Menjuburi
Orang rumah saya orang kedah. Maka, jika balik kerumah mertua, ia memakan masa sekurang-kurangnya 4 jam perjalanan dari KL ke Jitra. Itu yang paling cepat, tanpa henti dan harus bertenaga konsum tinggi. Oleh itu ada beberapa teknik pemanduan yang telah dinamakan agar saya tidak mengantuk sewaktu memandu di malam hari. ( ya, saya gemar memandu malam kerana cuacanya lebih sejuk dan tenang walaupun berpotensi jumpa hantu ditengah jalan).
Teknik itu dinamakan “menjuburi”.
Ia bukan teknik “disaiful” atau teknik kaum Lut yang keji itu. “Menjuburi” membawa maksud mengekori kereta yang lebih laju dari kereta anda. Sebagai contoh jika anda memandu Kelisa, anda harus menjuburi Gen2. Jika anda memandu Gen2, anda harus menjuburi City. Jika anda memandu City anda harus menjuburi Accord.
Memang benar, ia ibarat kucing mengejar harimau dan kucing tidak akan menang walau apa cara sekali pun jika kadar kelajuan masing-masing adalah sama. Namun, ada hikayat melayu dimana perlumbaan kura-kura dengan arnab yang membawa kemenangan kepada kura-kura yang lembab. Maksudnya, jangan menjadikan alasan untuk tidak maju.
Menjuburi menjadikan anda sentiasa segar. Menjuburi menjadikan anda sentiasa awas. Anda sentiasa peka. Anda sentiasa bersedia. Ini kerana sesaat anda lalai, kereta didepan anda akan ghaib. Maka, tidak ada ruang untuk anda melalaikan diri. Kerana itu saya sentiasa berpegang kepada motto, “Pandu kereta dengan laju, bukan dengan cuai”. Jika memandu laju adalah kesalahan besar, ada dua hal yang perlu difikirkan, pertama, lebih baik pencipta kereta melimitkan had laju kereta dari awal, instead of meletakkan 220 atau 240km/j di meter dashboard kereta. Kedua, jika memandu laju salah, kenapa orang cipta F1?
Berada di depan, boleh jadi kita mengantuk. Boleh jadi kita cuai. Boleh jadi kita lega dan akhirnya kita lemak. Bila lemak lebih banyak dalam diri maka kita akan sentiasa berada di comfort zone. Di jalan raya, saya tidak pernah nampak BMW atau Merc atau Land Rover Freelander 2 yang eksiden. Sama ada mereka bawa terlalu laju hingga tak sempat eksiden, atau kereta sebegini kurang dijalan? Tidak, saya tidak fikir ia kurang. Jika anda tidak percaya, anda boleh memandu di jalan dan saya berani jamin, daripada 10 kereta, 2 atau 3 mesti kereta-kereta berjenama premium (provided anda di KL la, bukan di Ulu jerantut ).
“Menjuburi” rupanya, bukan setakat aplikasi pemanduan sahaja. Tahun ini, saya diberi ilham untuk “menjuburi” dalam konteks yang lebih luas lagi. Ya, masih lagi bukan dalam konteks “disaiful” atau teknik kaum Lut yang keji itu. “Menjuburi” dalam bidang perniagaan.
Ada orang kata berniaga memerlukan mentor. Means, kita harus ada idola yang kita jadikan inspirasi. Mungkin inspirasi ini boleh kita minta bantuan atau pertolongan dalam bentuk nasihat dan macam-macam lagi. Masalahnya inspirasi saya Dato Steve Job, maka agak sukar untuk kami bertemu dan berbual mesra. So, di Malaysia, siapakah yang kita harus “juburi”?
Anda harus dapatkan majalah Malaysian Business terbaru. Disitu ada 40 orang paling kaya di Malaysia. 9 daripada mereka adalah orang melayu manakala top 10 hanya ada 1 orang melayu.
Maka perlukah saya mengolah data ini untuk pemahaman yang lanjut? Saya kira, jika kita selama ini menjuburi Accord atau Camry, sudah tiba masanya kita menjuburi yang lebih dari itu.
Selamat “menjuburi” untuk anak bangsa.

Popularity: 4% [?]




No Comments Yet