Bukan pindah, tapi ada satu lagi rumah baru
Saya harus meminta maaf kepada anda semua kerana tidak mengupdate blog ini. Jika ia sebuah rumah, sudah pasti ada jin duduk didalamnya. Jika ia sebuah istana, sudah pasti dayang-dayang didalamnya sudah migrate ke Australia.
Sejujurnya saya melalui fasa kesibukan tahap gaban mencari idea bagaimana untuk menutup pintu ruang angkasa syaitan. Untuk itu, saya tujukan lagu P.Ramlee “Maafkan Kami” kepada anda para pembaca sekalian.
Kesibukan ini terjadi kerana saya baru pindah ofis. Jika yang pernah berkunjung ke Secretlab di Equine dulu, sekarang Secretlab sudah di Bukit Jalil.
Sejajar dengan perpindahan ini, saya telah membuka sebuah blog baru, khas untuk Secretlab. Bukan niat saya ingin meng-Tony Fernadezkan diri saya (kerana Mr. Tony ada blog agenda Air Asia) tetapi adalah lebih kepada untuk berkongsi idea bisnes selain daripada meng-arkibkan kisah Secretlab dan konco-konconya.
Untuk itu saya menjemput anda semua ke blog zizi@secretlabmedia.com.
Oh ya, kelahiran blog baru itu bukan tanda blog ini akan menjadi arwah. Disana ada tulisan yang lebih realistik manakala disini tulisannya lebih conceptual.
Selamat membaca.

Popularity: 2% [?]


No Comments Yet