Monthly archives of “August 2019

Casio F91-W

Setelah seminggu tidak datang ofis akibat positif influenza A atau nama yang lebih biasa : selsema burung, hari ini Aku datang ofis dengan semangat. Semangat tak semangat mana pun bila sampai ofis jam 11:00 pagi, namun ini satu rekod juga sebab biasanya sampai dalam pukul 11:30 pagi.

Dan bila Aku sampai, seperti biasa, Jon Zulazri masih belum sampai lagi sebab biasanya dia akan sampai dalam jam 12:30 tengah hari.

Bila Aku dah habis semak kerja staff dan buat sibuk apa yang patut, Jon sampai dengan muka senyum, juga, seperti biasa. Namun oleh kerana Aku dilatih oleh Che Mat Azhar ( salah seorang guru photographer hebat Malaysia ) dulu di MMU, sekilas melalui hikmat mata helang Aku melihat ada  ketidak biasaan atau kelainan pada pergelangan tangan Jon Zulazri.

Eh-eh, Jon pakai jam tangan? Ni sejak bila dah pandai pakai jam ni?

Dulu-dulu Jon pernah bagitahu Aku yang dia pelik kenapa orang pakai jam tangan zaman sekarang. Ini kerana padanya, apa perlu jam tangan kalau handphone pun dah ada jam. Ada logiknya juga namun perbincangan itu tamat dengan statement Aku bahawa, seorang lelaki dilihat melalui dua benda pada dirinya. Pertama kasut, dan kedua, jam tangan, which is pada Jon Zulazri, is nonsense. Aku ada cuba terangkan kepadanya bahawa jam dan kasut memberi idea tentang seorang lelaki tapi Jon kata “I don’t give a damn”.

Maka perbualan hari ini, banyak menjurus kepada jam tangan barunya.

Mulanya Jon suruh Aku teka berapa harga jam tangan dia. Aku agak, mungkin dalam RM120 (sebenarnya dalam hati Aku teka RM80 tapi macam tak sampai hati). Jon kata salah. Dia beli cuma RM49. Aku agak terkejut, bukan sebab kenapa harga jam itu RM49, tapi sebab kenapa Jon pakai jam RM49. Untuk seorang yang telah berjaya dalam hidup, memandu kereta Mercedes dan bila pergi makan lunch tak kisah bayar RM100 seorang sekali makan, agak rare bila pakai jam tangan RM49. Paling tidak jam mesti RM3K. Ikut kalau hari biasa. Kalau ada event, harga jam yang dipakai mesti RM20K. 

Tapi memang betul. Jam tangan Jon, cuma RM49. Kalau browse dekat web, jam tangan ini dipanggil, “The USD10 legend”.

Hakikatnya Casio F91-W ini adalah jam tangan yang paling banyak dijual di dalam dunia (menurut Casio, sebanyak 3 juta jam ini dikeluarkan dalam masa setahun). Menurut Jon, ia bukan kerana harganya murah, sebaliknya, apa yang jam ini beri, adalah beyond dari harga USD10.

Pertama, bateri jam ini tahan selama 7 tahun. Ini bermaksud, jika sekarang kami umur 40 tahun, Jon hanya perlu tukar bateri jam sebanyak 3 kali sahaja lagi kalau Jon meninggal pada usia Prophet Muhammad. Namun kerana taraf kesihatan Jon yang tip top dan ilmu perubatan dunia yang semakin canggih, Aku meramalkan yang Jon mungkin akan spend lebih sikit pada baterinya. Kalau 6 kali tukar bateri, Jon akan pergi meninggalkan Aku pada usia 82 tahun. Namun setelah berbincang dengan lebih lanjut, adalah lebih cost effective untuk Jon beli baru dan buang jam yang sudah habis bateri itu. 

Kedua, menurut Jon dengan muka bangga dia, jam ini tahan air level deep water. Menurut Jon, ada divers dah test masuk laut dalam bawak jam ini dan nampaknya tidak ada masalah langsung. Jika hal ini benar, ini bermaksud jam divers seperti Suunto atau yang lebih up lagi level dive sambil berlagak kaya seperti Bell & Ross, bakal diketawakan kaw-kaw.

Ketiga, jam ini mempunyai banyak function. Terlalu banyak function dia sampai Aku pun lupa nak tulis apa. Tapi yang Aku ingat dua benda. Pertama kalau tekan button dia menurut kombinasi tertentu, perkataan “Casio” akan muncul. Dan kedua, jam ini boleh set alarm tiap-tiap jam. 

Ada banyak lagi sebab yang agung mengapa jam ini dianggap legend. Malah, review statement dari Youtubers mengatakan, “Jika anda seorang peminat jam dan anda tidak mempunyai jam ini, anda bukan peminat jam yang sejati”. Ini membuatkan Jon ketawakan Aku dalam kadar lebih 300 desibel. 

Ya, Aku mengaku, bahawa level jam ini adalah sebenarnya memang out-of-this world. Ini kerana setelah Aku google, Aku dapati yang jam ini dipakai oleh Osama bin Laden, selain juga dipakai oleh Obama, ex President Amerika Syarikat. Memakai jam ini, melambangkan keberanian berani mati level terrorist, sekaligus juga melambangkan kebijaksanaan permainan politik dan percaturan kuasa negara dunia pertama. 

Atau kalau mahu lihat dari segi lain lagi yang lebih deep, jam ini membawa perspective duality yang sangat tinggi. Terorrisme dan anti-terrorisme mengikat kemas tangan Jon Zulazri setiap detik dan masa. Gila. Ada saat menjadi syaitan dan ada saat menjadi malaikat. Dan ini silih berganti hingga ke hari kiamat. Sebagai peminat jam dan pengumpul jam, Aku rasa ini adalah kali pertama nilai sesuatu jam itu adalah lebih dari apa yang dibayar. Dengan apa yang jam ini bagi berbanding harga USD10, adalah memang benar level beyond tomorrow.

Terima kasih kepada Jon kerana memperkenalkan Aku pada jam legend ini. Maka benarlah kata orang. Nilai sesuatu itu adalah kadangkala bukan pada harganya.