cha cha mim
Esok, kami sekeluarga dan adik dan reen (menurut adik) akan berombongan ke bidor. Ada sebuah majlis perkahwinan bekas student saya di UPSI jua bekas internship secretlab, yang nama onlinenya, cecima.
Sebelum sampai kesana, saya mengucapkan tahniah kepada cecima atas keberlangsungan majlis perkahwinan yang ditunggu oleh hampir semua manusia di muka bumi ini. Bagi seorang wanita, ia adalah hari yang sangat bermakna. Sebenarnya bagi seorang lelaki pun sama, cuma seorang lelaki boleh menantinya beberapa kali mengikut takdir masing-masing dan jika dirinya seorang Jamil.
Idea hadiah ini tercetus 5 tahun lalu kerana saya dan isteri sendiri menerimanya. Ia adalah antara hadiah yang paling penuh bermakna, bergaya tersirat daripada bapa mertua saya. Kerana itu saya kira warisan filosofi ini harus dipanjangkan kepada kawan-kawan yang mahu berjemaah dalam melayari bahtera sambil berdayung. :p
Saya tidak ingat bila bermulanya trend memberi hadiah 2 makna yang kami (saya dan isteri) telah mulakan. Dalam erti kata yang lain, mungkin sudah hampir 10 couple yang kami hadir ke majlis perkahwinannya telah kami beri hadiah yang sama (serupa). Namun, bukan serupa dengan orang lain seperti periuk nasi, pembakar roti, kipas ataupun cadar.
Serupa ini dalam konteks, hadiah berulang kepada couple yang berbeza.
Saya puas memberi hadiah ini kerana saya kira, bukan hadiah itu yang penting tetapi disebalik hadiah itu yang lebih beerti. Maksudnya, bukan rupa tetapi makna yang lebih beerti untuk digunakan sebagai basis melayari bahtera perkahwinan malah kehidupan. Hadiah mungkin luput dimakan usia dan masa namun idea disebalik hadiah itu akan kekal dalam pemikiran.
Apakah hadiahnya?
Anda harus berkahwin dan jemput kami datang. Namun jika anda sudah berkahwin, kita boleh minum teh semeja.
Bukan saya tidak mahu memberi tahu apa hadiahnya tetapi jika saya beritahu sekarang, maka tidak ada thrill bagi yang belum berkahwin. Kata orang, mengapa kita perlu merahsiakan sesuatu dan tidak perlu kita hebah-hebahkan kepada seluruh kampung?
Kerana rahsia itulah yang paling ingin diketahui sesetengah orang dan upaya mengetahuinya adalah pelajaran sepanjang hayat.
Siapa yang paling rahsia dalam hidup, alam, pemikiran dan pesona kejadian ini?
KataNya, jangan kau zahirkan aku.
* Gambar adalah kad ucapan cecima dan cecimi. Saya kira cecimi bermaksud “cecima punya suami”

Popularity: 4% [?]



3 Comments