Monthly archives of “May 2017

Bookmark

Satu benda yang paling basic Aku tak pernah buat seumur hidup adalah Bookmark. Antara sebab Aku tak pakai Bookmark untuk web adalah kerana interface Bookmark sedia ada bagi Safari macam tak berapa nak mari. Satu lagi sebab Aku rasa Aku taip lagi laju daripada Aku nak move cursor ke menu atas dan pilih web dari Bookmark Safari.

Namun Aku telah menjadi lebih tua. Bukan kepantasan menaip itu menjadi perlahan tetapi upaya memori Aku itu semakin lembab. Lalu Aku bertindak mencari penyelesaian Bookmark bagi semua web yang Aku hari-hari masuk.

Satu lagi faktor adalah peningkatan jumlah web yang Aku kena tengok akhir-akhir ini meningkat mendadak dangdut.

Aku menemui ini. Malangnya ia di Chrome, bukan di Safari.

Screen Shot 2017-05-25 at 2.17.38 PMScreen Shot 2017-05-25 at 2.17.58 PM

Sekelip mata, capaian untuk ke Bookmark, melebihi kepantasan menaip Aku, dan lagi, ia ada folder dimana boleh manage secara teratur mengikut konteks. Keseluruhan rupa juga, minimal dan Aku suka.

Lalu Aku ceritakan kisah penemuan ini kepada kawan Aku, John Syed Zulazri.

Aku : Dude, gua dah decide untuk guna Chrome instead of Safari.
John : Apsal?
Aku : Sebab sekarang Aku nak manage Bookmark Aku. Cuba ko search Side bookmark Chrome. Bukan Syed Bookmark, tapi Side Bookmark.

John menaip ini :

Screen Shot 2017-05-25 at 2.21.46 PM
***
Menjadi tua, bukan sekadar hal memori. Tetapi boleh jadi juga, hal audio pendengaran.

Keperluan vs Kehendak

Untuk sama ada kita berjimat, atau mengumpul dengan lebih, atau merasakan kita sentiasa cukup, kita perlu tahu perbezaan antara keperluan dengan kehendak. Ini adalah fundamental yang paling penting untuk kita memahami apa yang kita wajib ada atau sunat ada, jika perkataan itu dihukumkan secara syariat.

Keperluan, adalah sesuatu yang wajib, mesti ada, paling utama. Manakala kehendak, adalah sesuatu yang sunat, kalau tidak ada pun tidak apa, dan keutamaannya jatuh pada tempat kedua.

Kebiasaan konteks keperluan dan kehendak, jatuh pada barang atau material, yang kita guna, seperti misalnya kereta dan sebagainya, namun spektrum ini boleh berbeza mengikut konteks.

Misalnya paling asas, adalah persoalan : Adakah kita perlu kereta?

Untuk seseorang yang masih bujang, yang tempat kerjanya dekat dengan tempat tinggal, kereta, mungkin tidak perlu lagi. Berbeza dengan sebuah keluarga, yang telah mempunyai anak kecil, walaupun tempat kerjanya dekat dengan tempat tinggal, kereta sudah menjadi satu keperluan.

Spektrum ini kemudian meningkat ubah, selepas kita membuat keputusan berdasarkan dalil yang kita fikir dan cipta sendiri, bagi menjustifikasikan segala niat.

Kereta apa yang kita perlu, atau secara tidak sedar, kereta apa yang kita hendak? Ramai yang terperangkap disini bila sebenarnya dia hanya perlu sebuah kereta sederhana, sebaliknya terbeli kereta yang lebih mewah dari yang sepatutnya.

Maksudnya, sesuatu keperluan, kadang kala berubah menjadi kehendak, tanpa disedari.

***

Itu adalah contoh dimana keperluan, tersembunyi di dalam kehendak. Adakah hal, dimana kehendak, berubah menjadi keperluan?

Mengambil contoh atau bidalan yang sama, kereta. Awalnya seseorang berkehendakkan kereta mewah, walhal ia bukan satu keperluan pun. Namun, dari kehendak ini, timbul keperluan lain yang sepatutnya tidak ada, misalnya perlu pula ada perbelanjaan tambahan bagi menampung kehendak ini seperti servis yang lebih mahal, cucian kereta yang lebih mahal, dan sebagainya. Ini selari dengan keperluan kereta itu sendiri kerana tempat servis yang murah, kadangkala akhirnya mendatangkan bala yang lebih banyak daripada yang sepatutnya tidak ada, akibat dari kekurangan skill dan sebagainya.

Kehendak, boleh mencipta keperluan lain yang berkait dengan kehendak asal tadi.

***

Pada spektum yang lebih besar dan lebih melibatkan masa depan dan nasib diri sendiri serta orang yang terdekat seperti isteri atau suami. Seseorang, bangun dari tidur dan berfikir. “Aku perlu bebas dari hidup ini, kerana Aku ada misi yang lebih utama dari menjadi biasa dan rutin.”

Asal-asalnya, adakah Aku PERLU bebas, atau Aku HENDAK bebas?

Jawapan ini adalah jawapan yang harus seseorang itu cari sendiri. Seperti yang telah saya tuliskan diatas tadi. Keperluan, adalah wajib, manakala Kehendak, masih sunat. Kehendak, boleh disalah tafsir sebagai Keperluan. Kehendak pula, boleh mewujudkan Keperluan yang lain.

Bolehkah seseorang mengubah Kehendaknya menjadi Keperluan?

***