untuk barangsiapa tanda atau conteng (Aku sendiri lekat sticker yang bewarna). Aku datangkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam sebagai tanda bahawa “larian“,  kadangkala membawa maksud positif, dan kadangkala negatif.

Bergantung, pada arahnya.

***
test2poster-02-busage01test3poster-01-b1fullsizerender-4-1024x1024

Kalendar ini boleh dibeli dari Online Store blog lariansebuahkitab.


365/2016 Eye (WHITE/BLACK)
Run, Log + Repeat, daily
Running Poster Log

Size : A1 (59.4 x 84.1cm)
Material : Respecta Silk, 130 gsm, White
Delivery : Wrap in a plastic, inside a poster tube + instructions Inside
Designer & Copyright : Khairulazizi

#365Eye #365dailyrun #runningposterlog


Bacaan Lanjut :

Merchandise : Poster 365/2016
Acara : KL New Year Run 2016 Pt 2
Merchandise : Poster 365/2017 Pt 1