2911 – Suvarnabhumi

Tahun ini, pada 29 November 2018, Aku akan meraikan ulangtahun diri yang ke 39. Ini bermakna, tahun depan, Aku akan masuk era umur baru : Life begins at 40. Fuh…….

Kalau ikut timeline Prophet Muhammad, pada umur 40 tahun, beliau menjadi rasul. Lalu, 23 tahun kemudian, sebuah blueprint atau concept kehidupan yang sejahtera, dilancarkan secara global. Malah, concept ini, bertahan hingga ke hari ini. Mengikut data pada tahun 2015, terdapat 1.9 b followers concept Prophet Muhammad ini. Berapa ramai semuanya kalau ikut manusia di bumi pada tahun itu? 25%.

Tapi kita bukan seperti Prophet Muhammad. Kita cuma, angan-angan, nak ada something, untuk jadi paling tidak 1% beliau. Kalaulah dapat….

Aku lalu berfikir, apakah yang Aku mahu lakukan bagi meraikan ulangtahun ke 40 tahun depan kelak? Macam ada bayangan namun Aku rasa, biar Aku fokus pada majlis ulangtahun tahun ini.

Fikir punya fikir, Aku telah mendapat ilham. KataNya, “Ride keliling Suvarnabhumi”.

***

Pada zaman dahulu, semenanjung Malaysia ini, digelar, “Suvarnabhumi”. Atau nama yang lebih difahami dengan bahasa yang jelas, ” The Golden Khersonese” kata Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi zaman greek. Maksud dalam bahasa melayu adalah, “Semenanjung Emas”.

Kenapa semenanjung ini dinamakan Semenanjung Emas? Itu kena kaji bab sejarah. Kalau rajin, akan jumpa fakta dimana zaman dulu, emas serata dunia, datang dari sini.

***

Aku walaubagaimanapun, bukanlah nak ride keliling semenanjung sambil cari emas. Ini kerana, untuk mendapatkan emas pada hari ini, kita boleh pergi ke kedai emas tanpa ride keliling semenanjung. Aku sebaliknya, mahu mencari, “Apakah, emas yang sebenarnya di semenanjung ini?” Mungkinkah terdapat hal lain yang lebih berharga dari emas di sini? Semoga Aku bertemu jawapan yang pasti.

***

Aku merancang untuk ride selepas tarikh 29 November 2018 sebab of course, pada hari itu Aku akan celebrate birthday dengan isteri dan anak-anak Aku. Tarikh yang pasti belum dapat bayangan lagi tapi mengikut kiraan Aku, ride ini akan makan 9 hari.

***

2911, selain daripada tarikh lahir Aku, juga bermaksud begini :

2 roda
9 hari
11 destinasi

***

Ini adalah pengembaraan solo pertama Aku dengan menunggang motosikal. Kalau ikut kiraan Aku, menjelang tarikh pengembaran, riding hours Aku patut dah mencecah 5000 KM. Aku akan mengelilingi semenanjung bersama Muluk. Doakan keselamatan Aku dan Muluk.