khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
7 March 2010 @ 1pm

Tagged
all post

Sipenidur dan katil hitam di awan yang tinggi

Malam tadi, saya melihat ada sebuah katil yang sangat tinggi. Katil ini katil besi hitam seperti disekolah asrama dulu. Namun kakinya tinggi, hingga sipenidurnya bagaikan tidur di awan. Saya mendongak keatas dan wah… benar, sipenidur ini sangat nyenyak dibuai mimpi.

Namun, tiba-tiba, ibu sipenidur ini (saya kenal rapat) datang memberi tahu sesuatu kepada saya. Saya disuruh oleh ibunya agar melakukan sesuatu. Apa yang harus dilakukan, saya tidak tahu. Rupa-rupanya entah bagaimana, dari bawah, saya melihat diatas katil, di atas tilam, di bantal, yang hampir dengan si penidur ini, penuh dengan ulat-ulat kecil yang bewarna kuning.

Namun kerana sipenidur sangat mengantuk, ditidurnya juga diatas katil tanpa memperdulikan langsung ulat-ulat kuning yang bergerak-gerak lagi menggelikan itu. Saya cuba membuang ulat itu. Namun semakin dibuang, semakin banyak. Dikibas keluar, ada lagi.

Akhirnya saya mengambil keputusan, mengejutkan sipenidur ini. Saya menurunkan katil hingga mencecah bumi. Dan sipenidur terjaga dari tidur yang nyenyak. Di atas tanah, saya menterbalikkan tilam, mengibas bantal dan ulat-ulat kecil kuning hilang begitu sahaja. Saya sempat perasan cadarnya bewarna merah pekat.

Katil ini, dan kami semua, berada di tengah hutan banat.

Namun, sipenidur, setelah melihatkan semuanya selesai, lantas ditidurnya lagi diatas katil yang telah dibuang ulat-ulat itu.

Apakah ertinya semua ini?

Petikan dari Hikayat Aneh Al-Lail oleh ahmadzombie
Surah 07:03 kitab ke 31

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment